CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 29, 2006

ketika saya berjalan pulang dari kombini tadi.. secara tiba2 saya tergelak sendirian.. ihiks

persoalannya skrg ini.... pernahkah anda bergurau senda dgn diri sendiri???

saya kira..saya selalu juga membuat lawak dgn diri saya sendiri.. kerana saya selalu jua tersenyum dan tergelak sorg2...sebagai manusia biasa.. saya selalu jua berbual dgn diri sendiri.. dan bergurau senda dgn diri sendiri..apabila ternampak saya tersenyum sorg diri.. ataupon tergelak sorg diri..maka ketahuilah bahawasanya saya sedang bergurau dan berbual dgn diri saya sendiri...

satu lagi persoalannya disini...

adakah ini salah satu masalah mental..saya merasakan org akan mengatakan saya gila kerana bercakap sorg2... benarkah begitu..salahkah jika berbual dgn diri sendiri??

saya sendiri tidak faham sama sekali...tapi apalah nak hirau dgn pandangan org lain.. asalkan kita bahagia.. btoi tak.. ihiks..

jadik saya menyeru kepada anda semua.. marilah buat klakar dgn diri sendiri... hahahaha

Tuesday, November 28, 2006



nyahahahahahahhahahaha... ada iras beyonce rupenyer haku ni.... wahahah ke beyonce seiras aku..... ermmm mana satu ni....





aaaaaa syok plak main menatang ni.... tak sangka ramai plak artis2 hollywood buat plastik serjeri sbb nak tiru muka aku... isk2...tak baik sungguh mengklon aku....

Sunday, November 26, 2006




ini adalah pemandangan dinding umah saya... ihiks.... cantikkan..dgn wall paper yg sangat cantik... terima kasih kepada canon baharu saya.. kerana dpt mencetak gambo2 ini.. ihiks...

ermm ada gambo yg berpusing erkkk.. isk2...kenapa gambo itu jadik begitu...

at last alhamdulillah..my dream come true.. jgn ckp apa2.. coz i already know what did i do right now...

Thursday, November 23, 2006

apakah yg membuatkan hari saya gembira......ermmmm apa erkk..haha tak penting pon apakah yg membuatkan saya gembira.. tapi saya nak taip gaks

1) kek,chou cream, purin, dan semua mende manis
2)lepak chatroom kl10..dgr diorg spin lagu sambil merapu..berdansa dan kadang kala menSUMBANGkan lagu kat situ..
3)amek gambo,edit gambo dan tokok tambah gambo..ataupun korek gambo lama2 yg dulu.. pastu edit itu tambah ini...
4) lepak,borak2,jalan2 dan aktiviti lagha lain
5) borak dgn mak, mak ngah belah mak dan belah abah...bleh gelak besau...lawak2..
6)makan makan makan makan makan makan makan makan makan....hahahaha i love food..patut mcm badak
7)bila dapat surat atau kiriman atau kad ucapan... ahaks....
8)bila tau kuarge takde pape prob...

byk lg sebenonye... tapi aku menglastkan list haku.. sbb dah ngantuk.. ni last skali laaa

infiniti)baca emel,private msg,atau terima phone call dr dia...

Tuesday, November 21, 2006

semalam saya diperlihatkan dengan keadaan kedai dia.. terasa kembang ati biler idea saya diolah dan diubahsuai dengan kemas sekali...

teringat satu ketika dia bertanya

dia:awak rasa cat apa yang sesuai utk dinding?
aku: gulp.. ermm apa erkkk??

anda perlu tahu satu perkara yang saya ini tidak kreatid dan tidak pandai mengadun warna..ketika itu saya sedang menonton perlawanan bola tampar antara jepon dan holland.. lantas saya terus menjawab:warna oren ok kots..

aneh kan.. warna oren bukanlah warna cantik yang piawai..untuk dibuat cat dinding. pasti ramai yang menolak warna oren yg saya sukai..

