CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 31, 2005

my next assignment

PARIS 30 Mei - Rakyat Perancis menolak Perlembagaan Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum yang diadakan semalam sekali gus meletakkan EU dalam krisis.
Dengan 55 peratus rakyat menolak perlembagaan EU berbanding 45 peratus yang menyokong, situasi itu kini meletakkan proses pembesaran EU dalam keadaan terumbang-ambing.
Kekalahan besar kem yang menyokong perlembagaan EU bukan sahaja akan melemahkan kedudukan Perancis dalam EU bahkan menghentikan proses integrasi Eropah dan mengganggu kedudukan pasaran saham.
Perkembangan terbaru itu juga secara tidak langsung meletakkan Presiden Perancis dalam keadaan tertekan, lebih-lebih lagi apabila pilihan raya Parlimen dan Presiden akan berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
Lebih buruk lagi, kekalahan kem yang menyokong perlembagaan EU memberi petanda bahawa rakyat Perancis memprotes hasrat Turki untuk menyertai EU.
Turki dijangka memulakan rundingan mengenai kemasukan mereka ke dalam EU pada 3 Oktober depan namun isu keahliannya merupakan fokus utama oleh kem yang membantah perlembagaan EU di Perancis dan Belanda.
Terdapat beberapa faktor dikenal pasti mengapa rakyat Perancis membantah penerimaan sebuah perlembagaan EU.
Antaranya, sesetengah rakyat berpendapat sistem ekonomi EU lebih mementingkan kepentingan pasaran daripada kebajikan sosial masyarakat.
Para pengundi turut menolak penerimaan perlembagaan EU untuk melahirkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar-dasar ekonomi kerajaan Perancis sehingga mengakibatkan masalah pengangguran dan ekonomi lain semakin buruk.
Satu lagi sebab kerana mereka merasakan pengaruh Perancis dalam EU kian pudar terutamanya apabila EU kini mempunyai 25 negara anggota.
Kebanyakan mereka melihat perlembagaan EU itu sebagai satu muslihat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk mengukuhkan sistem ekonomi mereka kepada Perancis.
Perlembagaan berkenaan yang dipersetujui oleh pemimpin EU Jun lepas perlu diluluskan oleh semua 25 negara anggota sebelum ia dapat dikuatkuasakan.
Antara kandungan utama yang terkandung dalam perlembagaan EU itu termasuklah, sebarang keputusan berhubung sesuatu isu perlu mendapat sekurang-kurangnya sokongan 55 peratus negara anggota. - Reuters

saya akan jadi sorg yg berani
saya yakin saya boleh
saya percaya dgn diri saya sendiri...
yoshhh saya mampu selesaikan jikken saya....
mari membuat report jikken bersama2 saya

Sunday, May 29, 2005

sudut mari bercerita

Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak.Pada suatu pagi,datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah.Langkahnya longlai dan air muka yang pucat tak bermaya.

Tamu itu,memang tampak seperti orang yang tak bahagia. Tanpa membuang waktu, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impianya tidak tercapai. Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan.

Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan seksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air.Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu kacaunya perlahan dengan sudu."Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..",ujar Pak tua itu.

"Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab sang tamu,sambil meludah ke samping.Pak Tua itu, sedikit tersenyum.

Ia, lalu mengajak tamunya ini, untuk berjalan ke tepi telaga didalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.

Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu.Dengan sepotong kayu,dibuatnya gelombang mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?".
"Segar.", sahut tamunya.
"Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?",tanya Pak Tua lagi.
"Tidak", jawab si anak muda.

Pak Tua itu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
Anak muda, dengarlah...... Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang.Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama. "Tapi,kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki.Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya.

Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup,hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya" Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat.

Hatimu,adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Friday, May 27, 2005

oppsss i did it again...and again...and again....my god...what happen to me??T_T..terbukak page org..tetiba teringat satu kesah klasik utk masa dahulu...hmmm kenapa aku tak leh luper kesah tuh erkkk...adakah kerana aku menyukai sejarah..maka aku tak leh lupakan sejarah lalu... muahahah...nampaknyer kene buat lagenda tun teja cenggini....shittt...bakpe bukak balik page tuh...mess my day

*******************************************************

aku menunggu sampai bilangan itu menjadi 300 kali...muahahhaahah...lagi berapa belas kali utk sampai ke bilangan 300....

