CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 27, 2005

shalalaalalalaala......apa aku rasa hari ini..rasa masam2 manis sket...heheheheh tgh kunyah coklat yummy2...malasnyer nak mengemassssss kalaulah mardhiah sudi nak jadi bibik aku alangkah indahnyer..btoi tak mar...hikhikhik..
shalalala..teringin nak main billiard....teringin nak main boling....teringin nak main billiard..teringin nk main boling...teringin nak main dedua B....hehehehe
shalalalala manalaaa jue dgn azi..tamo jengah akak ke sayang2 ku.....hihih tp jgn jenguk esok laaa sayangku.. umah akak tak nampak lantai..punggah baju2 dan seluar2...tak kemas bebetoi lg.. hehehe
shalalaala...berjaya dgr carta era..setelah berhari2 aku try nak masuk..cis btoi dvrplayer...tapi alhamdulillah...bley gok dgr..tp kene bangun awal laaa...
shalalalaa...baru dgr lagu jgn pisahkan versi phyne ballerz...pesal mcm tak best jek diorg nyanyi.. hehehe tapi lantak arhh..janji ada maksud...
shalalalala...tingin nk tgk abg zahid nyanyi lagu biar bulan berbicara masa konsert last af...igt zahid igt orange..igt zahid igt misha omar..cis2..ntahpape...takdak kaitan langsung zahid dgn misha omar(jeles2)
shalalalala alexxxxxxxxxxx aku nak lagu misha omar..send laa kat aku alex....wahai alex....ooo alex...tulun laa pass lagu tuh kat aku....
shalalalaaaaa....tak kire arhh apa org cakap...janji aku dpt dgr ayat aku maafkan ko @ yg sama maksud dgn nyer...tak kesah lew kene tpon jejauh pong...puas hati...hak hak hak

dan aku pon terus menyanyikan lagu shanana...

hahahaha tgh layan rancangan nodo jiman or berbangga dgn tekak anda...best gilerrr...haha rancangan ni menampilkan peserta2 yg berani mencuba nasib..tak kire tua atau muda..this week yg paling tua adalah sorg atok berumo 96 tahun...masih bagos lagi suara die..yg best nyer prog die adalah semangat peserta saling memberi sokongan antara satu sama lain...tp selalunyer lagu2 yg terkini mudah nak menang..kalau lagu2 tradisional spt lagu2 enka susah sket nak menang..susah agaknyer nak bawak lagu2 enka..sbb tgk diorg nyanyi lagu2 enka mcm nak tercabot urat tekak.....tp mmg suara diorg berkualiti laaa...bdk2 sekolah pon dgn baju2 sekolah masuk pertandingan ni....

heheh teringat plaks kenangan masa sek ren dulu...masuk talentime masa darjah 4..nyanyi lagu shima yg bertajok teringin..hahahaha...pastu masa hari guru kene buli nyanyi lagu yg sama..masa tuh memula member aku nama ernie kene nyanyi pastu die ajak aku naik pentas.. hahaha...pastu dpt bunga dr faizal nizam...hikhikhik...(^_^)V ..pastu masa darjah 6 masuk lg talentime... dpt no 1 tuh...nyanyi lagu satu dua tiga...hehehhe ajak timah berlakon sket...masa talentime tuh kene rensyu dgn finalist(cecece)..n ada sorg dak darjah 5 tuh tak bape baik dgn aku...tp masa hari pertandingan tetiba menjadi baik plaks..hihihi

kenangan2...tatau mcm mana bley ada idea nak masuk pertandingan mcm tuh...pastu masa abih upsr..masa dok2 lepak2 tuh..kekadang cikgu petik gitar aku nyanyi....
hehehhe
kenangan yg best...

Saturday, February 26, 2005

pelbagai bende aneh yg aku buat arini

1) hampir mencurahkan cili boh dlm sinki
2)tido tgh hari(xtvt yg sgt asing kat sini)
3)separuh hari dok tenung sliding door
4)separuh hari lagi dok tenung tv yg tak dipasang
5)memasukkan air dlm air kotak kopi aku
6)terjatuhkan pisau hampir terkena kaki
7)terbiarkan kuali berasap...

adoiii cpt arhh visa siapppp..aku nak kuo dr sume niiiiiii............setiap seminit mengeluh sambil mengharapkan miracle berlaku utk hari ini...tapi arienai....takpelaaaa....nak wat cemmana hikhikhik

I'm not a perfect person,
there's many things i wish i didnt do,
but i continue learning,
i never meant to do those things to you.
And so i have to say before i go,
that i just want you to know,
i've found a reason for me,
to change who i used to be,
a reason to start over new,
and the reason is you.
I'm sorry that i hurt you,
it's something i must live with every day,
and all the pain i put you through,
i wish that i could take it all away,
and be the one that catches all your tears.
Thats why i need you to hear,
i've found a reason for me,
to change who i used to be,
a reason to start over new,
and the reason is you,and the reason is you,
and the reason is you,and the reason is you.
I'm not a perfect person,
i never meant to do those things to you,
and so i have to say before i go,
that i just want you to know,
i've found a reason for me,
to change who i used to be,
a reason to start over new,
and the reason is you.
I've found a reason to show,
a side of me you didn't know,
a reason for all that i do,
and the reason is you.

