CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 31, 2004

kat ks denki

ahahahahha aku amik kesempatan tulih blog kat ks denki..tgh jalan2 dgn senpai tachi..ehek abg tasmim nk beli barang..td gi massage kejap...huhuu

LAWAK ARI SABTU

dihantui roh si mati
Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.
Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku. "Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"
kekekekke....

.:: SatU MAlAm.....Wait and See ::.
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas... Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi. Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat. Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak...
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur. Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur. "Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang suspen saja... esok siang buat laa...", kata si Dol (marah-marah).
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis...", kata apek tu...

Lawak no 19.03 - CIA
******************
Nak jadi spy utk CIA bukannya senang. Selepas beberapa test yg betul2 mencabar, maka 3 org calon telah berjaya ke ujian maha getir yg terakhir. Kata jurulatih," OK... utk ujian terakhir ni, objektifnya utk memahami dan mengikuti segala arahan yg diberikan tanpa membantah hatta menarik muka masam sekalipun. Kalau korang berjaya dlm ujian ni, maka korang bole jadi superspy ! utk CIA, dan kalau gagal, maka korang dipecat". Jurulatih itu m emberikan pistol Desert Eagle kepada calon pertama dan berkata,"Di belakang pintu itu, ada awek awak. Tembak kepala dia dan awak ada masa 30 saat!".
Selang 20 saat, calon pertama itu keluar dan berkata, "Sori, saya xleh buat. Saya quit." Jurulatih itu memberikan pistol itu pula kepada calon kedua dan berkata,"Di belakang pintu itu, ada tunang awak. Tembak kepala dia dan awak ada masa 30 saat!". Selang 20 saat, calon kedua itu keluar dan berkata, "Sori, saya xleh buat jugak. Saya quit."
Jurulatih itu menggelengkan kepala. Dia berkata kepada calon ketiga,"Ini peluang kamu utk jadi superspy. Di belakang pintu itu, ada isteri tua awak. Tembak kepala dia dan awak ada masa 30 saat!". Selang 15 saat, kedengaran bunyi riuh-rendah di belakang pintu itu dan akhirnya calon ketiga itu keluar. Jurulatih itu bertanya,"Apa yg bising sangat di dalam tu?". Kata calon ketiga,"Sapa yg buang peluru sampai kosong dalampistol ni? Saya terpaksa pukul dia sampai mati dgn kerusi".
Lawak no 20.20 - CIA, FBI dan LAPD
******************
CIA, FBI dan LAPD masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya. CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan.
Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud. Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.
LAPD pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas! itu dengan seekor beruang yg dah lembek sebab kena pukul. Berua ng itu menjerit,"OK, OK... aku arnab... aku arnab!!"

Lawak no 312 - Deduksi
*****************
Jiran 1 : Wahh... baru pindah ke?
Jiran baru : Ah... ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh... saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh... betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.
Petang itu...
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah... baru pindah.
Jiran 2 : Ooo... dia kerja apa?
Jiran 1! : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman...

Lawak no 428 - Kerna nak kurus
*****************
Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'. "Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila ma! suk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah x senang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu.
Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try ver si 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat.... hehehe"

Friday, July 30, 2004

HARI yg kuRANG Memberangsangkan
 
aku sebenarnya dah sgt2 mual dgn exam ni...mmg dah mual sgt2...uhuhuhu...apa bleh buat ini pon 1/1000 dr ujian dunia....dah penat sesangat dah... n aku juga terpaksa mengambil keputusan yg sgt berat..aku tau aku bakal dilemparkan kata2 sindiran dan ejekan lantaran terpaksa mengambil keputusan agak drastik dan diluar kemampuan ku... tapi ntahlaaaa...sebak rasa dada biler memikirkan banyak sungguh risiko,banyak cemuhan,banyak sindiran yg terpaksa ku telan... tapi apakan dayaku..aku hanya mampu merancang tapi Dia penentu segalanya....aku terpaksa menerima hakikat yg serapi mana pon perancangan manusia tapi tak bleh nak lawan ketentuan yg maha esa...aku yakin n aku percaya ada sesuatu di sebaliknya yg aku sendiri tatau...aku perlu tempuhi sume ini dan mencari hikmah tersembunyi disebalik keputusan ini...ya allah bantulah aku....aku tak perlukan pemahaman dr semua tp aku perlukan  pengertian dr mereka2 yg rapat dgn aku.....bukan niat aku utk memungkiri sume janji tapi aku tiada daya.....maafkan aku
 
 

SIRI MARI TERSENYUM
 
 
ayaq dlm besi api dlm kaca
 
Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran.
Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.

surat kick
 
Mak oo mak.., Man pelik la mak..", jerit Man memanggil-manggil ibunya. "Apa yang pelik sangat tu Man oi", sahut ibunya dari dapur. Man meluru ke dapur bila terdengar suara ibunya . " Mak.. tengoklah ni..", kata Man seraya menunjukkan kepingan surat panjang yang berwarna putih kepada ibunya .Wah banyak surat ko dapat hari ni Man.. dari sape?", tanya ibunya kehairanan . "Hari tu kan Man ada bagitau mak yang Man nak mohon kerja .." terang Man.

"Hah , habis tu .. surat tu kata apa ?", tanya ibunya dengan wajah yang sedikit ceria . "Ko dapat ke tawaran kerja tu ..Man?", tanya ibunya lagi . "Tak .. ni semua surat yang Man pos 3 bulan lepas .. konon nak mohon kerja sebagai juru auditlah tapi....",kata-kata Man terhenti di situ. Ibunya menggeleng tanda paham . "Ala.. belum ada rezeki la tu Man oi.. janganlah ko risau .. rezeki ada di mana-mana ..yang penting usaha dan tawakal..". ibunya cuba memujuk .

Man termenung memandang ke lantai tanpa sepatah kata. "Kalau susah sangat .. ko kerja jer kat kilang sabun tu ..", kata ibunya lagi . "Mak..Man peliklah ..nape surat ni ada cop KICK ?" ,tanya Man sambil menunjukkan cop yang tertera di luar sampul surat . Ibunya kehairanan lalu bertanya , "Eh ..KICK tu maknanya tendang kan Man?". Man hanya mengangguk. "Bak sini bagi mak baca surat kau tu..", kata ibunya lalu mengambil dan mengeluarkan surat tersebut dari sampulnya .

Surat tu bertaip dengan rapi sekali seolah-olah tiada sebarang cela . Ibu Man membaca dari perkara .

PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT. Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai juru audit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di suratkhabar. ................................... ,........................................................................... ............................................................................ .......................
2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.
a) Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang akan tuan bayar memandangkan saya berkelulusan diploma?
b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan msyarikat tuan banyak cawangan . Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?
c) Bila tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat sikit...manalah tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat ni..melepas pulak tuan nanti .
d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi kami orang islam nak beribadah nanti.
e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka bersama-sama stuff lain? Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian . P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan mengenali saya. Yang Benar,
____________
( MAN BIN BAI )

Surat itu renyuk di genggaman ibunya. Man kehairanan lalu bertanya, "Eh ..nape mak renyukkan surat tu?". Ibunya memandang Man dengan geram lalu berkata, "Ini surat mohon kerja hotak ko.. ko ni terencat akal ke? Aku yang tak habis sekolah ni pun tau macam mana nak buat surat mohon kerja..", marah ibunya . Sebelum berlalu ibunya sempat membelasah dan menerajang Si Man sambil berkata , " Ha.. ni baru betul-betul kick..".

