CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 12, 2006

entry yang ke 490.....aku ingin menaip mengenai pertemuan dan perpisahan.. permulaan dan pengakhiran.. dan segala2nya yang berkaitan.. mungkin panjang.. mungkin pendek.. bergantung kepada berapa lama masa untuk ayam bersalut oats aku tuh garing..mungkin jua entry ini tidak berkaitan dengan tajuk di atas..

permulaan blog ini merupakan satu lembaran baru untuk aku.. lembaran di mana aku mula menipu diri sendiri.. aku mula meletakkan satu kekuatan untuk diri aku sendiri di atas segala penipuan2 yang ada di kebanyakan entry dalam blog ini.. bila di baca..aku tertawa sendiri.. ketawa kepada kebodohan diri sendiri.. tetapi ada masa nya.. aku ketawa dengan kenangan2 yang mengusik jiwa.. segalanya berharga untuk aku.. segalanya bakal aku rindui suatu masa nanti.. tak perlu tunggu suatu masa.. sekarang pon aku dah merinduinya.. rindukan watak2 yang ada di dalam blog ini.. yang bertukar dan yang pastinya bertambah setiap tahun... aku rindu segalanya...

bila berlaku sesuatu yang dahsyat terhadap diri ku..aku mula berniat nak menutup blog.. tetapi blog ni dah mcm suku kepada diri aku.. bila tiada aku merinduinya.. bila ada diabaikan.. tapi bukankah itu sikap manusia.. mula mencari2 bila kehilangan.. mula menghargai selepas meninggalkan..macam tu laa aku... dr dulu cakap nak tutup blog nak tutup blog.. tapi sampai sekarang aku masih mencari blog bucuk ini...

aku kehilangan idea setelah ayam dan sambal telah masak...hurmmm berenti sat.. kejap lagi aku sambung...(berakhir pada pukul 6.19 am)
********************************************
bersambung pada pukul 6:26 am....

beberapa kali aku menukar nama blog aku ini.. dengan harapan berkuranglah org yang prihatin terhadap diri aku.. bukanlah tak suka org mengambil berat.. bak kate omputeh.. the more the merrier... tapi bila ramai2 itu serabut.. maka aku perlulah mencari ruang yang selesa untuk aku dan diri aku serta jiwa aku.. aku terpaksa mengecilkan hati beberapa orang demi utk menyelamatkan mental aku.. terpaksa berlaku kejam untuk semua itu.. aku perlukan ruang untuk diri aku.. namun bila ruang untuk diriku diganggu gugat apa lagi yang tinggal untuk aku???

mesti ada yg berfikir...jika berblog terlalu sukar.. kenapa perlu teruskan jua??

aku gemar menulis..aku gemar menulis apa yang terlintas di hati dan fikiran aku.. aku memang suka semua ini.. menulis aka menaip di blog ni.. membuatkan aku sedar yang aku masih ada fungsi di dunia ini.. lebih2 lagi bila ada yang meminta aku update blog.. rupanya masih ada yang mahu membaca tulisan atau idea orang seperti aku..

menaip di blog.. kadang kala menyedarkan aku bahawa idup aku ini penuh dengan warna.. dimana sahaja aku pergi.. pasti ada warna yang terlakar di lukisan idup aku.. sama ada bercetak cantik atau pon sekadar lukisan cakar ayam.. aku tau idup aku indah.. n i know that my life is wonderful.. cuma kadang kala aku terlalu kabur dalam menilai keindahan idup aku.. buta mata hati apabila hidupku dilanda tsunami.. dan bila berfikir2 dan muhasabah sendri.. baru aku sedar.. yang aku ada semua yang asas di dalam hidup aku.segalanya serba lengkap.. cumanya aku kene sabar, aku kene tabah, dan aku kene berusaha untuk kekalkan keindahan hidup aku..

