CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 16, 2006

Bab 3

Mata nurse yang langsung tidak ayu itulah yang mula-mula ditangkap setelah otakku kembali berfungsi. Aku lihat persekitaran. Sah aku di wad pusat kesihatan universiti. Melihatkan ramainya kawan-kawanku di dalam wad tersenyum aku hanya mampu tersengih kelat. Muka pertama yang mata aku dapat tangkap ialah Fitri yang senyumannya masih selebar Demang Lebar Daun. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah. Ini semua sebab dia. Sebab dialah aku terlantar di katil wad pusat kesihatan universiti dan yang tidak dapat diterima oleh akal aku yang waras ini, sebab dialah aku pitam di depan sekumpulan perempuan dan yang paling tak dapat diterima ialah aku pitam di depan Yati!

Dari raut wajah Fitri dan senyumannya yang penuh unsur kejahatan, aku pasti tentang satu benda. Aku pasti dia nak gelakkan aku. Bak kata novelis jiwang, aku pasrah!. Dah aku yang gatal terpitam di depan perempuan, terima sajalah.

"Harap muka saja brutal, cakap dengan perempuan pun boleh pengsan." Dah agak dah itulah ayat yang akan keluar dari mulut Fitri. Kalau boleh nak saja aku sumbat bantal bercop Hak Kerajaan ini ke dalam mulutnya.

"Habis tu aku punya kad kau dah bagi ke belum?" Ceh, apa punya kawan. Bukannya nak tanya aku dah sihat ke belum, dah makan ke tidak, ini tanya tentang kad. Apa nak buat, macam inilah perangai kawan "teramat" rapat aku.

Sudah tiga hari aku terlantar di wad. Kawan-kawanku yang datang melawat silih berganti semuanya tanpa wajah simpati. Semuanya datang dan gelakkan aku beramai-ramai. Apa nak buat dah nasib badan. Dari merekalah aku tahu tentang satu topik hangat dikalangan rakan-rakanku. Apa lagi kalau bukan bab aku pitam depan perempuan. Sekelip mata aku popular. Macam baru menang Akademi Fantasialah pulak. Black, yang dulunya tidak ada orang kenal sekarang dah popular. Mungkin lepas aku keluar dari wad aku boleh demand sikit dengan promoter band aku. Almaklumlah orang dah glamour. Tapi glamour ni langsung tak berfaedah. Muka ini aku rasakan seperti tembok yang memisahkan Semenanjung Gaza dan Israel. Tembok yang tidak dapat ditembusi pejuang-pejuang berani mati.

Cuma satu ayat dari Mat Pearl sahaja yang meredakan sedikit ketebalan tembok yang berada di muka aku. Ayat yang menyebabkan hidung aku kembang tiba-tiba. Kembang menjadi lebih besar dari kepala Mat Pearl sendiri. Ayat yang berbunyi : "Syoklah kau, pitam dalam pangkuan Yati." Kalau aku tahu yang aku pitam dalam pangkuan Yati, hendaknya aku pitam hari-hari. Asal jumpa Yati saja aku pitam. Tapi sayang, aku tak terasa pun jari-jemari lembut Yati memangku kepalaku. Kalau aku tahu, mandi tak basuh kepalalah jawabnya.

Hari terakhir aku di wad pusat kesihatan aku mendapat tahu satu kebenaran. Aku pengsan bukan disebabkan perempuan. Bukan sebab bebanan yang tidak tertanggung akibat membawa kad Fitri seperti yang dialami oleh Frodo Baggins dengan cincin di jarinya. Bukan juga disebabkan lirikan mata Yati yang ayu. Kata-kata doktor berulang kali bermain di fikiranku.

"Shahril, awak ada masalah sikit dengan buah pinggang. Saya nak awak datang balik minggu depan untuk pemeriksaan lanjut"

Kata-kata itu memang memeranjatkan. Aku hanya mampu menelan air liur. Aku tergamam seketika.

