CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 19, 2006

kajian kes : pengaruh lagu anuar zain terhadap perkembangan kanak-kanak

hai...bertemu kita di assignment terakhir Jaja Binx Walia...hari ini jaja binx walia membawakan tajuk pengaruh lagu Anuar Zain terhadap perkembangan kanak-kanak. Jika anda amati dua video yg ada di bawah ini, dapatlah anda melihat kanak-kanak yang masih kecil dan comel lagi montel dgn petahnya menyanyikan lagu-lagu anuar zain. Bagi yang menyukai kanak-kanak sudah pasti anda merasakan kanak-kanak ini sangat bijak dan sungguh comel. Tapi apa yang meragukan saya, mengapa lagu Anuar Zain yang menjadi pilihan. Mengapa bukan lagu Mawi atau pun lagu Ruffedge. Untuk menjawab persoalan ini Jaja Binx Walia telah menemubual pakar psikologi kanak-kanak iaitu Prof. Cik Hajar dari Pusat Asuhan Kanak Kanak PBB.

Menurut Prof. keupayaan kanak-kanak menghafal lagu Anuar Zain bukanlah satu keanehan sebenarnya. Cuba kita teliti cara penyampaian Anuar Zain ketika menyanyi. Ada beberapa faktor yang membuatkan kanak-kanak terpengaruh lantas membina keupayaan diri melagukan lagu-lagu beliau. Faktor-faktornya adalah seperti berikut;

1) ketika AZ menyanyikan lagu, beliau akan membuka mulut seluas-luasnya sehingga kita boleh nampak gigi geraham keciknya. Tindakan bijak ini membuatkan senikata yang dilontarkan satu persatu jelas kedengaran. Kanak-kanak yang mendengar ini mempunyai keupayaan unik untuk menghafal sambil mendengar. Cuma orang memerlukan hearing aid sahaja tidak dapat mendengar luahan satu persatu lirik dari AZ

2) AZ sangat pandai mengalunkan suara. Sehinggakan Mawi sendiri tidak mampu berbuat demikian. Dipercayai kelembutan alunan suara AZ mampu memikat gegendang telinga kanak-kanak.

uioehrfuiqwohoqhdq aiyohhh maaf siaran tergendala selama-lamanya kerana gangguan dari dalam dan luar....

kami mewakili jaja`s production.. memohon ampun dan maaf jika sepanjang beberapa tahun bersiaran kami ada menyinggung hati dan perasaan para pembaca sama ada dalam keadaan sengaja atau tak sengaja... Atas sebab-sebab yang sengaja tak mahu dielakkan.. ladycapri83 site anggun lagi kakkoi ini dipaksa untuk dihentikan untuk jangka masa yang tidak mampu dihitung.. tolong jangan buat tunjuk perasan atau tunjuk perasaan di mana sahaja anda berada.. hormati harta awam...dan jumpa lagi bebila........

SEKIAN TERIMA KASIH