Thursday, February 24, 2005

g****i: ader sorang budak
g****i: pernah ckp kat aku
acik: pe dia
g****i: camni
g****i: wherever you go,whatever you do,don't loss hope..and the most important is,be yourself!
acik: tenkiu
g****i: ok
g****i: sama2

thanks hilmi...
********************************************************
doa aku hari ini

ya allah..kau berikan aku derita..kau berikan aku airmata..kau berikan aku segala kesedihan pada hari ini..aku bermohon padaMu..ko berikan aku bahagia..kau berikan aku senyuman kau berikan aku kegembiraan pada hari esok dan hari2 seterusnya..hari ini aku menangis...hari ini aku meratap sedih..semoga hari esok aku ketawa..hari esok dan hari2 seterusnya aku gembira

Wednesday, February 23, 2005

tatau nak tulih apa arini..saje jekk curi masa nak ilangkan kekacauan kat jiwa....aduhh tatau nak cakap mcm mana...


kekadang aku terfikir...
sapa aku dlm idop korg...
aku terlalu menyusahkan kah...
aku suka mengganggu kah...
aku ni mampu merosakkan akhlak org kah...


pastu aku pk balik....
hmmm..kalau dh ada org cakap aku ni mampu menyetankan org...
maka btoi laaa tuh kot...


pastu aku nak sampaikan sesuatu....
pada sapa2 yg dh terpesong akibat aku...
hahahha sori bebanyak...
takpelaa
lenkali aku takkan pesongkan korg2...
sian...tak pasal2 jd weng mcm aku..
semlman berpk...
baru aku tau...
aku ni menyibok dlm idop korg...
sori..
insya allah aku takkan kaco lg....


tenkiu kasi aku peluang rosakkan korg..hiihiihii
even kejap..tp best gak arhh

Tuesday, February 22, 2005

entry arini adalah entry mintak mahap kat joey...weii joey..aku mintak mahap bebanyak kat ko hehehe mmg aku suke2 sakitkan hati ko tadi...saje jek berniat jahat begitu..lgpon aku nak bancuh milo ko kaco aku...apa lagi melenting arhhh beb...dh lew sehari semlm tak minom milo nasib arhh...heheheh pape pon sori berlori at morning glory kat ko.....dan aku tujukan lagu ini khusus utk ko


maafkan kami tet terenet...
maafkan kami tet terenet .....
maaf kan kami maafkan kami...


V(^_^)V peace to the world.........

Monday, February 21, 2005

memandangkan lusa ada test keisanki dgn digital kairo dan esok kepada lusa adalah test algorithm maka aku menyanyikan lagu ini utk diri aku sendiri...


rajin aku rajin..
rajin laa blajo..
biler beso nnt
bley tunjuk ajo
emak dgn abah
gumbire selalu
melihat anaknyer
rajin bace buku...


yaaa tepuk2 tgn...hihihi sian aku waza2 gi am:pm kat eki semata2 nak beli kacang ijau ayu tp huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kacang ijo tuh abih stok...aku rasa mcm nak bako2 jek kedai tuh.. dh lew masa nk balik hampir terkepit kat pintu hahahaha takpa aihhh sasuga densya kat oita mmg menunggu penumpang..(^_^)V

Sunday, February 20, 2005

slot cinta blog jaja kembali lagi...yeaaaaaa anda okkey...saya pon okkey..kawan2 sume okkey.. kalau okkey jgn lupa afundi linda okkey..ahahahahha...selamat baca utk anda sume..

Anda sunyi. Anda mahukan seseorang sebagai teman bicara. Anda cari di mana-mana. Namun tiada berjumpa. Anda rindukan suaranya. Suara itu pernah singgah di telinga anda, tapi lama dahulu. Di manakah dia kini. Anda amat-amat rindu.



Ada ketikanya anda akan berasa seperti ini. Pada saat-saat sunyi di petang hari, tiba-tiba nostalgia anda mengheret ke suatu suasana. Suasana itu seperti pernah dilalui. Anda seperti terdengar gelak ketawanya. Gurau sendanya terasa masih segar.


Ah, dia yang pernah mencuri hati anda. Suatu ketika dahulu tatkala alam keremajaan anda. Di mana dia kini. Anda tertanya-tanya. Jawapannya tidak akan pernah anda temui. Dalam kerinduan yang tidak bertepi ini anda lemas dalam lautan rindu. Entah milik siapa. Entah untuk siapa. Anda keliru dan tidak tahu. Yang nyata anda seperti merindui seseorang.



Ada ketikanya anda lemas dan tenggelam. Anda sayu. Perasaan anda bagaikan dilayat-layat rindu. Anda bukan tidak tahu anda telah berpunya sekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa di luar sana tidak patut sama sekali. Anda amat tahu itu.Yang nyata anda amat rindu...