Wednesday, October 11, 2006

Bab 2

Pagi ini aku bangun awal. Sebenarnya aku tak berapa lena tidur semalam. Ini semua angkara Fitri dan kadnya. Nasib baiklah semua ini tidak disedari oleh rakan sebilikku. Kalau tidak mesti mampus aku digelakkannya. Ayat yang aku pasti keluar dari mulut laser rakan sebilikku semestinya begini : "Harap baju saja yang brutal, penuh tengkorak, nak cakap dengan perempuan pun dah kecut." Memang selalu dia gelakkan aku dengan baju t-shirt kegemaranku, baju yang penuh lukisan dan tulisan yang tidak menyenangkan mata yang melihat.

Ops! Terlupa aku kenalkan. Rakan sebilikku, nama glamernya, Mat Pearl, budak nogori. Nama glamernya tu aku yang berikan, sebab minat betul dia dengan lagu satu kumpulan rock jiwang karat, Pearl nama kumpulan tu. Aku dan Mat Pearl selalu tak setuju angin kata orang tua-tua. Sebabnya, genre muzik yang kami minati amat berlainan sekali. Aku dengan tape Disharmonic Orchestra dan Blastpherionku manakala dia dengan tape Scan dan Ukay’s nya. Tapi kami tetap rapat. Sudahlah sikit-sikit cerita tentang mamat nogori ni. Bukannya aku nak cerita pasal dia. Aku nak cerita tentang aku, Yati dan Fitri. Tapi selingan tu ada lah jugak terselit nama mamat nogori nan sebatang ini.

Pagi ini aku rasakan hari paling susah aku nak ke kelas. Selalunya senang saja aku nak pilih baju yang hendak dipakai, tapi hari ini berlainan. Pakaianku serba tak kena. Seluar dan baju siap digosok sejak dari semalam, waktu tengah malam, waktu aku tak boleh lena. Aku pilih tie dari koleksi Mat Pearl. Cuma dia sahaja aku rasakan di universiti ini mempunyai koleksi tie yang melebihi daripada koleksi The Tie Shop. Kerana falsafah yang dia pegang, "biar tak hensem, janji tie matching dengan baju." Hari ini pakaianku paling matching dalam kriteria Mat Pearl aku rasakan. Baju kemeja tangan pendek belang-belang yang baru aku beli dari kedai bundle, seluar slack hitam dan tie hitam polka dot. Kasut, bak kata Mat Pearl, tak dapek den nak nolong, kasut kanvas hitam. Satu-satunya kasut yang aku ada.

Memang awal hari ini aku ke kelas. Nasib baiklah Mat Pearl belum bangun dari tidurnya yang panjang. Kalau tidak mesti dia dah bermaaf-maafan dengan aku, sebab sikapku hari ini tak ubah seperti orang dah buang tabiat. Ya, buang tabiat. Kerana aku terlalu awal ke kelas hari ini. Sepanjang sejarahku di universiti ini, sehinggalah sekarang, inilah hari yang paling awal aku ke kelas. Semuanya kerana Fitri dan Yati. Sebab utamanya adalah kerana aku nak berikan kad ini kepada Yati sebelum mula kelas. Sebelum orang lain ada di kelas. Sebelum orang lain nampak aku memberi sesuatu kepada Yati dan demi menjaga kebrutalanku supaya tidak berganti kejiwangan di mata kawan-kawanku. Kerana Yati memang antara orang terawal yang datang dalam setiap kelas.

Tapi bak kata orang tua-tua, langit tak selalunya cerah. Walaupun pagi ini langit begitu cerah, tapi bagi aku hari ini mendung, bukan setakat mendung tetapi hujan lebat. Yati tidak seawal seperti selalunya. Hari ini Yati adalah orang yang terakhir masuk ke kelas. Masuk selepas pensyarah memulakan kuliah. Rancangan aku tak berjaya. Penat sahaja aku bangun awal hari ini. Tak sempat lagi bersarapan dah tercongok di depan kelas.