Sunday, May 22, 2005

Cinta mengikut musim

cuba anda bayangkan...cinta yg anda semai bersama org tersayang mengikut musim2 tertentu.. terutama skali jika anda berada di negara 4 musim spt jpn...ihiks...mari kiter cuba bayangkan bersama2

musim bunga

cinta di musim bunga ini selalunya mekar berkembang...harum mewangi ke seluruh diri ini.. cinta di belai dan dijaga spt membelai bunga2 yg mekar di halaman asmara...wanginya merebak ke seantero dunia..terasa keindahan cinta ini spt keindahan sakura di jepun..ataupon tulip di holland..ataupon seperti mawar di rose garden cameron highland..tak jemu mata memandang.. tak busuk hidung menghidu....hati pon kembang berbunga2...terasa seolah berada di syurga dunia...

musim panas

selepas musim bunga musim panas...ketika ini cinta membara sehangat api.. cinta itu hangat dan panas seperti mentari yg membakar bumi...terasa seluruh diri diselubungi kehangatan cinta.. jika diletakkan ais di kutub utara di hati...nescaya ais itu akan mencair....dek kepanasan cinta begitulah hebatnya cinta ketika musim panas...tp awas...jika terlalu panas...cinta tuh akan terlalu "panas" dan "hangat"...bahaya tuh kalo melampau panas...nnt kang kene demam panas plak...kene masok air...muahhaahah.....

musim luruh

lepas musim panas musim luruh....ketika ini...cinta luruh satu persatu ibarat dedaun yg berguguran...layu dan tidak bermaya...suasana musim luruh turut mempegaruhi suasana percintaan...hambar layu dan berangin sekali sekala...musim luruh ini sangat berbahaya..krn musim ini terkenal dgn musim yg sunyi....jadi cinta di musim luruh adalah cinta di musim sunyi.. kebanyakan pasangan bercinta menjadi lebih sunyi ketika musim ini....maka kalo nak hubungan yg kekal...kene berjaga2 ketika musim ini...takot yg jauh di mata makin jauh di hati...nampak org dpn mate teros sambar

musim sejuk

jeng jeng jenggggggg....tibalah musim sejuk...cinta di musim sejuk ini....cinta itu beku sebekunya salji yg turun di sapporo ataupon toyama...muri laa cinta di musim sejuk ini kerana sejuk dan beku...cinta yg disemai berzaman2 pon ada kalanya boleh putus begitu saja.......

begitulaaaaa adanya cinta mengikut musim mengikut pemikiran saya...muahahah ni baru 4 musim..blom lg cinta musim pereksa atau pon musim perayaan ataupon musim menuai ataupon musim mengawan...muahahahahahahahha...sekian masa mengarut dh tamat


Monday, May 16, 2005

selamat hari guru saya ucapkan kpd along saya...dan kepada sume guru2 di dunia...tenkiu so much...meh nak igt balik sejarah aku dgn cecekgu aku..gomennasai ramai yg aku terlupa
form1
masa aku f1 ni..antara cikgu2 yg pernah buat kenangan dgn aku adalah
cikgu rosiah: die telah merotan aku sebanyak 2 kali sepanjang die jadi warden..die juga org jengka aku..selalu balik dgn die..sbb kene rotan adalah tgk citer mermaid got married sampai lewat waktu..pastu satu lg sbb dot dot dot...muahahah
cikgu karim:aku pon kene rotan dgn cikgu ni 3 kali...sekali sbb fly..2 kali sbb gagal dpt 5a masa ujian
teacher nazriah:die teacher yg sgt sweet..baik hati dan coach bola jaring aku
cikgu norhaslinda:cikgu kemahiran hidup yg tlh melantik aku menjadi former bengkel..die juga sgt menyayangi aku..seriess.tak tipu...
form2
arwah cikgu saari:die guru kelas kitorg..asal cikgu saari jadi guru bertugas..kelas kitorg sure akan jadi kelas tercantik..
cikgu tak byk berubah dr form 1 dgn form 2
cikgu rosidah:warden asrama ganti cikgu mazlina dgn cikgu rosiah..masa cikgu rosidah jadi warden asrama aman dan damai sbb kitorg malas nak carik psl dgn cikgu rosidah sbb die baik giler
cikgu rohana:hampir setawon tak masuk kelas sbb morning sickness..ngandung anak pertama
form3
cikgu minhad:cikgu sains..die pernah kene buli dgn kitorg..ahaks
teacher rashidah:cikgu vouge...cayang kat die sbb die kiut miut..
cikgu sejarah:tak igt nama..mak sedara fadhilah..baik giler..sbb die aku minat sejarah sampai skrg..
cikgu patmah:mak yg sgt baik..hajat hati nak tekel anak teruna die tak kesampaian ahaha.. janjikan kitorg sapa dpt 6 a die akan kasi rm5 utk setiap a yg kitorg dpt..aku dpt rm40 ihihihi
cikgu geografi:sapa ntah..selalu tipu markah dgn die..
cikgu raja fatimah dgn sorg lg warden:aku dgn sarah pernah ponteng sekolah lps pmr lepak bilik warden dgn cikgu raja fatimah tgk the mask of zorro..mlm tuh kene jemur kat tgh hujan..
form4 dgn form 5
masa ni dh tuko sekolah...cikgu yg aku igt adalah
cikgu azlina:cikgu homeroom aku...baik hati..
cikgu nik rohimah:die tak ngajo aku tp aku manje dgn die...
cikgu siti: die pon tak ngajo aku...tp masa f5 aku selalu lepak dlm bilik die..benkyou
cikgu omairah:die pon tak ngajo aku..tp aku pon rajin giler lepak bilik die...
cikgu mat zack:cikgu kimia...lawak giler..kalo lambat masuk lab selalu kene tawaf bangunan dulu
cikgu saidi:cikgu fizik..die pon ok gaks...
cikgu bahariah:baik giler cikgu ni...ahaks..sayang gaks kat die
cikgu sejarah(apa nama):cikgu kegemaran aku...mmg kami saling menyayangi..muahaha.. selalu lepak umah die...ponteng prep gi lepak umah die..
cikgu nik hamidah:cikgu cumil..ahaks..sgt seterit..
cikgu pjk:kalo cikgu hamat garang tp klako..kalo cikgu rohaya tuh..die memperkenalkan sistem denda mencabut kemuncup sebanyak sekilo..
teacher khairiah:die sgt bermotivasi...sgt baik dan penyayang
teacher nora:coach netball...
cikgu bio:muka mcm anuar ibrahim...die garang kekadang baik...