Thursday, July 29, 2004

SENYUM DI PAGI HARI
 
 
orang gila
Ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah tempat di Kota BharuKelantan. Nama tempat itu terpaksa dirahsiakan untuk menjaga keaiban tempatitu. Ceritanya begini. Pada suatu hari, ada seorang gila cuba hendakmembunuh diri dengan terjun dari tangki air di kampungnya. Maka hebohlahseluruh kampung dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil serta merta untukmemujuk orang gila itu. Tetapi mereka tidak berjaya memujuk orang gila itusupaya turun dari tangki air, termasuklah penduduk kampung tersebut.Ditakdirkan Allah di saat-saat yang genting, seorang hamba Allah telahmencadangkan supaya orang gila lain disuruh memujuk orang gila itu. Secarakebetulan di kampung itu ada lagi seorang gila yang juga member kepada oranggila itu. Orang gila yang disuruh memujuk itu meminta pisau cukur dariseorang tukang gunting dan menghampiri tangki air itu sambil memegang pisaucukur.Dia menjerit dalam Bahasa Kelate, 'Hoi ore gilo, mu turun cepat, kalu mu dokturun, aku tebang tiang taki air nih. Cepat turun, gila ko mu ni'. Makaorang gila yang hendak bunuh diri ni pun berfikir, 'Kalu aku dok turun, diani tebang sungguh nih. Baik aku turun, dia ni bukan buleh wat kira, dia nigila, lamo dia tebang sungguh?. Jadi orang gila itu pun terpaksa membatalkanniatnya untuk bunuh diri.Moral: Orang gila hanya boleh dilayan dengan orang gila

 
I am
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood.Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata.
Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.
Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal diatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... "I AM SORRY....!!"

 
TIPAH TERTIPU
Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk! Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya.
Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu. Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?
Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu ?laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya.
Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler?
peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya. Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat?
menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya
To?.? Adakah?adakah?Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !
"Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada. "Hoh! Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.
Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu. Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

ahaks...saje jek wat rilek2..uhuhuhu..well jaja gud luck shiken arini...gambatte ne

Wednesday, July 28, 2004

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya
 
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

 4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. 

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. 

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. 

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: 
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga 
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil 
iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri 
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak 
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

BUHSANNNN
 
ahahaha mengong seketika..meh nak try kaler lain...

jika kamu
 
ahahahha..artikel ni aku jumpa n mcm menarik utk dikongsi bersama2 korg..huhu sapa yg masih single mingle ke..yg dah couple ke triple ke...eheks harap2 bleh buat panduan di masa memerlukan...

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Note: Jika bercinta biarlah berpada :) ahahahaha apa komen anda......harap2 bleh laaa kot jd panduan utk aku sendiri atau korg yg berminat nk amik mende alah ni sebagai panduan sementara....

Tuesday, July 27, 2004

.:: 10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami ::.

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.(tak mungkin saya berpeluang buat awak macam tu)

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanyaperlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransiantara satu sama lain.

 7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takutmenjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkantidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapabersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkansetiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

btoi ke tak ekk..ntoh aku pon idok le tau...apa kata anda??

Monday, July 26, 2004

HAYYIe....
apsal aku rasa paper aku tak berkurang ni..ahahahah tadi abis satu paper...programing... tatau aaaaa mende yg aku jawab...ahahhahh aku pon dgn terer nye pegi kelas pada pukul 7.53 sampai dpn pintu bilik peksa...hahaha pekse stat pukul 9...kelas plak bukak pukul 8.05 lebih kurang...buang tebiat sket arini...lagipon maleh laaa jln tengah2 panesh ni nnt berpeluh nnt aku rimas..dh laaa bdk2 jpn kalau dtg bukan reti nak pasang ekon...aku dgn baik hati nyer meng"on"kan sume ekon yg ada..siap set 23 degree lagi...ahahaah nnt aku gak yg rimas ekon tak pasang....mula terasa mau memberontak..hehehehhe..bajet ganeh laaa tuh (@_@)m kepala hotak separa pusing2..rugi seyy tak fotostat buku teks semlm..kalau aku tau bleh bawak nota die dlm kelas aku fotostat skali dgn buku2 teks...rugi giler..dgn sume2 buku aku fotostat..isk2 sungguh rugi.. dlm tp mujur gak aku bawa nota die dlm kelas..kalau tau lagi bertambah2 kerugian aku heheheh ngantok ni.....isk2..ptg ni ada lagi gengo riron...ni lagi laaaa..semakin aku baca..semakin aku kelabu asap mengenainya...dr thn lps sampai thn ni dok cakap pasal prolog tp ntah mende ntah prolog..aku kalau diberi pilihan tamo nyer aku masuk kelas fujita...sensei yg agak berumur ni gaya die cakap menyukarkan gegendang telinga aku menangkap butir bicara lantas menjadikan otak aku tak bleh nk proses mende yg die cakap.. senang cakap aku susah nk paham laa mende die ajar kat kelas...hehehhehe..oh tidakkkk.. doushiyou...oklaa..lepak library sat...konon2 blajo laaa tuh...pastu semayang pastu dok kat lab sbb ekon kat lab kuat giler..aku suke..heheheh nyaman skali

Sunday, July 25, 2004

tanda tanda kamu jatuh cinta....
 
hehehehe...artikel ni aku jumpa..terasa mcm sweet jek...maleh nk tukar pape isi artikel ni..sapa nk print bleh print..hehehehe..jgn tatau ada peminat print tau isi blog aku..harap ia dpt dimanfaatkan even entry kali ni mcm arienai bg sesetengah org yg jiwa nya lain dr aku...tapi lantak aku laaa blog aku..aku punyer suka laa nak letak mende...apa org sibuk2

Hi kawan2 semua...buat abg/kakak semua tau tak dalam hidup kiter semua ni tersirat beribu2 rahsia yg antum x tau..terutama sekali bab soal hati nih..susah btul nak ramal!!ok lah ni ana nak citer skit pasal.... Tanda-tanda awal jatuh cinta.....

Antum ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu antum asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat antum ke tak.

Antum jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, antum jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia antum automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. antum cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa..Kekadang antum rasa kecik hati dengan dia sebab asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari antum.

Antum dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia antum rasa macam dunia ni antum yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata antum tapi antum pun hairan kenapa antum mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya antum simpan sampai penuh almari rumah u.. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu antum gigit balik...uiii..ganehnyer..

Kadang kala antum sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat antum tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya antum sendiri yang makan hati..tapi antum tak sedar kenapa antum buat macam tu..kenapa antum nak bagi dia jeles kat antum?

Antum percaya padanya. antum sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. Antum juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan antum tapi antum tetap sudi melayan karenahnya.

Bila family antum sebut pasal jodoh, antum cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak antum dok terbayang-bayang antum bersanding dengan dia..
Hmm...itu adalah secebis perasaan antum kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa antum treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang antum ni dah jatuh hati padanya..
Antum tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.
Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri antum sendiri. Antum tau kenapa? Sebab antum punya ego tu tinggi sangat...apa? Susah sangat ker antum nak bagitau yang antum ni betul-betul falling in love kat dia... Ops...
I'm sorry, kalau antum ni perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri.. So kepada antum2 kat luar sana, kalau ada perasaan seperti yang ana senaraikan kat atas tu pada orang tertentu..selidiklah betul-betul then jangan tunggu lama-lama... Pepatah ana sendiri mengatakan " kecewa CINTA ditolak adalah lebih baik daripada kecewa terlepas CINTA". ;-)**********************************************

So,amacam u guys,ada yg terkena ker??? ;-) well....apa respon anda...hehehehe...

sampaikan kepada wanita(khususnya)
 

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

 23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan 

huhuhu...persoalannya...mampukah aku????


