CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 21, 2006

semalam saya diperlihatkan dengan keadaan kedai dia.. terasa kembang ati biler idea saya diolah dan diubahsuai dengan kemas sekali...

teringat satu ketika dia bertanya

dia:awak rasa cat apa yang sesuai utk dinding?
aku: gulp.. ermm apa erkkk??

anda perlu tahu satu perkara yang saya ini tidak kreatid dan tidak pandai mengadun warna..ketika itu saya sedang menonton perlawanan bola tampar antara jepon dan holland.. lantas saya terus menjawab:warna oren ok kots..

aneh kan.. warna oren bukanlah warna cantik yang piawai..untuk dibuat cat dinding. pasti ramai yang menolak warna oren yg saya sukai..

tetapi dia menitikberatkan idea saya.. tanpa berfikir mengenai tona warna.. adakah warna yang memberikan suasana luas ke mencerah kan suasana ke apa ke.. terus keesokkan harinya dicat dinding itu dengan warna oren...saya memberitahu dia yg saya sukakan suasana bali.. tetapi di kedainya serasanya tiada ruang untuk menyelitkan suasana bali... tetapi beliau telah membuat satu bahagian drink bar dgn rekaan bali...lampu didalamnya berbentuk apple.. ihiks kenapa apple.. cuma kami yang tahu..

sejujurnya saya terasa syahdu..tak sangka idea saya yang terlalu polos dan tidak kreatif itu dititikberatkan..diolah dan dibuat sebaik mungkin.. dan secara tak sengaja terdengar org memuji suasana nampak lebih kemas... membuat hati terasa kembang...

saya juga berasa bersalah.. kerana sepanjang beliau mengubahsuai kedai.. saya spt tidak faham kesibukannya..tekanan.. yupss sama2 dalam keadaan stress.. sama2 penat dan tertekan.. tetapi...saya terasa begitu terharu apabila kebanyakan yg keluar dr mulut saya menjadi realiti..

alhamdulillah..bersyukur kerana bertemu dengan dia.. dia salah satu epal dimata saya.. ermm semoga yang terbaik mengiringi perjalanan hidup kami.. amin