kenangan masa form1~3
masa sek arituh aku selalu kene buli....naik f2 aku plak membuli...kenangan terindah kat situ.. antara kenangan yg best adalah..kene jemur tgh2 malam sampai ujan dan kilat sabung menyabung..main mercun masa nk dkt2 raya..fly n kantoi..seludup majalah hiburan dan tak kantoi...surat cinta pon tak kantoi gaks..terer tak aku..ahahaha..cipta sejarah masa pmr..ihiks.. dan kenal manusia dgn org...

kenangan masa form 4~5
aku kat mrsm kt..kenangan yg paling tak leh lupa..adalah kene buli masa orientation week.. kene golek atas minyak tar..lepas tuh kene buli dgn sempai..dimandikan dgn susu masam dan air kolam ijau serta air klorok..kene denda cabut kemuncup sebanyak sekilo..fly every week tanpa kene tangkap..kenangan minggu xtvt..dan byk lagi


Friday, May 13, 2005

jumaat datang lg...ketika ini aku tgh dgr lagu sonata musim salju dendangan hazami berduet dgn siti nurhaliza...td layan video clip siti yg bertajok big spender...sapa nak dgr lagu tuh sile laaa dl senirik kat jiwang...nyihihihi.....

baiklah murid2...jike entry yg lepas kiter ckp pasal bunga....kali ini kiter ckp pasal binatang yg selalu dituturkan dlm pertuturan seharian kiter....
peribahasa byk mengaitkan sifat seseorg dgn binatang..cthnyer
pekak badak iaitu org yg pekak
pastu plak gemuk mcm gajah
lapo tahap cipan
garang mcm singa betina
gatai mcm ulat bulu
player mcm boye tembage
tinggi mcm zirafah
ramping mcm kerengge
bukan itu sahaja,...malah nama samaran juga turut diletakkan nama binatang skali...mcm dulu2 ada sorg member abah aku org panggei die...mat kerbau ..tatau apa sejarah nyer sampai org tergamak panggei die cenggitu...pastu ada org kampong aku org panggei die saleh lembu sbb die sorg penyembelih lembu terkemuka kat jengka 16..

begitu laa adanya hidup kiter seharian...ada sahaja bende yg dicipta utk menceriakan hidop ini.. ihihih termasok memberi gelaran yg bukan2 kepada org...isk2...tak baik itu...oklaa malas nak ngarot pepanjang..nnt org komplen...