Saturday, July 24, 2004

doa menziarahi kubur
 
DOA-DOA ZIARAH KUBUR Ada beberapa doa yang shahih yang dituntunkan untuk diucapkan ketika berziarah ke kubur, namun kami cukupkan dengan menyebutkan dua saja di antaranya :   "Semoga keselamatan tercurah bagi kalian wahai penghuni tempat kaum Mukminin. Kami dan kalian serta apa yang dijanjikan besok adalah orang yang ditangguhkan. Dan kami insya Allah akan menyusul kalian. Ya Allah ampunilah penghuni kubur ." (HR. Muslim, Nasa'i, dan lain-lain)   "Semoga keselamatan tercurah kepada penghuni kubur ini dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan semoga Allah merahmati orang yang telah duluan dari kami dan yang belakangan dan kami insya Allah akan menyusuli kalian

yoo idup jawa.......

Untuk kegunaan masa depan bagi mereka yang ingin menambah zuriat... .. Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturunkan. Kalau kawin dgn Jawa, eloklah guna nama ini untuk anak :
Pilihlah yg anda berkenan:
- > Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman.
> Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
 > Average dalam golf, Parman
> Pandai dlm penulisan, Suratman
> Gagah perkasa, Suparman
> Boleh mendengar sambil berjalan, - Wakiman
> Selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
> Pandai buat kuih, Paiman
> Pakar jualan, Salman
 > Pakar pasal alam sekitar, JASman
 > Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
> Doktor gigi, Sugiman
> Supaya cepat naik pangkat, Yasman
> Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
> Yang ada darah Bengali, Manbai
> Pandai organise skim cepat kaya, - Pakman (Te' Lo)
> Mat rock, Rokman
> jadi polis trafik - Saman
> Pakar kunci, Lokman
> Baik budi pekerti, Budiman
> > Ada lagii... >
> Buat kerja ala kadar - A.Kadarisman
> Suka bagi orang susah - Sukarman
> Suka mengada-ngada - Ngadiman
> Dua alam - Herman
> Paling tak guna - KOman
> Selalu sakit - Deman
> kalau yang kuat berlawan - Ultraman
> Yg suka main daun terup poker -Pokerman

saja jek ni..ahahahahha lawak sungguh

marah oh marah

 
Satu kisah, seorang budak yang panas baran sifatnya. Suatu hari, ayahnya mengajar anak tersebut bagaimana untuk mengatasi sikap marahnya. Si ayah memberikan anak tersebut sekotak paku. Lalu kata si ayah : "Wahai anakku, setiap kali engkau marah ambillah paku itu dan pakukan pada pagar rumah kita." Hari pertama, si anak memakukan 27 batang paku, dan berterusan sehingga hari-hari yang berikutnya. Lama-kelamaan, paku yang dipaku tersebut semakin berkurangan dan sikap panas barannya semakin hilang  Hinggakan suatu hari tiada lagi paku yang hendak dipakukan. Lalu si ayah mengajar pula bagaimana untuk mendapatkan sikap sabar. Kata si ayah " Wahai anakku, sekarang cabutlah semua paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar kita.". Si anak lalu melakukan apa yg disuruh oleh ayahnya. Dia mengeluarkan semua paku-paku tersebut. Setelah selesai, dia bertemu dengan ayahnya. Kata si ayah " Anakku, sifat marahmu umpama paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar tersebut. Kamu boleh marah sebanyak mana yang kamu mahu. Tetapi kamu juga boleh meminta maaf selepasnya. Perkataan maafmu umpama paku-paku yang dicabut. Walaupun kamu meminta maaf, namun kesannya tetap ada. Lihat kesan paku-paku dipagar tersebut. Walaupun paku sudah dicabut namun lubangnya tetap ada."Dan begitulah diri kita dan sifat marah. Kita mudah untuk marah dan mudah pula memohon kemaafan. Namun kesannya pasti sukar untuk disembuhkan. Begitu juga dengan hati kita, tanyalah diri, tenangkah kita apabila kita memarahi seseorang? Damaikah kita? Dan belajarlah untuk memberi kamaafan dan melupakan kesalahan orang lain pada kita. Pasti hidup akan lebih tenang..Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Yang bernama pendekar bukanlah orang yg banyak menjatuhkan lawannya. Tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah."
[Riwayat Muslim :2235]
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang, Janganlah saling mengorek rahsia orang lain dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki. Janganlah saling marah memarahi dan saling tidak memperdulikan. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah."[Riwayat Muslim :2191]

Jangan biarkan diri diselubungi perasaan marah ..

hahahaha btoi tuh...tak baik marah2..bak kata org tuh..easy to forgive but hard to forget



Friday, July 23, 2004

maksud sebenar wanita
 

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan,
lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam.
Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya,
terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai -
hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit
 yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum
anda membawa sampah ke luar,
jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga!
Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan
 anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh.
Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan
yang akan bertahanselama 'LIMA MINIT' dan
diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH!(dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah
dengan 'TAKDE APA-APA'dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'.
Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit
diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUHYANG PERLAHAN'
membawa maksud yang dia berasa puas.
Adalah lebih elok jika anda duduk diam,jangan buat sebarang tindakan...
dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya
seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.
'OKAYLAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum
dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah
menyakitkan hatinya. 'OKAYLAH' selalunya
digunakan dengan 'FINE'bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat,
anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan.Seorang perempuan
memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan
atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan.
Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran,
 jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih.
Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorangperempuan akan menggunakan
ini apabila dia dah terlampau marah pada anda.
Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan
diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk
 tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanyaakan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'. 

 
hahahaha ntahlaaa btoi ke tak..tapi aku rasa yg kene dgn aku laa kan..yg takde pape...hikhikhik apa komen anda???

selesai satu 8 menanti
 
 
hayyie...kahkahkahkah...ntoh pape laaa aku jawab jyouhousuugaku tadi (information mathematic)...cuak seyyyy...tapi tadi..sec tak rasminyer aku berjaya bertegur sapa dgn bdk sebelah umah aku...hikhikhik...gelabah gilerrrrr...tolonglahh...kalau ada rezeki aku insya allah ada laaa...hua hua hua..lepas exam..aku terasa nak gigit jek bdk china sorg lagi ni..lek lek laaa beb..tau nak tiru aku...sabo2 laaaaa sket..kasi aku peluang berjalan dgn tenang dan aman..ni aku tak sempat nk kluar kelas dah call soh gi lab cecepat..hamboiiii..ni sapa nak kasi tiru sapa ni... mujur aku berhati mulia...hehehehe..aku berkejar2 an menuju ke lab yg sejuk dan nyaman... hihihihi...kalau kantoi..mati aku....ehh bukan salah aku...salah die laa sapa soh die tiru aku..dh tiru tuh..bukan nak blanje makan ke..apa ke...hehehehhe...papelaaa...kene simpan perut sbb mlm ni nak makan sepesel..chef ayie nak masakkan utk aku..buat julung2 kali nye ayie masak something utk aku..kahkahkahkah...besh2...

Thursday, July 22, 2004

Jaja..nih puisi sumbangan aku...amik letak kat blog!