tetapi dia menitikberatkan idea saya.. tanpa berfikir mengenai tona warna.. adakah warna yang memberikan suasana luas ke mencerah kan suasana ke apa ke.. terus keesokkan harinya dicat dinding itu dengan warna oren...saya memberitahu dia yg saya sukakan suasana bali.. tetapi di kedainya serasanya tiada ruang untuk menyelitkan suasana bali... tetapi beliau telah membuat satu bahagian drink bar dgn rekaan bali...lampu didalamnya berbentuk apple.. ihiks kenapa apple.. cuma kami yang tahu..

sejujurnya saya terasa syahdu..tak sangka idea saya yang terlalu polos dan tidak kreatif itu dititikberatkan..diolah dan dibuat sebaik mungkin.. dan secara tak sengaja terdengar org memuji suasana nampak lebih kemas... membuat hati terasa kembang...

saya juga berasa bersalah.. kerana sepanjang beliau mengubahsuai kedai.. saya spt tidak faham kesibukannya..tekanan.. yupss sama2 dalam keadaan stress.. sama2 penat dan tertekan.. tetapi...saya terasa begitu terharu apabila kebanyakan yg keluar dr mulut saya menjadi realiti..

alhamdulillah..bersyukur kerana bertemu dengan dia.. dia salah satu epal dimata saya.. ermm semoga yang terbaik mengiringi perjalanan hidup kami.. amin

Friday, November 17, 2006

warghhhhhhhhhhhhh sakitnyer bersalin... hisashiburi terasa sakit begini.. uhuk2...

patutlaa semalam saya terasa perut ini mengaum2... patutlaa semalam saya terasa sedih melampau.. patutlaa semalam saya terasa lapar sangat.. patutlaa semalam saya terasa marah tapi saya confuse adakah btoi2 saya marah... patutlaaaa semua yang aneh berlaku semalam... rupa2nya kandungan saya yg berusia sebulan mau keluar... arghhhh itaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (T___T)

***************************************************

ihiks... mengenai diri DIA.. ermm tertanya2 erkkk.. meh saya citer..

namanya izham...

sekian time kasih...

Tuesday, November 14, 2006

cinta datang dan pergi......dan kami terus bahagia.......

hurmmm apakah maksudnya...
maksudnyaaaa tah.. aku pon tak tau... setelah melangkah ke alam baru.. aku kembali menemui cinta baru..atau lebih tepat lagi.. menyemarakkan cinta yang terpendam begitu lama.... kemungkinan besar beliau akan datang pada minggu hadapan... can`t wait to meet him..sudah lama aku menanti saat ini tiba.. akhirnya..alhamdulillah.... what am i supposed to call him..hiks hiks hiks.. gedik2 pula hati ku ini...

teringat pula kepada dia... yesterday dia bgtau aku.. yg dia pon dah temui cinta baru nya..aku mendoakan agar dia bahagia dengan pilihan hatinya....

mungkin inilah maksud.. cinta datang dan pergi... namun patah tumbuh hilang berganti... dan kami terus bahagia.. (*^___~*)

Sunday, November 12, 2006

entry yang ke 490.....aku ingin menaip mengenai pertemuan dan perpisahan.. permulaan dan pengakhiran.. dan segala2nya yang berkaitan.. mungkin panjang.. mungkin pendek.. bergantung kepada berapa lama masa untuk ayam bersalut oats aku tuh garing..mungkin jua entry ini tidak berkaitan dengan tajuk di atas..

permulaan blog ini merupakan satu lembaran baru untuk aku.. lembaran di mana aku mula menipu diri sendiri.. aku mula meletakkan satu kekuatan untuk diri aku sendiri di atas segala penipuan2 yang ada di kebanyakan entry dalam blog ini.. bila di baca..aku tertawa sendiri.. ketawa kepada kebodohan diri sendiri.. tetapi ada masa nya.. aku ketawa dengan kenangan2 yang mengusik jiwa.. segalanya berharga untuk aku.. segalanya bakal aku rindui suatu masa nanti.. tak perlu tunggu suatu masa.. sekarang pon aku dah merinduinya.. rindukan watak2 yang ada di dalam blog ini.. yang bertukar dan yang pastinya bertambah setiap tahun... aku rindu segalanya...

