CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 07, 2005

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)


Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet


Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik


Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri


Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya Wallahu'alam.