KETEPATAN (fall in love wif love)
 
Bila kita di lahirkan di dunia -
Dia akan menunjukkan wajah-wajah semua insan
yang bernama teman, saudara, musuh, rakan dan taulan
Tetapi Dia menyembunyikan satu wajah...
Wajah yang akan kita jatuh CINTA dan hidup bersama hingga akhir nafas Bukankah itu Indah?
Jadi mengapa mencari alasan untuk bercinta
Lihatlah perihal si ombak
Saban kamu akan ngerti ada apa dengannya
Dia bukan hanya air
Dia adalah ketepatan antara arus dan masa membuatkan ianya indah melambai Seperti hati dan kematangan KETEPATAN menghulurkan tangan
untuk si DIA insan yang tercinta...

ihsan dr ms.ireland..hahahahah diulang ya..puisi ini adalah hasil karya sorg teman yaa bukan saya...diulang lagi bukan saya...saya bold sket...PUISI INI BUKAN HASIL KARYA SAYA

no poem for today
 
 
hayyiee..ahahahha takde poem utk arini sbb aku ada shiken esok...ahaha..kepala hotak bengong. siap2 gi umah hansan dgn tujuan nk pinjam nota...ada bab aku tercicir sbb tak dtg kelas..huhu die pon jenis tak rajin nk buat report..so kami amik keputusan gi umah balak sebelah umah aku...mamat ni mmg terkenal dgn kerajinannye..ahahahah cume aku cuak jek nk jumpa mamat ni ...rupe2nyer hansan plak baik dgn mamat ni..die laaaa tukang cakapkan bg pihak aku... ahahaha aku kan pemalu org nye..aahahahahah....well tenkiu..kerana kasi pinjam nota...huhu perut berdendang..dah pukul dua...tak makan pape lagi..dok minum susu ijau bagi abis..roti aku dh abis kan malam tadi..ahahahaha maleshhh nak masak....takde sapa2 nak makan sushi ke...tapau sushi kee..ahahahahah...idupku dgn sushi tak bleh dipisahkan...ibarat gunting dlm lipatan...ahahaha btoi tak..ehhh gunting dlm lipatan tuh maknanya apa ekk...ahahhah ntoh2 tak ingat....papelaaaa....hikhikhikhik...malam kang yasin...nk masak apa ekkk...iskk abaikan laaa huhu..chiowssss

Wednesday, July 21, 2004

awak`s poem
 
awak...
bila kite igt kat awak,
kite senyum sorang-sorang,
bila kite igt kat awak,
kite nangis sorang-sorang,
kekadang terasa mcm kite ni org gile..
awak...
awak jauh dari kite,
kite jauh dari awak,
tapi pada kite,
awak dekat sangat kat hati,
sentiasa dalam hati...
awak...
awak tau kite suke awak,
tapi kite tak tau awak suke kite ke tak...
betul awak...
kite tak tau..
kenape awak tak pernah nak cakap awak suke ke tak kat kite...?
kalau la kite bole nengok ape yang tersirat kat hati awak...
baru kite tenang...
awak...
bila kite nangis, awak redakan nangis kite,
bila kite citer masalah kite, awak jadi kauselor terunggul dalam dunia,
awak nasihat kite,awak bagi semangat kat kite,
awak,awak....
kite jatuh cinta lagi kat awak..
awak...
kite suka bercakap dgn awak;
kite harap awak pun suka bercakap dgn kite,
kite suka dengar suara awak;
kite harap awak pun suka dengar suara kite,
kite suka kalau awak gelak;
kite harap awak suka jugak kalau kite gelak,
kite suka nengok muka awak (walaupun dpt nengok gambar jer..)
kite harap awak pun selalu2 nengok gambar kite...
awak...
boleh tak kite nak tunggu awak sampai bila2..?
sebab kan awak...
kite memang dah fully fall in love dengan awaksejak dulu lagi...
awaklah di hati....

 
hehehehhe...another poem...sapa nak antar poem die..luahan hati ke mende2 ke..meh laa sini... make sure ayat tak jiwang haaaa....ayat tak bunge2...nk ayat sempoi jek...okieshhhh...

Tuesday, July 20, 2004

awak saya ni ego sgt ke?? edisi bape ekk 5 kot
 
awak.....mase hari mula2 jumpa awak,dua2 buat dono jerk...
saya tau awak pandang saya...
tp saya buat2 tak tau jerk..
tak sanggup bertentang mata dgn awak....
saya tau ego awak sgt tinggi...
saya perempuan, saya xkan mulakan dulu.....
itu yg awak kena tau.......skarang ni,saya xtau apa kesudahannya..................
saya cuma harap, kite akan dapat jadi kawan.......
saya nak sgt berkawan dgn awak,...
tp awak mmg ego....
saya sayang awak tapi saya tak tahu awak sayang saya tak...
awak.....
kalau saya tahu awak sayang saya
saya tak tahu yang saya betul2 sayang awak...
awak...tak payah lah sayang orang lain kalau tak reti sayang diri sendiri....
awak...kalau tanak sayang diri sendiri pun..
at least sayang lah kat biawak yang awak bela dah bertahun tuh...apa nama dia?...ooooo...JONNY....
adakah kite sama2 ego??..
aaaaaaaaa...kali ni aku paste n cantum 2 puisi..hikhikhik..lawak kan...poem kedua tuh die dah bengang sgt kot...
 
 
xtvt arini
 
alhamdulillah..dgn bantuan nakao kun aku tlh berjaya buat kadai 5 punyer programing..hahaha pastu masa kelas algorithm tadi sampai 12.30 aku teman kan bdk china tuh buat ensyu.. kelas keisanki pon setengah jam aje..huhu buat abis mekap aku jek..kelas setengah jam..hikhikhik well arini aku harap baik dr semalam....tuh aje doa aku..huhu

 
 
8 petanda dia adalah jodoh kamu
 
hayyie arini lari topik sket...kang malam kang sambung balik poem tuh hikhikhikhikhik
 
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti
memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal
antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau
mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran
dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah
seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya
agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia
jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia
hubungan yang panjang adalah dengan adanya
saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat
saling membantu, dalam urusan remeh atau besar.
Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat
melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan
meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.
Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut?
Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa
dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan
kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya,
caranya berpakaian, gaya rambutnya,
caranya berbicara serta tertawanya mengesankan
apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu
tampak spontan dan tidak dibuat-buat?
Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau sidia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi
tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan.
Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari tanpa membuat kamu merasa bosan...
Inilahpetanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati
kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami
pasang-surut, suka-duka saat bersama.
Sekarang,ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama
yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah?
Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu?
Dia tahu keadaan waktu anda sakit?
Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu,
dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya...
Nah, kalaubegitu ini bisa berarti dia sudah siap menerimakamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu
tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia.Bahkan pada saat
 kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun,
misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit
dan tak mandi selama dua hari.Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu
dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat ditangannya daripada di tangan sahabat-sahabatkamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangansejati telah kamu temukan!