Pelan A musnah. Kini aku terpaksa berjumpa Yati selepas kelas. Di depan orang ramai. Di depan kawan-kawan Yati. Oh, tidak. Kalau diikutkan hati kecilku yang mulai bertanduk dan berekor sambil memegang serampang tiga mata, aku buang sahaja kad dari Fitri ini. Nasib Fitri hari ini memang baik. Di atas kepalaku masih ada lingkaran cahaya kebaikan. Demi seorang kawan, aku sanggup merenangi lautan kawan-kawan Yati, juga lautan kawan-kawanku yang sentiasa mencari peluang untuk gelakkan aku.

Selepas kelas aku menunggu Yati di satu sudut yang tidak mempunyai ramai orang. Hati aku terus berdebar-debar laju. Aku pun hairan. Padahal aku cuma menjalankan amanah untuk memberi kad ini kepada Yati. Bukannya aku nak merenung mata Yati dan mengucapkan "Yati, aku cinta padamu". Perasaan tidak selesa aku setiap kali bercakap dengan perempuan kini makin kronik bila aku melihat Yati bersama segerombolan kawannya menuju ke arahku yang keseorangan dan aku rasakan diri aku ini semakin mengecil.

"Yati!" panggilku sekuat hati. Tapi hanya di dalam hati. Tak terluah dari mulut aku ini walau hanya empat abjad yang perlu aku ucapkan. Aku mampu menjerit sekuat Derrick Green atau Steve Tucker, tapi sekarang aku tidak mampu memanggil nama Yati.

Kini Yati telah beberapa tapak meninggalkan aku yang masih berdiri kaku, sejuk seperti patung lilin di muzium Madame Tussaud di London.

Mengenangkan tidak banyak peluang aku untuk bertemu Yati lagi kerana petang ini dan esok aku tidak ada lagi kelas bersama Yati, aku tekad. Aku kumpulkan segala tenaga qiqongku di satu titik organ bernama mulut. Dan tiba-tiba seperti ada semangat besi kersani mengalir dalam tubuh kurus kering aku dan kini aku berjaya mengucapkan satu perkataan yang sukar. Yati!

Yati menoleh. Mata Yati yang ayu itu merenung aku. Memang teramat ayu. Lebih ayu daripada sepasang mata gadis bernama Ayu. Dan mata Yati yang ayu itulah perkara terakhir yang aku ingat sebelum dunia aku berpinar dan persekitaran aku gelap. Aku pitam!

Tuesday, October 10, 2006

kisah sensasi


Bab 1

"Woi Black!"

Alamak nampak jugak dia. Punyalah susah payah aku menyeronot dibalik orang ramai, di dalam kegelapan malam dengan dibantu kegelapan kulitku, dia perasan juga. Dan seperti diduga diberikan sekeping sampul berwarna putih untukku. Ops, maaf, bukan untukku. Nama yang tertera diatas sampul itu Nurhayati. Yang pastinya aku bukanlah insan yang bernama Nurhayati. Lagipun nama Nurhayati memang bukan sahaja sedikit hatta sebesar kuman pun tidak sesuai dengan aku, seorang lelaki yang hanya sesuai dengan panggilan Black.

"O.. nak lari ye?" soalan yang membuatkan aku hanya mampu terenyeh kalau dalam bahasa utaranya.

"Black, kau tolong la adjust lebih kurang. Kau tolong la pujuk dia sampai dia nak jumpa aku one by one. "

Inilah pertolongan yang amat aku harap-harapkan tidak akan diminta oleh mamat seorang ni. Menyuruh aku menjadi posmen hantarkan kad sudahlah satu hal, ini nak minta pertolongan aku mengayat awek untuk dia pula.

Seumur hidup aku tak pernah dalam sejarah dunia atau sejarah Malaysia sekali pun aku cuba untuk mengorat untuk diri sendiri apatah lagi untuk diri orang lain. Bukannya aku tak pernah terberkenan dengan mana-mana awek, kalau dikira dah beribu-ribu kali aku terberkenan dengan anak dara orang, tapi yang paling aku tak berkenan untuk terima ialah kenyataan bahawa beribu-ribu kali itulah anak-anak dara itu tak terberkenan dengan aku. Sebelum aku ditolak setelah mengorat lebih baik aku menolak untuk mengorat.