Tika ini anda dalam arus theta atau delta; dua arus yang membawa manusia pada kemunduran. Arus ini adalah arus khayalan yang melemahkan. Anda seolah-olah tiada bertenaga. Badan terasa lemah sekali dan ada kalanya dahi terasa sakit.


Arus ini akan terus membuai perasaan anda dengan kenangan-kenangan silam. Ditambah lagu nostalgia yang mungkin berkumandang di corong radio. Anda benar-benar lemas.


Anda cuba-cuba mengagahkan diri dengan melakukan apa-apa kerja, tapi hasilnya selalu tidak menjadi.


Anda benar-benar gelisah dan keliru. Siapakah yang aku rindukan? Entah, jawapan tiada di hati anda.


anda mungkin cuba keluar dari kepompong yang menghimpit. Tujuan anda murni, hendak membebaskan dari dari penjara diri, agar dengan itu alam terasa luas kembali.


Tapi keluarnya anda dengan hati yang terpenjara, dipenjara oleh perasaan yang tidak pasti. Tidak pasti apakah anda patut senyum; tidak pasti apakah anda patut tertawa atau terus bermuram.


Apa yang anda tampilkan pasti ketara pada penglihatan orang. Perubahan anda itu nyata, terang lagi bersuluh. Orang dengan mudah dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang mengambil tempat dalam diri anda.


Lalu anda pun mungkin disapa seseorang. Dalam keadaan demikian jawapan anda mungkin melambangkan kesedihan, kemurungan mahupun kegembiraan yang dibuat-buat. Orang dengan mudah dapat membaca segala-galanya. Jika dia lelaki dia mungkin merasakan bertanggungjawab membantu anda. Anda yang dalam kekosongan dan kesepian, sapaan pastinya amat didambakan. Tanpa sedar anda mungkin menceritakan gundah gulana yang membungkus di hati.


Suara anda tentu lemah, melambangkan arus theta dan delta yang mencetus dari diri anda. Anda sedar anda mengundang simpati. Orang yang mendengar kata-kata anda mungkin terkalih, daripada ikhlas hendak mendengar permasalahan anda pada perasaan yang tidak terduga. Di situlah kadang-kadang bermulanya satu-satu perhubungan terlarang.

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."Al-Ahzab: 32

Ubatilah kerinduan anda yang tidak bertepi itu dengan doa, Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. DIA-lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang yang beriman harus bertawakal. At-Taubah: 51


Untuk merindui zaman silam saatnya sudah tidak sesuai.

Friday, February 18, 2005

shalalalaaaaa pagi jumaat


aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita


maybe sampai sini jek kot....tatau ada penyambungnyer atau tak...ntah..tetiba rasa mcm org buduh ajek...thanks 4 everything...n maaf bebanyak..kalau hari ni hari last..aku nak bgtau yg aku..............................................................

Thursday, February 17, 2005

main tak aci masa jawab paper suuchi kaiseki..heheheh ada soklan last tuh kene isi tempat kosong dgn kanji..aku isi dh tp tak sure btoi ke tak..masa sensei jengah kertas jawapan aku aku tunjuk laa kat sensei btoi ke tak..hehehhheeh besh2 die tunjuk yg tak btoi...soh baiki..tenkiu hara sensei...saya cayangggggggg sensei..hikhikhik..lega dh abih 7 tinggai lagi 4..cptlaa abih pekse...hiihiiihiii...tak sabo nak meronggeng...A****e i`m in love....wait for me yaarr

abih pekse ke 6 tinggai lagi 5 papers yg perlu dikejo...hihihi lepak sat sambil melegakan pemikiran..nnt ptg lg ada lagi sebijik...aduhhhhh aku dh stat tak sedap idong...iyadaaa maka aku terus membeli gula2 vitamin c...bahaya gak wooo...oklaa aku dh nampak sensei aku maka dgn itu aku kene laaa blajo...gambaree ptg nanti..esok ada lg 2 pastu rabu dpn lg 2 pastu abih..tp sabtu nih nak gi tgk bola antara oita trinita dgn team dr korea dgr nye..tatau laaa utara ke selatan...hahahaha riadah2..merehatkan minda..dpt tiket free plak tuh..kalau untung baik bley dok kat vip seat...tp dpt seat besa pon alhamdulillah....sapa nak kasi tiket free beb...hehehhe wokeyy aku nak selak note..even pekse ptg ni bleh angkut buku satu library tp still susah kalau tak paham..nyihihihi...doakan aku kengkawan..semoga aku tak dihinggapi selsema...