UkhWaH BerTauT SenyuMan MenguraI IkhlaS NawaitU JalinaN PersahabataN

Monday, July 19, 2004

awak saya ni ego sgt ke part 4
 



Awak,awak punye ego sikit je
saye yang ego banyak
awak fikir nak tegur saye
saye fikir lak nak lari dari awak
Awak,
Kenape jadi camni ye
Dulu kite rapat
Dulu kite gembire bersame
Skarang dok semeja mcm kat rumah mayat
Awak,
Nak gak saye tegur awak
Nak gak cam dulu,dlm kelas dok seblah
Projek, assignment wat sesame bagai nak rak
Jenjalan kat town, kecoh cam tongkang pecah!
Awak,
Dalam kelas mmg sy tak pandang awak
Kalau jumpe sure saye wat tak kenal
Seboleh-bolehnye skarang ni nak lari dari awak
Tapi rasenye boleh jadi hilang akal
Awak,
Saye tau kite xde ape-ape
Saye tau "mamat tu" pun kawan je
Saye tau kite ni cume kawan baik
Awak je yang tak tau yg kite ni sentiase amik berat kat die
Awak,
Dulu mana ade saye, ade la awak
Skarang, ade awak ade la "mamat tu"
Memember tanye, apesal ngn korg ni?
Saye cover kate xde ape
Awak,
Awak ade mase utk kengkawan awak
Awak ade mase utk mamat tu
Bukan memakse, bukan meminta
Kalau saye yang ajak, ade aje alasan
Awak,
Kalau susah awk cari saye
Kalau sedih bahu saye tmpat awak nangis
tapi....
time hepi awak ngn die
Time gembire tak ingat langsungMakhluk bername "best fren" awak ni
Awak,
Saye bukan nak berkira
Saye bukan nak mengungkit
Ingat bile dah wat silap awak akan sedar
Rupenye idak, terus la ulang kesilapan tu
Awak,
Awak ni unpredictable, tau tak?
Time tu kate camni, 10 minit lagi dah berubah fikiran dah.
Kalau takleh kotakan janji
Jangan berjanji...Ngn saye xpe,
sy dah biase dah
Tapi next time jgn wat kat org lain, tau!
Awak,
Kali ni saye tekad, tak fikir melulu
Saye tanak kawan lagi ngn awak
Saye tanak jadi saye yang dulu
memang best, tapi banyak yang serabutWatpe?
Awak,I don't like youI hate you
But I hate you when you not around
Huuuii...
boleh gile rasenye...
Awak,
Saye dah kenal sorang gadis bernama "awak"
Saye masak ngn perangai die
Saye tau lagu-lagu feberet die
Saye tau pasal famili die
Saye tau pasal x-bf die
Saye tau pasal kengkawan die
Saye kenal sangat la gadis yang bername "awak" tu
Dan saye sayang sangat kat gadis tu...
Awak,
Harap, next timeSaye dapat kenal lak WANITA yang bername "awak"
Bukan lagi soeorang GADIS yang bername "awak"
Saye harap awak berubah
Awak,
Gambar kite tu saye pun still simpan
Member kutuk apsal simpan lagi gambar tu
Lantak la...Pasal saye percaye 1day kite akan jumpe lagi
Hari tu, saye bukan lagi saye yang sekarang
dan awak bukan lagi awak yg sekarang
Kite akan jadi org yang lebih baik, lebih matang
Awak,
saye pun nak ucapkan time kasih gak...


Sunday, July 18, 2004

awak...saya ni ego sgt ke..part 3...
 
awak..
bile awak tanya saya rindu kat awak ke tak
saya jawab cakap tak
padahal tergolek2 rindu kat awak
bile awak tanya saya sakit ke tak
saya jawab tak
padahal mata pon tak bleh nak celik
bile awak amik berat pasal saya
saya cakap awak nyibuk
bile awak tanya ingat kat awak ke tak
saya sure akan tanya sapa awak
padahal sesaat pon muka awak tak ilang dr ingatan saya
awak..
kenapa awak baik sgt kat saya
kenapa awak care pasal saya
kenapa awak suka usik saya
kenapa awak buat saya ketawa
kenapa awak sanggup bersusah payah krn saya
saya suke gak kat awak
tapi kan..
saya tak suka saya cakap kat awak
yg saya suka sama awak
tapi setiap detik jantung saya berdegup
setiap itu hati saya mengatakan
bahawa saya sayangkan awak
 
hohoho another simple poem utk tatapan anda sume...hikhikhikhik..bak kata kawan aku ego tuh patut ada dlm setiap insan...huhu...tatau tatau...apa komen anda
 
kegiatan arini
 
arini banyak mende yg menarik berlaku...mula nya aku dgn kak fuza pi kompal hall..kami ada perjumpaan dgn makcik2 yg akan mengadakan latihan nyanyian lagu negaraku.. hahaha giler series makcik2 tuh menyanyi lagu negaraku...huhu terbit keinsafan di hati bila mana suatu masa dahulu aku nyanyi lagu negaraku sekadar penuhi syarat jek...masa perhimpunan sek jek tuh pon nyanyi memain jek..hikhikhik..kepada kengkawan nyanyilaa lagu negaraku sebaik mungkin.. masa latihan dtg plak ju dgn fadz dgn mak angkat diorg..hikhikik..pastu kene jadi model sat...lepas latihan tuh kami gi makan2 kat kafe..makcik2 tuh blanje..hahahha ju demand seyy makan melon soda dgn cheese kek...aku tgk ju start mengetuk makcik2 tuh aku pon ikut aaaa jejak langkah ju dgn fadz..order melon soda dgn chocolate cake...huhuhu..sembang2... cis ju kata aku senyum2 mcm berdepan dgn mak mertua...cis btoi..mana ada seyy..dpn makcik2 tuh kiter kene bersopan santun...mcm aku..senyum ajeeeee..hahahahha...lepas tuh aku bermulut manis dgn memuji sorg makcik tuh..umo asal die 47 tapi aku cakap 25 lebih kurang...hhahah bangga giler die...tapi series maaa...muka mude nak mamposs...mcm baya2 aku jek..padahal dah ada anak 19 thn...isk2 ni yg nk korek rahsie ni...hikhikhik...lepas latihan tuh mak angkat kak fuza ajak gi umah die...kami pon ikut laaa gi umah die..lama gile umah die...mmg umah jpn asli laaa..seriess.lenkali kalau aku g umah tuh aku nak bawak kamera...lepas solat asar..aku kak fuza dgn makcik tuh tgk sumo punyer perlawanan...katanya final tuh..nak tentukan sapa juara tahunan kot...hikhikhik..dtg kat sini tak geli pon tgk sumo...huhu mcm besa jekkkk..kalau dulu tak suke tgk...takut...hikhikikhik...abis sumo mak angkat ajak gi makan..so kami pon berangkat laaa ke restoran x-klusif yg mana kalau kami2 jek mmg takkan jejak restoran tuh..hahaha mahai giler..selera aku beso..nak set yg paling mahal skali..tapi segan....walaupon makcik tuh kata amik je yg mana kamu suke..last2 aku amik yg sederhana tapi masih mahal...hikhikhik skali skala mengetuk org..apa salahnye...makan2 sembang2..minum2....kami pon balik....sampai tadi...penat ni,..yosh seharian yg menarik.....
 
pesanan m azlina
 
aaa_**: ahahaahhaa
aaa**: tp kan jaja
aaa**: aku rasa kan
aaa**: Tuhan bg aku ujian berat camni kan
aaa**: yg aku nampak kat sini
aaa**: spy aku balik pd Dia
aaa**: dulu aku slalu bila sedih aku cite kat kekawan sume
aaa**: mmgler elok cite kat org
aaa**: tp aku ras
aaa**: dgn Dia jugak yg boleh bergantung semua
aaa**: slagi kita bergantung kat org
aaa**: kalau kita bahagia pun
aaa**: maybe kejap tu je
aaa**: apa2 nak buat
aaa**: bergantung pd Allah je
aaa**: jgn ikut ckp org
acikbest83: insya allah
acikbest83: hikhikhik
aaa**: jgn ckp hati kotor ke apa
acikbest83: aku nak copy paste ayat ko
acikbest83: lagi2
aaa**: sbb kita maybe rasa hati kotor
aaa**: tp maybe tu alasan Allah nak bg kita blk pada Dia
aaa**: tuler nasihat aku
 
kandou dpt nasihat dr teman yg aku sayang..uhuk2 insya allah aku akan ingat bende yg ko kasi tuh emu...hikhikhikhik....well arigatou

awak saya ni ego sgt ke part 2
 
awak...saya dah mula sukakan wak
saya dah mula rindukan wak
saya dah mula teringatkan wak
tapi wak diam jek
wak mmg pendiam ke?
awak la alasan saya datang kuliah
awak la alasan saya bangun pagi hari2
awak la alasan saya tidur setiap malam
awak la alasan yang buat hati saya bahagia
awak...beritahu saya
presentation hari selasa ni kita buat sama2 ye?
saya dan awak
tu lah memori pertama saya dengan wak
awak....dengarla ni
SAYA MEMANG SUKAKAN AWAK!
 