lari bermakna aku pengecut.. tetapi adakah aku dikira pengecut bila aku melarikan diri ku ke arah tempat yang aku betul2 mahu pergi..aku berhak memilih jawapan terhadap apa persoalan2 hidup aku meskipun jawapan pilihan aku songsang daripada jawapan standard..aku ada keinginan,dan kemahuan. dan aku tahu keinginan dan kemahuan aku tu lari daripada jalan yang sedang aku susuri sekarang ini.. dan aku tau jalan yang aku mahu itu penuh simpang siur dan bengkang bengkok.. tetapi adakah berbaloi mengikut kehendak standard semua orang didunia dengan mengabaikan keinginan aku.. jalan standard yang tidak tahu apakah hasilnya..jalan yang aku mahu pon masih kabur penghujungnya. kedua jalan itu tidak menemui persimpangan akhir lagi.. adakah aku patut lari.. atau pon meneruskan jalan ini...keliru namun aku sebenarnya takut.. takut terhadap kedua2 jalan ini...masih ragu2 dan masih tidak percaya dengan diri aku sendiri..tapi apa2 pon...kene lipatgandakan ikhtiar sendiri.. cari ikhtiar dan fikir sedalam2nya.. dan akhirnya berserah kepada takdir...

apabila berbincang dengan seorang sahabat.. dia menyedari dan menyedarkan aku betapa aku terlalu membiarkan diri aku dipersendakan oleh khalayak yang ramai.. sama ada secara private atau pun beramai2.... atas alasan bergurau dan bermesra.. bila difikirkan kembali.. yups.. aku dipersendakan.. aku ditertawakan dan aku tertawa bersama2 mereka dengan kebodohan diri aku sendiri.. berminggu2 aku berfikir mengenai hal ini.. berminggu itu juga aku dapat mengesan apa sebenarnya yang terjadi.. selama ini yang terjadi antara aku kau dan dia... selama ini aku terlalu menganggap ianya hanyalah gurauan biasa... tetapi gurauan yang sebenarnya melukakan... namun malangnya baru sekarang aku terluka.. dalam luka itu yg tak dpt aku katup lagi...aku mengambil mudah atas segalanya tanpa menyedari yang harga diri aku sedang dipijak2 oleh orang2...kepala aku ditujal2 oleh orang2.. dan aku tertawa dengan ini semua... bodohnya akuuu....dgn tulus ikhlas aku berkongsi suka duka aku dengan orang yang aku rasakan penting dalam idop aku.. tanpa aku menyedari yang mereka menjaja kisah idupku kepada pihak2 yang kurang penting.. pihak ketiga dan pihak2 yang sentiasa mencari peluang utk mempersendakan aku..aku buat semua ini atas dasar kawan.. tetapi mereka menjaja kisah hidupku atas dasar "kasih sayang"... kisah idup ku bukan mende yang boleh dijual beli.. kalau aku tau ianya boleh terjual.. sudah lama kisah idup ku terfilem.. tetapi aku seorang yang timid yang tiada kepentingan dalam dasar ekonomi baru... tak perlu nak jual kisah idupku atas alasan tiada topik utk berborak.. ataupun nak tikam aku dr segenap sudut.. aku ada maruah yang aku wajib pertahankan.. harga diri aku yang terlalu bernilai.. dan fizikal serta mental yang perlu aku jaga.. tapi aku kene melindungi hubungan antara manusia...adakah aku perlu korbankan diri aku sendiri dalam melindungi hubungan sesama manusia.. kalau aku perlu berkorban.. kenapa mereka2 tidak pernah berkorban untuk menjaga hati aku.. melindungi aib aku.. dan menyimpan rahsia2 bersama dengan rapi..aku tak perlu nak approve yang ko sahabat dunia akhirat kat org tuh org ni org sinun org sinin.. semuanya aku sayang.. dan semuanya penting untuk aku..tapi masih ada yang tergamak menjadikan diri aku bahan lelucon utk mereka berbual berbincang dan bermesra.. aku tau itu semua.. tapi aku diam kerana nak jaga hablum minannas...hubungan sesama manusia...

ermm jam sekarang sudah menunjukkan pukul 7:10 pagi.. aku rasa aku beransur sampai sini.. bila aku akan kembali?? bila tiba masanya... assalamualaikum