Wednesday, February 16, 2005

ohayou gozaimasu


blog jaja edisi pagi kembali lagi...heheheheh..saje jek buat entry pagi ni..sbb pening org umah atas main tengteng pagi2 bute ni...apa citer yekk..heheheh mimpi nadira dh bley meniarap malam tadi...tak sabo nak jumpa nadira weekend ni insya allah.....


pepagi kaco haruss edit pic... mamat tuh mmg giler gambo...tp hasil keje die berseni...tahniah2...pastu gado dgn joey...hahah pepagi dh gado..tatau apa sebab...hiihiihii takpa2 org kata gado2 bawa bahagia...kakaakaa tamo aku bahagia dgn ko joey...



heheh baru lps kak mila msg mintak kejutkan kol 7.30 sbb die ada 1 gen...dulu aku ada mintak tulun member emelkan pepagi...die dgn beshnyer soh aku kunci jam sendiri...mmglaa bley set alarm sendiri..tp kan...set alarm sendiri takkan bangunnyer..dgr tuh mmg dgr..tp tak bangun.. aku laa kan...kalau baca emel org swoh bangun insya allah aku akan bangkit even mengambil masa..kekadang tuh reply emel..bukan apa..nk ilangkan mamai...baru bley bingkas bangun... so pd org2 yg pernah anto emel or miskol bangun pagi tuh...arigatou bebanyak...satu or dua emel korg menyelamatkan sorg anak adam dr hanyut di subuh hari....lenkali emel lah lagi yarr..


tingin nk minum teh tarik(pengaruh itosan)..tp takdak teh yg halus tuh..teh boh songket perisa passion fruit ada laaa..agak2 bley tak buat teh tarik hehehhe...susu pekat ada...aku suke susu pekat kat nihon sbb ia ada dlm tin...dan ada juga dlm tiub mcm tiub ubat gigi..nnt aku amik gambo die erkkk...sgt menarik..mudah dibawa kemana2..nnt nk bawak balik arhh satu tiub.. nk tunjuk kat razi..heheheh...

apa ko ngarut ni jaja..hahaha org umah atas dh senyap...maka aku pon nak senyap gok...yoshhhh jumpa lg lenkali ...ZZZZzzzzzZZZZZZzzzzzz

Sunday, February 13, 2005

Valentine's Day - perlu ker Muslims tumpang celebrate??..


Assalamualaikum,....

14 of February is the most celebrated date forpeople in love..it is the day to shower the loved onewith presents/gifts, wonderful and meningful words andromantic dinners in the name of valentine's day.......


adakah satu kesalahan bagi muslims menyambut hari mengingati kekasih ini??!!!....bagi aku, kalu muslims itu tak tahu kisah asal usul valentine dan ikut ikut trend ajer , aku rasa tak salah selagi tak melakukan yang dilarang oleh hukum syarak....tetapi bagi sesiapa yang tahu asal usul valentine ini, maka menyambut valentine ini seakan meraikan sambutan yang berkaitan dengan sejarah kaum kapir....kepada yang berfikiran secular tetapi beragama Islam,sekadar mengingati kekasih pada valentine's day ini lebih merupakan budaya dari amalan agama....iyer lar kan, apa salahyer bagi bunga or present pada suami pada valentine'sday??!!!........


aku tak nak dwell on the historical fact or theorigin of valentine's day but suffice to say that valentine's day celebration is related to christianity and not judism or buddism or hinduism.........well, masa zaman courting dulu aku pun terjebak jugak celebrating valentine's day ini sebab nak ikut trend dan valentine's day punyer celebration kira happening thing to do lar beb!!!!heheh...baru lar ada kelas kan kan kan, pergi romantic dinner, bawak bunga sekuntum , pakai hensem hensem, kalu kena gaya, dapatlar ringan ringan sebagai upah bawak bunga!!!!ahaks ahaks ahaks......


selepas melalui proses celebrating valentines day ini dan mengetahui serba sedikit tentang asal usulvalentine's day ini, maka aku pun berhenti meraikannyaatas dasar kesedaran berikut...
1) ianya adalah amalan orang beragama kristian dalam mengingati kisah cinta st.valentine ( i stand to becorrected)
2) aku terima fahaman orang lain yang menyatakan kalau kita nak ingat kekasih, maka tak semestinya on 14th of february....
3) valentines' day menjurus kearah aktiviti berbau maksiat
4)valentine's day adalah budaya yang diimport dan tiada langsung manafaat kepada bangsa malay untuk asimilisasi budaya ini
5) valentine's day itu boleh merosakkan akidah kerna bersubahat dalam meraikan sesuatu amalan agama yang dianjurkan oleh agama lain......ramai juga akan argue bahawa kekasih yang diingati itu tak semestinya boyfriend atau girlfriend kita tetapi juga ibu bapa, suami isteri dan juga guru.....betul gak kan kan....


damnn!!!...valentine's day nei kalau kat malaya nei tiada yer nak ingat mak bapak der tau...memang hanya untuk cewek dan cowok,tak payah lar nak berfalsafah falsafah untuk menyatakan definisi kekasih itu lebih luas dari lingkungan cowok dan cewek!!!ahaks ahaks.....ada beberapa perkara lain yang kita lakukan dengan tanpa niat meniru agama lain yang tidak digalakkan untuk kita lakukan seperti kerna dipercayai menyerupai amalan/ibadat agama lain...