hahahaha edisi kedua..apa komen anda..hikhikhik aku no komen laaa sempoi jek kan puisi ni n aku pon sempoi jek main copy paste puisi ni..sori yaaaa.hikhikhikhik..tapi besh laaaa aku suke puisi yg kiut2 yg sempoi2..ayat tak bunga2 tapi isi die mendalam..sapa setuju angkat tangan

 
kegiatan ari sabtu
 
ari sabtu aku bermula agak lewat..tgh mamai2 kene kemas umah sebab tetamu nak dtg...mmg lembap gile laa kemas2 sume..capai satu termenung..capai satu lagi termenung..hikhik aku mmg mandom di pagi hari..lepas tuh masak spegeti..hikhikhik..lepas tu kak fuza pon sampai... lepas tuh kak mila sampai...kami pon berxtvt laaaa..dimulakan dgn solat zohor jemaah..pastu ngaji pastu makan2..lepas makan2 kami berbincang mengenai masalah.....hikhikhik....lama giler sambil tunggu ju dgn fadz dtg...lepas diorg dtg sambung sembang lagi...hehehehe 6.30 itosan dtg sbb kami dah janji nak main badminton...sampai kat taiikukan...takde sapo..ah sudah..tunggu punyer tunggu kami pon amik keputusan balik umah kak mila sat..dan kak mila buatkan kami cekodok jagung yg enak manis bersari..hikhikhik..lepas makan2 kami kembali ke taiikukan..dan bermain badminton sampai pukul 9 malam...lepas tuh gi makan joyfull...hikhikhik makan ikageso kara age dgn kaki kori..sembang2 sampai pukul 12...kami pon pulang...lepak2 kat umah dgn itosan...manje2 dgn  die...hikhikhik..amik kesempatan bermanja...pukul 1 baru die balik...hehehhe..sampai laa ni..tak bleh nak tido..pekena cappucino tadi..bulat biji mata.. hehehe oklaaaa setakat ini dulu kisah ari sabtu aku..chiowwww

Saturday, July 17, 2004

awak, saya ni ego sgt ke
 
Awak..saya ni ego sgt ker??
Awak
Hari ni awak nampak serabutSemo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji jadik you can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saye
TapiSaya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan
Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal Bumi nie raser cam dah tak cukup graviti
Awak
Hari ni awak nampak comel
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati
PadahalNak gak puji sekuat hati
Awak
Hari ni saya senyum kat awak
TapiAwak jalan depan saya
JadikSenyum pun tak gune
Awak
Hari ni awak tego saya
Tapi Saya buat2 pekak
PadahalNak elak daripada tak boley berenti borak
Awak
Hari ni saya tego awak
TapiSaya tego awak dalam hati
JadikAwak tak penah dengar all the gud lucks and takecare hari2
Awak
Hari ni kita duduk semeje
TapiRaser cam jauh giler
PadahalTak sampai sedepa
Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
JadikSaya blah mcm tu ajer
Awak
Hari ni berubah situasi
TapiSaya still kat sini
PadahalDah kosong tak berisi
Awak
Hari ni saya nampak awak dari Mc D
TapiAwak tak macam dulu lagi
JadikSaya terdiam sendiri
Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
TapiTak tau kenaper tak boley pegi
Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
JadikNak tak nak terpakse sendirik
Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini awak focus kat tv awak
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang nak simpan sedey
awak besok antare kita ader balai berlepas
besok tak da besok untuk saya
besok jugak tak de besok untuk awak
awak semoge satu hari nanti saya menginsafi diri
 tak nak ada ego tinggi lagi buwat sakit hati
awak sebelum pergi hari ni..
kat sini saya janji semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah penah saye miliki
terime kasih awak
 
hahahah aku jumpa sajak ni kat tokeykedai..nanti ada sambungan die lagi..banyak giler kenapa aku letak sajak ni...haaaa aku pon tatau sbb aku rasa sajak ni cute sgt..hikhikhik as usual tiada kaitan dgn aku...sajek jek suker2..ok..no gosip keyyy

Friday, July 16, 2004

demam akademi fantasia
 
hayyiee..hikhikhik tergezut aku tgk format baru nak tulih blog ni..semalam kami org pompuan gi baca yasin kat umah kak lina..sian die dok sorg2..sbb pekan ada seminar..hikhik..xvtv dimulakan dgn sesi bertanya kabo..dan solat jemaah maghrib..hikhikhik lawak gile masa nak pilih imam..last2 kak mila merupakan insan terpilih yg menjadi imam..pastu..keadaan umah kak lina yg nyaman tetiba ku rasa paneh skali apabile aku plak kene baca doa..huhu amin..lps tuh baca yasin..pastu kak fuza kasi tazkirah..lepas tuh sembang2 n kak ayu pon dtg..sambung sembang lg..hikhikhik..lepas tuh kami solat isya jemaah..kali ni kak fuza plak jd imam..hikhik lepas tuh kami hidang2 dan makan dgn beshnyee..sambil2 tuh kak lina pasang akademi fantasia punye konsert yg die download dr kawan die..giler beshh...lps tuh besh tgk kak lina selera makan...sambil2 tgk af tuh kami sembang banyak citer...gosip peserta af laaa tajuk2 lagu laaa.. hikhikhik yg best tuh ada satu lagu..kami sume tatau..tetiba kak mila yg tak ikut perkembangan seni tanahair plak yg tau lagu tuh ialah lagu misha omar...hikhikhik..bravo kak mila.. teruskan usaha anda...kami pon besa laaa jadi pengkritik tak rasmi..mengalahkan kudsia kahar...huhuhu  kak lina tunjuk gambo baby..kuikuikui beshnyee ada baby...pastu bukak gambo kawen kak lina...hahahaha..masa ni topik best..tp takbley nak citer kat sini..sbb panjang gilerrrrr..3 jam kak fuza belek2 album2 tuh..aku dgn kak ayu layan af...kami tgk af sampai konsert ke 3...punyer laaa lama..dr pukul 10.00 lebih sampai pukul 4 pagi..utk 3 konsert aje...gile laaaa. ..pastu..semayang subuh..kak ayu balik umah die.. aku kak fuza n kak mila pon balik laaaa kat umah kami...hahahaha aku plak bajet nak lelap sekejap tapi..hampesh dot com...manalaaa silap nye..dah siap mandi n pakai baju sek dah..tapi..kuikui kui lepas ni ada lagi kelas..kene siap2..aiyaaaa paneh plakkkk...huhuhu...mata ngantuk lagi ni.. isk2..lek2...kat sini aku sangat suka kalau dpt jumpa sume2 kumpul2 pastu citer2..suke sgt..sbb dok umah sesorg..kekadang tak citer dgn member sume2 sec serentak..huhu..dpt peluang kumpul2 borak2...mmg beshlaaa hikhikhik..dpt slamber party