Juga amat menghairankan aku sekarang ialah, pertolongan untuk mengorat diminta oleh mamat nan seorang ni, Fitri namanya. Kalau nak dibandingkan kulit aku dan dia, mesti lah aku yang menang dari segi siapa yang lebih hitam dan kalau dari segi rupa masih aku yang menang jika dikira dari aspek negatifnya. Yang aku pasti menang secara positifnya ialah kenyataan aku lebih manis dipandang. Itupun mak aku yang kata semasa aku buat kali pertama dan terakhir memakai baju melayu lengkap bersampin untuk bersembahyang hari raya sepuluh tahun yang lalu. Lebih menghairankan lagi pertolongan ini diminta oleh seorang yang boleh dianggap pakar dalam bidang urat-mengurat dan mempunyai rekod kerjaya yang cemerlang sebelum ini. Sebelum dia kenal Nurhayati.

"Oklah aku cuba cakap, tapi hasilnya aku tak tau, yang aku tau malam esok aku makan free".

Jawapan yang aku berikan untuk memuaskan hati kedua-dua pihak, aku dan Fitri. Jawapan yang membuatkan Fitri tersenyum lebar, lebih lebar dari senyuman Demang Lebar Daun. Aku pun tumpang tersenyum mengenangkan makan malam free esok. Tapi tidaklah lebar sangat, sekadar menampakkan barisan gigi yang putih umpama maskot Darkie sebelum ditukar namanya kepada Darlie.

Kalau bukan Fitri itu kawan teramat rapat aku, tak hendaknya aku nak buat kerja-kerja tak berfaedah seperti ini. Kalau setakat kawan rapat sahaja tanpa teramat yang meminta tolong aku untuk benda-benda macam ini, mahunya sampul di tangan aku ini terlepas masuk ke dalam mulutnya yang tersenyum lebar. Nak tahu betapa teramat rapatnya? Fitri yang aku kenal sejak dari sekolah menengah lagi sering berkongsi susah senang dengan aku. Sama-sama dirotan kerana keluar asrama untuk menonton gigs underground dan sama-sama digantung sekolah kerana membelasah budak junior juga sama-sama berkongsi habuan memecah masuk kantin sekolah. Tapi itu dulu. Sekarang ini kami sekadar sama-sama berkongsi universiti tanpa aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Dan kami juga masih berkongsi band dimana dia menjadi vokalis dan aku sekadar dibelakangnya sebagai bassist.

Sambil berjalan menuju ke bilik akumasih berfikir. Macam manalah aku nak buat besok. Dalam banyak-banyak makhluk di alam semesta ini dengan Nurhayatilah, atau nama pendeknya Yati untuk lebih senang aku tulis, aku paling tidak selesa untuk berbual. Suruhlah aku bercakap dengan sesiapa sahaja atau binatang atau benda apapun pun aku senang sahaja berbual. Tetapi dengan Yati, isk susahlah. Nak tahu sebab apa susah, itu nanti aku bagitau. Nak tahu sebab apa orang sehensem Fitri pun terpaksa menggunakan taktik lama dan posmen untuk mengorat, itupun nantilah aku beritahu. Buat masa sekarang aku nak tidur. Semoga esok hari yang bertuah untuk aku. Semoga malam ini aku bermimpi indah. Mimpi dapat berkonsert bersama-sama Sepultura dan Morbid Angel, antara kumpulan idolaku yang kini telah lebur dimamah usia

Tuesday, October 03, 2006

baru lepas sahur... ihiks... bosan sbb takleh nak tido balik... jadik aku mengambil keputusan utk upload video ni... video kesukaan aku.. kenapa aku suka video ni.. nanti aku terangkan



aku sukaaaa sangat video ni sbb aku suka tgk aksi org yg pakai samping kaler kuning.. ahaks... sapa erkk dia ni... ermm siapa dia erkk... ahaks... biarlah rahsia.. video ni kalo ikut penjelasan org yg upload nya.. dia ckp mcm ni...Silat Demonstration by 1995 World Champ of Silat Art. Jebat and Mat are from Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia base in Gurun, Kedah.
This is video 1 Machete Fighting Demonstration.. 11 tahun yg lampau video ni.. masa dia baru abes sekolah... patut nampak muda remaja.. ahaks... tapi lupa plak nak tanya sama ada parang yg dia pakai tuh parang benar atau tiruan.. hurmmm nnt laa bebila akan ku tanyakan... tp kepada siapa?? ahaks