1)berpuasa pada hari jumaat sahaja ...kalau puasa hari jumaat dilakukan dengan hari lain tak ngapa..ini adalah kerna yahudi beramalan berpuasa hari jumaat (stand to be coprrected on the day)
2) meniup lilin semasa menyambut birthday.....iniadalah kerana dipercayai orang kapir melambangkan lilin yang ditiup sebagai lambang padamnya nur Islam
3) menyimpan misai yang bersambung dengan janggut (exactly which type , aku tak sure) adalah tidak digalakkan kerana ianya menyerupai style/cara orangYahudi
4)ada juga kisah yang menyatakan permainan bolasepak berasaskan simbolik orang Yahudi yang kononnya menendang kepala Rasulullah saw..aku really not sure about this...
5) ramai pengantin lately nei refused untuk bersandingkerana lebih mirip kepada amalan/budaya orang beragamaHindu..
6) membuat perbandingan seperti menyatakan perbuatan orang hindu di batu caves sebagai tawaf .......


berbalik dari valentine's day celebration, aku berpendapat kalau diraikan pada 14th of february memang boleh merosakkan akidah tetapi kalu ko celebrate on 13th or 15th of february mungkin tak der kena menggena dengan akidah melainkan ianya bercanggah dengan hukum syarak kerana aktiviti dating mendating sesama bukan mukhrim yang tiada ikatan pernikahan adalah tidak digalakkan.....tetapi tiada siapa yang akan mengingati kekasih pada 13 or 15 february kerana syaitan akan membisikkan ke telinga....alooo brader,tak rugged lar beb celebrate bukan on the 14th..ko nei kampong ker??..ko nei belia ker??.. bisikan syaitan yang menyebabkan mamat tadi beli sejambak bunga untuk kekasih on 14th of february........



kepada pengunjung artikel "Ilham Is" ini aku nakkatakan pendapat aku on valentine's day ialah ianya lebih kepada adat kebaratan yang kita tak perlu kita hayati/taati dan tiada langsung ciri ciri orang malay dalam valentine's day celebration...valentine's day adalah lebih kepada cara orang barat dan budaya ini tak add value dalam budaya kita sendiri...valentine'sday adalah trendy untuk disambut tetapi ianya lebih kepada bersifat kepalsuan dari segi keihlasan hati dan lebih kepada menunjuk-nunjuk kemampuann material satu-satu pasangan kekasih tersebut....kos untuk perbelanjaan valentine's day boleh mencecah ratusan RM bagi budak yang masih belajar kalau diambil kira kos membeli hadiah, romantic dinner, baju baru dan kosabortion 2/3 bulan lepas tu!!!!!!!


betul wa cakap lu,ramai gadis hilang dara sebab sekuntumbunga!!!!!itulah sebab aku kata ianya lebih kepada budaya barat yang diikut ikut tanpa sebab oleh orang malay kita.......ingatlah kekasih kita hari hari dan tak payah no14th february sahaja....14th march pun boleh, 14th june pun boleh gak.....mengingati kekasih pada 14thfebruary pada setiap tahun adalah seperti menerima amalan/perbuatan agama lain dan ianya kalu dihalusi boleh mengugat akidah kita sebagai orang Islam....dan sekiranya kita tak setuju mengaitkan valentine's day celebration dengan amalan agama lain, maka lihatlah valentine's day sebagai amalan budaya bangsa lain yang lebih bercorak commercial kerana yang untung masa valentine's day ialah Florist, Pubs dan nite clubs,orang jual kad greetings, penjual cenderahati danpenjual kondom!!!..


actually merchandising revenues masa valentine ini merangkumi business yang mencapai billion dollar throughout the world.....anggaplah valentine's day ini sebagai manipulation of ideas by merchandising producers to sell their product.......


okke lah..kalau ada gak orang Islam yang nakcelebrate gak....aku nak nasihatkan bahawa ingatlah tsunami berlaku sehari selepas xmas dan jangan plak ada`bencana`lain nanti diturunkan Allah swt sehari selepas valentine's day nanti...bukan aku nak takut takutkan korang macam takutkan budak budak tapi sekadar mengingatkan diri aku sendiri.......


akhir kata, cinta yang ikhlas ialah cinta yang tak berkias, cinta yang berasas adalah ialah cinta yang tak tentu berbalas.......aku tak perlu waktu atau hari tertentu untuk menzahirkan cinta`ku kerna cinta kupadamu kekal dunia akhirat....( cair awek beb kalau kena ayat macam nei!!!!ahaks ahaks ahask).......lupakan lah 14th february sebagai hari mengingati kekasih kerana`kasih yang luhur tiada mengenal hari dan waktu...hehehe...mueheks.


artikel ini ditulih oleh harith iskandar..hihihi
di copy dari emel mar

Saturday, February 12, 2005

haihaihai


jaja kembali lagi...hihhi dlm usaha melawan ketidakselesaan dlm bdn nyer...kali ni aku tetiba terpk....hihihi pk mende geli2 jek..maleh nk berpk bende berat sbb aku rasa tak besh arini...