bila berlaku sesuatu yang dahsyat terhadap diri ku..aku mula berniat nak menutup blog.. tetapi blog ni dah mcm suku kepada diri aku.. bila tiada aku merinduinya.. bila ada diabaikan.. tapi bukankah itu sikap manusia.. mula mencari2 bila kehilangan.. mula menghargai selepas meninggalkan..macam tu laa aku... dr dulu cakap nak tutup blog nak tutup blog.. tapi sampai sekarang aku masih mencari blog bucuk ini...

aku kehilangan idea setelah ayam dan sambal telah masak...hurmmm berenti sat.. kejap lagi aku sambung...(berakhir pada pukul 6.19 am)
********************************************
bersambung pada pukul 6:26 am....

beberapa kali aku menukar nama blog aku ini.. dengan harapan berkuranglah org yang prihatin terhadap diri aku.. bukanlah tak suka org mengambil berat.. bak kate omputeh.. the more the merrier... tapi bila ramai2 itu serabut.. maka aku perlulah mencari ruang yang selesa untuk aku dan diri aku serta jiwa aku.. aku terpaksa mengecilkan hati beberapa orang demi utk menyelamatkan mental aku.. terpaksa berlaku kejam untuk semua itu.. aku perlukan ruang untuk diri aku.. namun bila ruang untuk diriku diganggu gugat apa lagi yang tinggal untuk aku???

mesti ada yg berfikir...jika berblog terlalu sukar.. kenapa perlu teruskan jua??

aku gemar menulis..aku gemar menulis apa yang terlintas di hati dan fikiran aku.. aku memang suka semua ini.. menulis aka menaip di blog ni.. membuatkan aku sedar yang aku masih ada fungsi di dunia ini.. lebih2 lagi bila ada yang meminta aku update blog.. rupanya masih ada yang mahu membaca tulisan atau idea orang seperti aku..

menaip di blog.. kadang kala menyedarkan aku bahawa idup aku ini penuh dengan warna.. dimana sahaja aku pergi.. pasti ada warna yang terlakar di lukisan idup aku.. sama ada bercetak cantik atau pon sekadar lukisan cakar ayam.. aku tau idup aku indah.. n i know that my life is wonderful.. cuma kadang kala aku terlalu kabur dalam menilai keindahan idup aku.. buta mata hati apabila hidupku dilanda tsunami.. dan bila berfikir2 dan muhasabah sendri.. baru aku sedar.. yang aku ada semua yang asas di dalam hidup aku.segalanya serba lengkap.. cumanya aku kene sabar, aku kene tabah, dan aku kene berusaha untuk kekalkan keindahan hidup aku..

lari bermakna aku pengecut.. tetapi adakah aku dikira pengecut bila aku melarikan diri ku ke arah tempat yang aku betul2 mahu pergi..aku berhak memilih jawapan terhadap apa persoalan2 hidup aku meskipun jawapan pilihan aku songsang daripada jawapan standard..aku ada keinginan,dan kemahuan. dan aku tahu keinginan dan kemahuan aku tu lari daripada jalan yang sedang aku susuri sekarang ini.. dan aku tau jalan yang aku mahu itu penuh simpang siur dan bengkang bengkok.. tetapi adakah berbaloi mengikut kehendak standard semua orang didunia dengan mengabaikan keinginan aku.. jalan standard yang tidak tahu apakah hasilnya..jalan yang aku mahu pon masih kabur penghujungnya. kedua jalan itu tidak menemui persimpangan akhir lagi.. adakah aku patut lari.. atau pon meneruskan jalan ini...keliru namun aku sebenarnya takut.. takut terhadap kedua2 jalan ini...masih ragu2 dan masih tidak percaya dengan diri aku sendiri..tapi apa2 pon...kene lipatgandakan ikhtiar sendiri.. cari ikhtiar dan fikir sedalam2nya.. dan akhirnya berserah kepada takdir...