Thursday, July 15, 2004

alhamdulillah

hayyie...alhamdulillah...setinggi2 kesyukuran krn aku takyah kene repeat paper daisuugaku..hikhikhik..trima kaceh diucapkan kpd kawan aku han nan shan sbb banyak tolong aku masa dlm kelas..skrg ni ada kat lab..tak sedap hati ni...apsal ekkk..terasa penat sgt berdebar2..kenapa kenapa...tatau sbb apa..ya allah mintak2 takde mende yg menakutkan berlaku..T__T iskk kenapa ni...selepas call ila..hik hikhik..alhamdulillah along aku pon dgr kabonye bakal bertunang idok lama lagi..hihih aku takde kot masa tuh..takpa aihh..ila racun aku soh aku majuk..malaih laaa plak makcik len taon laaa majuk..muahahahhaa...oklaaa...mau berundur utk arini..chiowzzz

Wednesday, July 14, 2004

HARI INI HARI RABU

slhamdulillah..telah tiba hari rabu...hikhikhik tak de mende yg best berlaku pada arini..kalau ada pon..hehehe..takbley kabo...no entry....tatau nak merapu apa..yg pasti cuaca amat panas terik..kelas 5 gen..mcm mana nak gi kelas panas2 ni...isk2..huhu key chiow

Tuesday, July 13, 2004

EDISI LEPAS EXAM

kuikuikuikui..mcm2 terjadi..yg menyentuh hati...mencarik perasaan..huhu..masa kelas algorithm tadi aku bengang laaa dgn ito sensei..ada ke die kata bdk2 ryugakusei meniru ensyu..ciss btoi..aku siap buat muka lagi kat die..hua jahat btoi..pastu masa jugyou die aku buat daisuugaku..huhu tibalah masa ditunggu2 die kasi ensyu..nampak mcm mudah tapi aku dok jauh dgn bdk china so tak bleh nk tanya sgt..kang sensei cap tiru lagi..dah siap aku anto die..ada salah buat balik..last2 aku sorg jek tinggal dlm kelas tuh..masa pon dah lebih 8 minit..huwaaa aku dah kalut gile masa tuh..tapi sensei dgn baik hati nye menunggu aku sampai aku siap buat..lepas tuh homework minggu dpn aku anto terus tadi..die terima plak tuh..siap masa aku nak kluar die bukakan pintu lagi... hua hua hua terasa syahdu plak dgn sensei..btoi..algorithm tuh dgt best kalau kiter berjaya buat die.. kejap lagi ada internship..huaaa dah laaa dpt ito sensei..cis cis cis..takpa2 die baik...masalah ito sensei ni ialah aku susah nak paham percakapan die..gile susah..internship aku berlangsung sama ada akhir bulan 10 atau awal bulan 11..sekurang2 nye ada 8 kali perjumpaan pastu kene buat JAVA program..atau database atau algorithm..last skali ada presentation..cuak gilerrrr...iskk lapo plak arini sempat makan yogurt aloe vera dgn air kotak..huhu nice meal..pekse tadi..hua2 doakan aku berjaya...malas nak ulang2..dah laaa ulangan die buat minggu depan..lagi 9 papers yg tinggal..iskkk..kelas banyak lagi..report tak siap lagi..exam tgh kelas tak abiss..berterabur idup aku...hikhikhikhik..tenang2..

SLOT PAGI HARI

hayyie..ohayou gozaimasu...pagi yg indah dan ceria..alhamdulillah...tak panas sgt.. terasa nk gi sek skrg gak tapi aku masih waras..ntoh2 pakcik jaga pon tak bukak pintu lg sek bukak pukul 9 kang..tapi kelas aku pukul 10.30 arini..bile baca status emy yang manis itu kenangan,yg pahit itu teladan,keduanya tetap hidup dlm memori..keduanya menjadi rujukan utk kita memperbaiki diri(missed those time in past)..ntoh tetiba aku jadi sebak..hikhikhik..tatau kenapa..terasa mcm aku kehilangan sesuatu berharga di masa lampau..tapi bila aku pk balik..ape ekk..apa yg hilang dlm genggaman aku dahulu..masa berlalu..tanpa ku menyedari..hikhikhik..cepat jek masa berlalu..sedar2 aku dah 21 thn skrg..hua hua hua dah tua dah..menginjak umur 21 dahulu aku pernah buat janji..hikhikhik..nampaknye berjaya bertahan..keskeskeskes.. mula2 ramai kata aku bakal kecundang..especially aziah yg suke membangkang dan tidak bersetuju dgn aku..hikhikhik..insya allah aku akan pertahankan azam n janji aku sehingga tiba masanya..iaitu pada 2/1/2005..hehehehe

Monday, July 12, 2004

KULIAH ILMU JIN(USTAZ ISMAIL KAMUS)


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).


5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar
!!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

credit : knorr_off_sun83

MENGONG MENGONG

hayyieee.....mengong version...skrg ada kat lab..hua hua hua doakan semoga aku tak kantoi kasi tiru bdk tanah besar china ni...muahahhahaha baiknye hati aku kasi tiru kat org..aku tau dia tak buat mende alah tuh..pastu buat2 kata file tuh dah terdelete..tu laaa aku offer awal2 nak tiru aku degil....hikhikhik bosan ni apsal laa tutor aku tak dtg sini...segan dgn sensei..dah laaa tadi malu kejap dgn sensei...ada ke dlm report aku terlupa nak copy paste program yg dah dibuat ...mmg padan laaa aku tak lulus lagi..kuangkuangkuang...tak pa aihhh pengajaran..lenkali buat report hati2..jgn lalai..yosh mata gambareeee nippon..muahhahahaha...ngantoxssssss...