apa yg aku pkkan...aku tgh terpk..pesal laaa time aku tpon along aku kan...ckp dgn org lain ok...tp kalau ckp dgn mak sure line terputus..hehehehe..(satu pemikiran yg tak bley di terima pakai)


pastu aku terpk apsal angah aku ckp along ada seperais...pastu poyo2 soh aku tpon along...aku dgn penuh berusaha pegi membayo bil tpon n tpon along(sbb tpon aku kene ptg semlm sbb tak bayo lg)....pastu along ckp takde pape...angah memain...oitt org kampong..sapa jumpe angah aku tulun tekehkan kepala die 8 kali...


pastu aku terpk....apsal adik2 laki aku kecuali razi tak suke sembang dgn aku dlm tpon..huuhu tak patut btoi..diorg tak wendu ke kat acik diorg yg cun ini...hiihiihii...


tp last2 aku terpk...len org len cara die pamerkan kasih sayang...ada yg buat derkkk aja tp dlm ati sayang...ada yg meluahkan dgn kata2 n perbuatan....last2 aku rasa berbaloi gak gi bayo duit tpon..sekurang2nyer aku dgr suara mak tanya,ko pekabo.....(soalan yg asing dr mak abah aku) hihihihi...family aku ni jenih kasar dan jenis tak pamerkan kasih sayang..tp kat hati hanya kami jek yg tau..


tp sgt indah..apabila kasih sayang kita dihargai org tersayang...kan kan kan...heheheh suke2

Thursday, February 10, 2005

Countdown to Awal Muharram- sudah kah kita sedar??
Assalamualaikum,....



dari berita berita yang aku follow-up semenjak dua menjak ini , aku merasakan manusia masih belum sedar/insaf akan bala yang diturun Allah swt melalui tsunami dan seakan akan menunggu lagi bencana yang lain seakan mencabar bila lagi Allah nak turunkan bala.....



at least di Sabah, gegaran gempa bumi di Filipina telah membuat suasana panic di pantai barat Sabah dengan kemungkinan kedatangan tsunami.....yang betul betul sedar dengan kejutan Allah swt melalui tsunami ini ialah mangsa tsunami yang hidup, mereka yang menjadi sukarelawan di Aceh dan mereka yang memahami baik buruk kejadian dari Allah swt itu ada sebab yer.......yang lain dah balik cara hidup sebelum tsunami....


a) tak bersyukur dengan apa yang ada

b) tak redha dengan dugaan yang melanda

c) tak bersyukur bila dapat kejayaan

d) cintakan duniawi

e) abaikan bekalan di alam yang kekal....


mengapakah bencana yang begitu besar yang sampai ke depan pintu rumah kita masih gagal merubah kita menjadi muslim yang benar benar bertaqwa???....apakah tsunami itu sekadar selingan hidup sahaja, bukan kah tsunami itu petunjuk untuk kita, bukan kah tsunami itu isyarat untuk kita semua.... mungkin ramai dah baca kisah perompak dari Aceh yang menangis bila diberitahu bungkusan baju yang nak dicurinya adalah untuk mangsa tsunami!!!



persoalannya , mengapa begitu cepat manusia lupa akan bala yang diturunkan Allah.....bermula dengan cuti panjang CNY ini, aku rasa tsunami akan dilupakan sebagai isyarat perubahan dari Allah dan tragedi tsunami akan hanya dilihat sebagai satu fenomena bencana alam sahaja yang akan dikaji cara untuk mengatasinya ??!!!..... kerja baikpulih kawasan tragedi tsunami dilihatkan sebagai business opportunity dan mangsa tsunami dilihatkan sebagai statistik untuk mendapatkan financial aid.......



maka tujuan aku menulis ini ialah untuk mengingatkan aku dan siapa yang sudi membaca pemikiran aku untuk jangan melupakan isyarat dari Allah ini, jangan berhenti bersyukur kerana kita bukan salah seorang yang menjadi mangsa tsunami, bersyukur dengan izin Allah yang memberi kita peluang melihat kekuasaanNYA.....tampal gambar bencana tsunami di pintu bilik kita....tulis, aku redha dengan kehendak Illahi......supaya kita tidak terdiri dari golongan yang lupa diri akan peringatan dari Allah swt....zaman dahulu, Allah swt memberi peringatan pada sesuatu kaum dengan menurunkan Nabi nabi untuk membawa kaum mereka ke jalan yang benar dan bila nabi nabi ini tidak dipatuhi maka Allah akan turunkan bencana untuk melenyapkan kaum tersebut.....mungkinkah di akhir zaman ini dengan tiada lagi nabi nabi diturunkan maka peringatan diberikan oleh Allah swt melalui bencana alam seperti tsunami ini??!!..waulahuaqlam...tapi it should not stop us from looking at the signal given by Allah as a message to change towards Him...........



marilah kita sama sama menanti kedatangan Awal Muharram ini dengan penuh semangat untuk membawa perubahan dalam hati kita...perubahan kearah pembersihan diri dari terlalu mengharapkan duniawi, pembersihan dari hati yang selalu tidak puas dengan apa yang dikecapi, pembersihan dari perasaan was was atau curiga kearah mana kehidupan ini harus kita bawa.......