Tuesday, May 10, 2005

ehmmm....nak citer apa arini...nyihihiihi...terasa lembap plak selepas terpengsan lebih 12 jam semlm...ampesh dot com btoi....ihiks..asal isnin jek sure pancit....owh jumaat cepat laa menjelma lagi...tak jumaat..takat hari khamis pon ok aaaaa...
memandangkan masih dlm mood musim bunga....jadi aku pon nak ckp pasal bunga....bunga adalah satu objek yg dikaitkan dgn keindahan...even nama bunga itu huduh spt bunga taik ayam.. ia tetap bunga yg menjadi hiasan di laman...bunga juga menjadi tema penting dlm sesebuah lagu...spt lagu bunga2 cinta (misha omar) mahupun lagu jepun iaitu sekai ni hitotsu dake no hana(dlm dunia ni cuma ada sekuntum jeks bunga)...bunga juga dikaitkan dgn keindahan seseorg wanita...lazimnye ayat kiasan yg digunakan utk meminang..sbg contoh..ingin memetik bunga yg sedang mekar di laman....
malah jika sang teruna sedang keciwa..sahabat2 dia sure akan cakap...alaaaa bunga bukan sekuntum....malah kalo pompuan tuh not available atau dr kalangan bangsawan org akan ckp dia bunga di taman larangan...bukan calang2 org bleh memetik bunga itu..takat pacai yg hena tuh takyah mimpi laaaa...ahahahaha...
kekadang raut wajah sesorg pon dikaitkan dgn bunga..contohnya..segarnyer muka makcik tuh.. ibarat bunga kembang pagi...ahahahaha contoh jeks...
bukan setakat itu sahaja...malah hati ini jika tgh gumbire atau bahagia..org akan menyebot.. hati aku berbunga2 laaaa...ahahaha...
begitu laaa pentingnya bunga di dalam hidup kiter...tanpa bunga...lagu smap takkan menjadi juara beberapa tawon yg lampau...misha omar juga mungkin tak glemer....mari laaa sama2 membungakan diri ini...ihihihihi

Sunday, May 08, 2005

hmmmmm nak citer gapo yekk...
oklaaa...aku pon nak citer laa mende sebenonyer pasal kesah chenta laa tuh kunun2 nyer...ekceli dia yg aku maksud kan adalah kasut nike impax tr2...kasut tuh aku terpikat slps ain menayang2 kat webcam arituh...pastu lama gilak aku carik..sampai kat melbourne pon aku carik gaks tapi takde...ikot jiwa nak jek aku culik kasot ain tuh...hiihii..sampailew suatu hari aku nekad nak carik kat sport authority kat park place...tade gaks...aku jupe yg sepupu die iaitu nike electric shot..tp mahai gilak arhhh...pastu aku jumpa plak nike air ability or si A..nyhihihi bal dgn mas susumekan aku amek jek si A...aku pon tibai laa si A dgn bestnyer...

pastu masa tgh lepak kat tepi baskin robbin...aku teringat satu kedai jual arak n barangan antarabangsat...kat situ ada jual mr potato dr mesia..tp dlm bekas yg lebih panjang dr 100 yen shop jual...so aku pon pusing2 laa mencarik kedai tuh...takde...sekali aku ternampak satu kedai yg penuh dgn simbol diskaun iaitu ABC Mart...masok2 jeks..teros mata aku ternampak cinta lama aku iaitu impax tr2 dgn harga yg dipotong separuh...gilak arhhh,....nak pengsan aku masa tuh...sampai aku terasa tandok tumbuh utk aku sebat dedua skali...tp aku bertahan...setia pada air ability...sampai tido malam termimpi2...terngigau2...byk gaks org menghasut aku soh tibai dedua skali...tp tatau laa..tgk kpd kewarasan aku lepas ni...ihiks..begitu laa kisahnyer...
*********************************************************
aku gak nak wish kpd ibu2,bakal ibu,ibu roti,ibu ayam,ibu sirap,mother board dan sebagainya..HEPI MOTHER`S DAY...i lap sama u all

Friday, May 06, 2005

takde idea nak tulih apa...
alhamdulillah kawan aku dah sedar...dan leh tersenyum
tahniah kpd team oita dpt no 2 kat saga arituh
tenkiu kepada yg membantu....
kpd pemain import...susah2 dtg dr kejauhan..tenkiu gaks..
kpd yg demam2 tuh..odaijini..carik di mana panadol anda..
kpd yg sakit tekak tuh...minum air bebanyak..
kpd yg sakit hati tuh...buang jek hati korg..nyahaha..ganti dgn hati kambeng...

arituh muzu tanye sambungan kisah chenta aku..nnt laa muzu..ada mood aku citer...ihiks... skrg tgh takde idea nak susun ayat

Sunday, May 01, 2005

balik umah lambat...dan aku dikejutkan dgn berita yg sungguh mengejutkan dan menyedihkan.. sorg member aku sdg bertarung dgn maut skrg akibat kemalangan jalan raya...arghhhhhhh kenapa mesti dia....sedeynyer...sepagian berkongsi kesedihan dgn sepupu dia...

blank giler....terlupa soal kisah cinta aku yg terputus di tgh jalan..malas nak ingat..sbb tgh sesak dgn berita baru...

die tgh koma...harapan utk pulih 50/50...pendarahan di otak..kalau die kuat dia akan sembuh insya allah...tp kalau dia gagal..dia akan.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh T_T...ketentuan tuhan takde sapa yg leh halang....ntahhh tatau nak cakap apa...

korg sume..kalo leh sisipkan doa utk member aku ini...doakan agar allah menetapkan sesuatu yg terbaik utk diri dia...onegaishimasu.....

sakit kepala...byk nangih...nak tido dulu...