Saturday, July 10, 2004

WEEKEND YANG MERIANGKAN

hayyie...huhu kedatangan sabtu yg aku tunggu2..well semalam emy dgn azi dtg..so kitorg celebrate besday kak fuza kat umah fariq..aku dgn mamai2 nye tlh masak kari ayam campur terung dgn kentang..muahahahah mcm ntah pape ntah..pastu balik dr umah fariq lepak kat umah kak fuza buat slamber party..tapi malangnye azi dah terbongkang tido awal..heheh lepas subuh kak fuza n emy berganding bahu menyiapkan sarapan cum lunch...aku tido dkt azi..heheh bile lagi mau tido sebelah azi..hehehehe...pastu azi terpaksa balik sesorg.. sian die..heheheh amy plak bermaraton gi umah aku..sbb die terlambat nak gi meeting.. haahaha emy balik umah kak fuza membawa kak mila dan perkhabaran di luar jangkaan.. hahah takpe..aku dah bleh mengawal perasaan kuyashi aku..tak eran pon..hari sabtu bermula agak lambat..bangun pagi ehh pagi ka?? iye kot cuci muka gosok gigi makan nasi lemak yg kak fuza buat..semakin cemerlang pembuatan sambal ..pastu semayang zohor jemaah..hihih pastu sementara tunggu emy baca dulu tazkirah mengenai cinta dr buku isteri tauladan..heheh lepas tuh ngaji dgn baca tafsir...aku plak lepas tuh lari balik umah dgn alasan nak kemas umah aku yg dilanda garuda dan todak ..skali balik plingggg...keajaiban telah berlaku yg mana umah aku tlh kemas..kecuali kasut..hahah kasut banyak sgt..tak muat rak..tak tersusun langsung..well emy arigatouuu hua hua..syahdu dan terharu skali..kalaula azi bleh souji kat umah aku kan best.. kan azi kan kan??..hahahahah oklaaa lepas ni nak gi markyou..masa tgh pilih2 ikan kan markyou ada plak suara yg amat ditunggu2 iaitu..ehmm korg tak terasa nak dot dot dot..haha sebenonye ayat tak abis pon tapi memasing dah menjawab nak2..jom2..cuba teka nak gi mana..hehehe gi mana lagi kalau bukan sushi..skrg ni dgr je sushi melenting2 nak pegi..dah kenyang mcm mana pon sure bleh telan punyer.. arini ada main badminton dgn bdk2 indon APU..hahahah nak sgt buat piala thomas kat sini...meh kita bertempur.. heheh semalam dah citer azam baru kat kak fuza dgn emy..tapi aku teringin nak share azam baru tuh dgn "dia".."dia" yg selalu soh aku buat tapi aku ngelak....huhu..biasak laaa degil.. hahaha..hahaha masa badminton plak aku diajak bergu dgn org indon...lawan itosan dgn koh..muahahaha nakamizo sensei mmg best..siap promo sorg mamat lagi kat aku..hikhikhik..yg aku lawak nye tuh tgh2 main tetiba terberangan..haha apa lagi terkejo2 partner aku..tp 2 kali aku smash tak bleh angkat diorg..hahahha..malam tuh emy dgn kak mila balik awal sbb ada meeting..before makan kak fuza dgn kak mila bukak butik...hahaha..gile besh gambo yg aku tangkap sampai aku terasa geli gilerr..bueekkk..dah laaa peluh2... pastu emy dgn kak mila masak tomyam seafood dgn ikan bakar..perghhh terancam btoi..pastu layan soalnya siapa...aku jek yg layan..diorg sume berlayar ikut cristopher columbus..hahaha pastu tunggu subuh pastu tido lambat..bangun awal hahhaah..pastu mandi2 balik umah off komp pastu gi semula umah kak mila...brunch meehoon sup..sambil layan cinta kolestrol..dgn video sepanjang kat sini..pastu siap2 gi anto emy balik..jejalan kat machi..cis2...masa aku takde duit ni laaa masa tuh die buat sale...amik gambo furikura..hahaha lama gile beratur..giler btoi klik sana klik sini..cumel btoi jadinye..pastu balik...malam nye tido awal sbb sabishi(sunyi)giler...hahahah bangun pon awal...wowww gile besh n saiko weekend kali ni..kalau azi dgn ju ada kan best heheheheh lenkali jomlaaaa buat slumber party lagi...

Thursday, July 08, 2004

BERSEMANGAT KE SEKOLAH

kuang kuang kuang...gile berkobar2 melangkah kaki mengharungi kepanasan melampau..menuju ke sek.. rupa2 nye houkou minggu depan..huhu kat lab ni..tadi jalan dgn bf peyet muahhahaa baik plak die tegur aku..skrg tgh sejukkan badan dlm lab..sat gi nak gi library..esok shiken...kene blajo...ekon mana kuat ekk..ekon lab kuat..library mcm tak cukup kuat jek...hehehehhehe

MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak,hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan
dicabut All! ah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang
baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45
minit
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu
itu
untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki
syurga
tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana
untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan
'surat
berantai' melalui e-mail tetapi bila
mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2
atau 3
kali.



Wednesday, July 07, 2004

EXAM FEVER

hua hua..reminder kat umah aku tak cukup nak letak....jadual pekse nih....

7/8(khamis) english
7/9(jumaat) kaisekigaku
7/13(selasa) daisuugaku
7/23(jumaat) jyouhousuugaku
7/26(isnin) programming 1
gengo riron
7/29(khamis) algorithm ron
7/30(jumaat) butsuri gaku ensyu
8/2(isnin) keisanki
8/4(rabu) digital kairo

saishi.......prog2 n jyouhou ronri(mada wakaranai)

apa kata anda?????

CARA2 MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang
positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam
memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang
teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin
kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara
persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia
memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah
bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari
kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis
yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat
tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik
meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah
berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling
memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam
hal-hal sebagai berikut:

1. Selamat kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas
pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari
kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein
bin Ali RA)

2. Selamat menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu,
mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni
dari
Ibnu Umar RA)

3. Selamat menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan
keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR
Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)

4.Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita,
membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah
memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas
kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani
meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan
saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang
dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia
dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah
akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu
menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR
Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka
adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika
bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).

Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang
muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan
mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa
dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa,
mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari
semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali
gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah
betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.

cuba check balik...kiter ada buat tak mcm tuh..kalau ada alhamdulillah..semoga tali persaudaraan kita tetap kukuh..jika tiada segeralah kiter berbuat demikian..bak kata aziz desa dlm rancangan jejak kasih "yg jauh kita dekatkan..yg dkt kiter mesrakan yg mesra kita serasikan"

credit:chiput @ sheppard(nama afzan kasi)

Tuesday, July 06, 2004

ALGORITHM n ROHANITA

hayyiee..hehehe berjaya buat soklan algorithm tapi tatau btoi ke tak...gaya ada dah.. tapi ntah..huhu..malam tadi mimpi ita..apa kabo die ekk..huhu lama btoi tak tanya kabo, die tuh kawan aku dr sek ren lagi...dok berkepit sampai ke beso..huhu aku je laaa yg beso die tak..ahaks..sume mende xtvt sukan..aku ada die ada..bola jaring bola baling bola tampar badminton..huhu pingpong aku ada die takde pastu olahraga die ada aku takde bola sepak,kami sama2 takde..ingat lagi masa darjah 6..cikgu razak ubah kedudukan student ikut no masa darjah 5..huhu aku dah cuak giler masa tuh..tapi mmg jodoh aku dgn ita kuat...kami dpt dok sebelah2 blakang azhar dgn syikin...otai laaa kunun2 masa darjah 6..hahaha sama2 pengawas..tak puas hati sbb die dpt hadiah pencapaian terbaik bg subjek alam dan manusia..masuk f1 aku dah berubah sek dgn die..tapi ia tak membataskan hubungan kami..kuakuakua..mcm pakwe makwe..heheheh setiap kali balik umah die yg aku tuju dulu..setiap kali raya umah die akan ada dlm agenda lawatan aku..umah aku die segan nak gi...ntah apsal..die takut dgn abah aku..huhu..aku lepak jek dgn bapak die.. maybe bapak aku diam sgt kot...begitula kitorg sampai aku ke sini..ada gak tpon2 die..hahah yg paling aku tak bleh lupa...ada ke die soh aku gi ngorat pakwe die..hahaha..yg si bodoh(aku laa tuh) pon ikut je laaaa..huhu ita tulihkan surat..aku tukang sain..ita dailkan no kasi ayat..aku tukang cakap nye..huhu..cis btoi.ingat dpt kt aku..rupe2nye dieorg bermain cinta...kuangkuangkuang...ntah ke mana mamat tuh pegi...tapi ensemmmmmm..huhu kenangan lama...die laaa yg ajar aku gi jengka 15 naik motor tak pakai helmet..mujur mak ayah aku tatau...huhu kalau tak..mati aku..dah laaa nk gi jengka 15 sbb nak gi umah lelaki tuh..kuakuakua..best btoi kenangan

nothing gonna change my love for you


If I had to life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so early
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you


[Chorus]
Nothing's gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you


If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you

aku sukakan lagu semenjak aku kecik2 lagi..tapi aku tatau tajuk apa dan sapa penyanyi die..hehehe aku just ingat 2 3 patah perkataan jek..dgn pertolongan khairi dan syiwi aku berjaya mencari lagu ini...huhuhu..arigatouuuuu

credit:syiwi and khairi..