aku mengajak diri aku ini supaya lebih toleransi terhadap sikap orang lain, lebih mendekatkan diri pada masjid dan surau, lebih peka kepada panggilan jihad ( not necessarily means to fight the battlefield of a holywar), lebih sayang kepada manusia dan kemanusiaan.....aku harap kedatangan Awal Muharram kali ini akan membuka jalan yang lurus kearah ketaqwaan terhadap yang Esa......


mungkin setiap langkah kearah kebersihan diri itu akan menghadapi halangan berliku kerna faktor syaitan yang selalu aku katakan, tetapi , adalah malang pada kita jika kita tidak cuba untuk menggorak langkah menghadapi halangan yang dicipta oleh iblis itu......


memang susah dan aku akui kesusahannya kerana kita adalah tergolong dari umat Islam akhir zaman yang lemah yang mungkin tidak bisa menampung sengsaraan dugaan umat islam awal zaman......


kita mulakan dengan menjauhi majlis majlis yang boleh membawa subahat, kita mulakan dengan membaca kitab/buku yang berasaskan ilmu agama untuk diselang selikan dengan buku kegemaran kita, kita cari dvd/vcd yang berbentuk ilmu agama dan kita tukar tukarkan dengan cerita cerita kesukaan kita, kita walkan tidur kita untuk bangun bertahajjud, kita ketepikan sikit pendapatan kita untuk zakat dan sedekah, kita kurangkan pelancongan kita untuk kita menyimpan ke Mekah.....


ini semua adalah gerak langkah kecil yang akan kemudian membesar bila sudah menjadi amalan dalam kehidupan kita....insyaallah......aku bertanya diri aku, mampukah aku kurangkan tengok bola untuk ke majlis majlis agama di surau/masjid??...mampukah aku tidak menonton AF3 yang akan datang demi untuk tidak membuang 3 bulan dalam setahun concentrate on this show??mamapu kah untuk tidak pergi ketempat tempat kesukaan aku untuk berpindah ke rumah rumah anak yatim atau rumah orang tua untuk berbakti????.....



aku hanya mampu bertanya tetapi tak mampu memberi jawapan....mungkin kerna aku masih dalam golongan umat Muhammad saw yang lemah itu tetapi aku berharap pada mereka yang lebih kuat pada aku hari ini, saat ini, mulakan langkah tersebut tanpa menunggu tsunami yang lebih dasyat lagi.........ramai yang telah membaca kisah kisah kemungkinan berlaku bencana demi bencana di tahun 2005 ini dan kita mula merasa takut akan kemungkinan yang datang tetapi kita sudah lupa kepada bencana yang telah datang...kita kita tanya diri kita , adakah kita beriman pada bencana atau beriman pada Al-Quran dan Hadis....kalau kita beriman pada Koran dan Hadis, maka tak perlu kemungkinan kemungkinan bencana untuk merubah kita kerna segala bentuk kekuassan Allah dan peringatan telah disebut dalam Al-Quran dan hadis....menunggu bencana yang datang seolah olah kita menunggu sesuatu yang lebih physical untuk menyakinkan kita pada Koran dan hadis yang lebih merupakan spiritual...tepuk dada tanya selera...Allah lebih mengetahui segalanya...


alot of prayers,
harith iskandar harith othman

dicetak rompak oleh emel dr is..hihihih sama2 baca n pk..wokeyyy

hulaaa huuuppp....ohayou gozaimasu...ogenki desu ka?hikhikhik

arini awal..masih mencarik key utk memulakan hari baru..aduhhh bising plak alarm aku..
semlm borak dgn along..die citer pasal adik2 laki kitorg yg mula dilanda angin chenta monyet.. hahahahaha..aku rasa mmg bdk2 asrama sek men jengka 2 punyer stail ngayat sama dr dulu sammmmpaiii skrg....hikhikhik...sbb dolu2 pon gua pon kene ayat gak di sekolah yg sama(zaman mude2 dulu) skrg afiq plak hahahah klako2..tergolek2 kitorg gelak..yg azim pon kene gak..cuma die dh beso...so cara die kene ayat takde arhh klako mana...dak tujukan lagu utk die lew..hihhi bersembang pasai persiapan kawen along..pastu pasai mak kitorg yg busy mengalahkan abah..huuhuu rajin bebeno mak aku menjalankan2 keje2 kemasyarakatan...dan aku pon merasa suke hatiiiiiiii

yappari...sembang dgn family bisa meredakan ketegangan yg melanda...cuma skrg aku takot nk cakap dgn abah..hikhikhik..takot abah soh balik umah hihihihihihi