apabila berbincang dengan seorang sahabat.. dia menyedari dan menyedarkan aku betapa aku terlalu membiarkan diri aku dipersendakan oleh khalayak yang ramai.. sama ada secara private atau pun beramai2.... atas alasan bergurau dan bermesra.. bila difikirkan kembali.. yups.. aku dipersendakan.. aku ditertawakan dan aku tertawa bersama2 mereka dengan kebodohan diri aku sendiri.. berminggu2 aku berfikir mengenai hal ini.. berminggu itu juga aku dapat mengesan apa sebenarnya yang terjadi.. selama ini yang terjadi antara aku kau dan dia... selama ini aku terlalu menganggap ianya hanyalah gurauan biasa... tetapi gurauan yang sebenarnya melukakan... namun malangnya baru sekarang aku terluka.. dalam luka itu yg tak dpt aku katup lagi...aku mengambil mudah atas segalanya tanpa menyedari yang harga diri aku sedang dipijak2 oleh orang2...kepala aku ditujal2 oleh orang2.. dan aku tertawa dengan ini semua... bodohnya akuuu....dgn tulus ikhlas aku berkongsi suka duka aku dengan orang yang aku rasakan penting dalam idop aku.. tanpa aku menyedari yang mereka menjaja kisah idupku kepada pihak2 yang kurang penting.. pihak ketiga dan pihak2 yang sentiasa mencari peluang utk mempersendakan aku..aku buat semua ini atas dasar kawan.. tetapi mereka menjaja kisah hidupku atas dasar "kasih sayang"... kisah idup ku bukan mende yang boleh dijual beli.. kalau aku tau ianya boleh terjual.. sudah lama kisah idup ku terfilem.. tetapi aku seorang yang timid yang tiada kepentingan dalam dasar ekonomi baru... tak perlu nak jual kisah idupku atas alasan tiada topik utk berborak.. ataupun nak tikam aku dr segenap sudut.. aku ada maruah yang aku wajib pertahankan.. harga diri aku yang terlalu bernilai.. dan fizikal serta mental yang perlu aku jaga.. tapi aku kene melindungi hubungan antara manusia...adakah aku perlu korbankan diri aku sendiri dalam melindungi hubungan sesama manusia.. kalau aku perlu berkorban.. kenapa mereka2 tidak pernah berkorban untuk menjaga hati aku.. melindungi aib aku.. dan menyimpan rahsia2 bersama dengan rapi..aku tak perlu nak approve yang ko sahabat dunia akhirat kat org tuh org ni org sinun org sinin.. semuanya aku sayang.. dan semuanya penting untuk aku..tapi masih ada yang tergamak menjadikan diri aku bahan lelucon utk mereka berbual berbincang dan bermesra.. aku tau itu semua.. tapi aku diam kerana nak jaga hablum minannas...hubungan sesama manusia...

ermm jam sekarang sudah menunjukkan pukul 7:10 pagi.. aku rasa aku beransur sampai sini.. bila aku akan kembali?? bila tiba masanya... assalamualaikum

Friday, November 10, 2006

ermmm huwa huwa.. salah hakukah kerana terlalu memaksa.. memaksa dia mengambil risiko ini.. risiko yg mungkin mengorbankan kami..... tapi peluang super duper emas.. sayang kalo dikorbankan...tetapi takut jika... iskk nauzubillahiminzalik...

stat esok...aku mahu mengucapkan selamat datang ke alam bujang kembali.. kepada diri ku sendiri...*potong riben perasmian*...secara rasminya aku kembali....taraaaaaa

Tuesday, November 07, 2006

skrg tgh tgk mubi.. rasa mcm citer si eminem.. seblom dia menjulang nama sebagai penyanyi rap.... huwaaa sungguh sedih skali...

haku baru berazam utk membiarkan entry blog selama sebulan.. tapi kesian plak kepada diri sendiri...

sebenarnya...
aku kan
aku
aku
ermm takde pape laaaa

babai dulu