Monday, October 02, 2006



aku mula tau lagu ni masa baca satu novel.. tp tuh dia kasik sikit jek laa.. pastu along aku syokaikan lagu ni kat aku.. ahaks... senikatanya puitis skali...

tp kalo sapa2 yg anti jiwang tuh,,., lagu begini tak masuk dlm tinge die.. ihiks.. anti jiwang kunun... ihiks...

entry seterusnyer.. jeng jeng jeng... tungguuuuuuuuu

Sunday, October 01, 2006

hujan yg turunnn bagaikan mutiara... membasahi alam semesta.... sejuk2 kuku laaa hari ni... hujan turun... membuatkan perut.fm aku menyanyi dgn hebat skali...

hari ahad.. apa story yg harus aku citer pada ini hari... semalam aku dibuliiiiiiii T_T aku sungguh tertekan jiwa dan raga... uhuk2.. tiada siapa mau membela diriku tatkala aku dibuli sedemikian rupa.... kalian sumer kejammmmmmm.... T_T

apa yg aku nak cite erkkkk... ermmm mengenai aku dan mesin jahit.. aku act tlh byk kali laa melukai hati abah aku dgn g kl lama2.. so utk mengambik ati abah aku.. aku pon mahu laa belajar menjahit baju kurung dgn dia... so pong pang pong pang.. mak aku telah memotong baju aku sebanyak 2 pasang.. baju along sepasang.. dan baju angah sepasang..

maka langkah pertama utk menjahit sesuatu baju adalah dgn membuat jahitan tepi.. maka aku pon berlatih laa menggunakan mesin jahit tepi... pada mulanya mak aku tak kasik jahit bahagian pesak baju angah aku.. kerana bimbang aku akan merosakkan pesak baju itu.. apatah lagi kain baju angah aku sungguh lembut dan licin... maka pelbagai arahan laa yg aku dpt apabila menggunakan mesin jahit tepi... antaranya adalah
1) tekan dlm masa 3 saat pastu berenti..tekan lagi 3 saat pastu berenti.. kene berenti2 laaa

2) pastu pas siap jahit tepi utk sepasang baju punyer bun kene rehatkan mesin tuh dlm masa 15-30 minit.. pastu sambung utk baju seterusnyer...

tetapi...jeng jeng jenggg.. apa yg telah aku lakukan...

1) aku tekan mesin tuh dr awal sampai abes.. non stop...siap pakai sebelah tangan jek mengawal kedudukan kain tuh..punyer laa nak tunjuk tere

2) 3 pasang aku jahit guna mesin jahit tepi tanpa henti....along dah bising2 soh berenti sbb mesin tuh bau hangit katanya.. tp aku tak bau pape.. jadik aku teruskan menjahit...

hasilnya.. pada bahagian pesak baju aku.. mesin itu terberenti dgn sendirinyer.. sampai dah takleh nak gerak dah... selepas seminggu pon takleh nak bergerak.. amat adikku tlh membuka bahagian motor mesin itu.. didapati ada satu bahagian yg sepatutnya ada skru tetapi skrunya tiada... dan motor mesin itu mcm rosak semacam ajek... dan mesin jahit tepi mak aku tersadai di dinding umah..

semenjak kejadian itu mak aku tidak membenarkan aku menyentuh mana2 mesin jahit yg dia ada... ketika aku menawarkan diri utk menjahit seluar adikku azim yg sudah koyak.. dia tidak kasik.. malahan sanggup berenti memasak kerana nak jahitkan seluar azim.. semata2 tidak mahu kasik aku sentuh mesin jahit dia .... mak aku ckp.. biarlah ko tak reti jahit sampai bebila.. asalkan mesin jahit mak tak rosak lagi.... T_T