Tuesday, February 08, 2005

bluweksss(tiru mar)...ni pesanan dr hajar utk hajar..hikhik...walau apa pon terjadi ko kene kuat.. idup tak lengkap tanpa kesedihan...idup tak sempurna tanpa sengsara...org tak paham apa yg ko alami....ko sakit ke tertunggeng ke org bley tgk dan bersimpati..tp yg btoi2 bley tulun ko adalah diri ko sendri..cammon...bio lew apa org nk buat kat ko..apa org nk kata dgn ko..igt pesan dia...yg baik di balas baik tp tiada istilah yg buruk di balas buruk dlm idop....kiter takdok hak nak hukum sesapa...kalau seribu org kat sekeliling ko...mungkin ada sorg yg bebetoi cayangkan ko...bangunlaaa hajar...tgk dunia keliling dgn mata halus ko ...endahkan sume yg remeh2 ..bangun lew ..bukak pintu hati ko..byk lg bende yg perlu ko kaji dan alami dalam dunia...perjalanan masih jauh..harap2 ko tak ketinggalan even masih perlu merangkak...bersyukurlaaa...kerana ko tlh diuji..simbol ko masih disayangi dan diingati oleh-Nya ...ok cayang ku hajar..hikhikhik(entry ini ditaja oleh kopi cap kapal layar)

今日はなんか気持ち悪い。何回も謝ったでも何も返事しない。。。なんで。。。いやだあああああ。。本当にすみませんでした。。。。

Monday, February 07, 2005

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)


Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet


Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik


Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri


Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya Wallahu'alam.


Sunday, February 06, 2005

ya adik2...hari ini akak akan bercerita mengenai kisah Siti Hajar....siapakah Siti Hajar itu..Siti hajar itu bukanlah pemilik blog ini ya adik2 tetapi Siti Hajar yang akak maksudkan ini adalah isteri kepada Nabi Ibrahim



Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.



Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu.Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.



Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.



Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?" Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini." ""Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..." ""Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT."



Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT.



Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan... Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan" suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan. Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."


Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami." Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa :


"Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.


Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT.



Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?



Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.



Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.


Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."



Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.


Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.

bagaimana adik2...semoga kita semua dapat mencontohi Siti Hajar yaa...dan semoga Siti Hajar(pemilik blog) dapat menjadi sesabar Siti Hajar(isteri Nabi Ibrahim) dalam menghadapi dugaan hidup...

Saturday, February 05, 2005

berita baik utk pemaaf



Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?" Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya . Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"



Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"


Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,



"Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,


"Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"


Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"


Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.


Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"


Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".


renungan edisi sarapan pagi..hihiihihi

Thursday, February 03, 2005

edisi sarapan pagi



Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 'sampai hati' sesama sendiri



Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitarisang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama.Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.



Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.


Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.


Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.




Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Dimanakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.



Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga.Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seoranglelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.



Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai 'alat'.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit dimata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidakmudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.




Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodohtetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.



Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.



Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untukmemerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degupjantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Wednesday, February 02, 2005

sepanjang hari.....

sejukkk walaupon matahari memancar terik...malam tadi aku berdoa...andai esok matahari bersinar semoga sinarannyer meresap ke jiwa ini...agar sume kekuatan dan keyakinan dikembalikan spt selalu...tp awal2 pagi lagi dh tercarik pasal dgn org..huwa huwa huwa huwa

ehmmmmm.......dugaan pertama arini masa nak buang mesin basuh.. huuhuu gugur jantung aku biler kene tambah duit lagi sen yen....aduhhhh...pastu gi bayo duit umah..cuak gak takut gagal..hihihi alhamdulillah bley buat proses dgn senang jekk...pastu bayo duit ayam..sebetuinyer aku ni nigate bab2 furikomi duit ni...hahahah tuh sbb aku kalau dgr word furikomi...terus hormon aku bercampur gaul menjadi nasi ambeng...pastu gi isi perut kat seikyou..hahah satu pembaharuan yg aku dh bley makan sorg2 kat seikyou....pastu cek tiket ke M****** huuhuuu cekik tulang btoi seikyou sekolah...bapok mahainyer...pastu seterusnyer aku kumpol kekuatan nak gi buat kad utang...huuuhuuu...terputar2 kat dpn ofis baru aku ketuk...mujo laaaa bley tanpa byk soal..hahahah..pastu anto report...hahaha buat prog..dh bley jikkou malangnyer aku tak paham mende...pastu lab bapok sejuk...ntah2 bdk ni pasang ekon..giler btoi..tak tahannn tangan aku beku...tak bawak glove...huuuuhuuuuu sejuk mmg luar besa...pastu gi everyone beli yogurt aloe vera....dgn jajan2 sket...pastu balik dok bawah selimut....makkkkkk sejukkkkkkkk

dan aku pon pening2 cipan skrg..huuuuhuuuuuuuuuuu nak bermanje..(T_T)

Tuesday, February 01, 2005

today i feel soooo %&$#(%&&%$'#"){}...sambil buat toyol....aku rasa mcm nak &'%$#)(=~"#% huuuuhuuuu kendian aku baca citer ni

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.


Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.


Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas"


Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.


"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".


"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu.


Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.


"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu."Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh."Haah???????!!!!"....


Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang yang hangpa tak kenai!!

lepas tuh aku terus gelakkkkkk kuattttttttttttttt kuattttttttttttttttttttt hahahhaahhahahahahahahhahahahahahahahahahahahhahahhahahahhahahahahahhaha hahahahahhahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahhahahahahhahahahahhaha