CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 31, 2004

LAWAK ARI SABTU

dihantui roh si mati
Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.
Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku. "Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"
kekekekke....

.:: SatU MAlAm.....Wait and See ::.
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas... Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi. Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat. Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak...
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur. Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur. "Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang suspen saja... esok siang buat laa...", kata si Dol (marah-marah).
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis...", kata apek tu...

Lawak no 19.03 - CIA
******************
Nak jadi spy utk CIA bukannya senang. Selepas beberapa test yg betul2 mencabar, maka 3 org calon telah berjaya ke ujian maha getir yg terakhir. Kata jurulatih," OK... utk ujian terakhir ni, objektifnya utk memahami dan mengikuti segala arahan yg diberikan tanpa membantah hatta menarik muka masam sekalipun. Kalau korang berjaya dlm ujian ni, maka korang bole jadi superspy ! utk CIA, dan kalau gagal, maka korang dipecat". Jurulatih itu m emberikan pistol Desert Eagle kepada calon pertama dan berkata,"Di belakang pintu itu, ada awek awak. Tembak kepala dia dan awak ada masa 30 saat!".
Selang 20 saat, calon pertama itu keluar dan berkata, "Sori, saya xleh buat. Saya quit." Jurulatih itu memberikan pistol itu pula kepada calon kedua dan berkata,"Di belakang pintu itu, ada tunang awak. Tembak kepala dia dan awak ada masa 30 saat!". Selang 20 saat, calon kedua itu keluar dan berkata, "Sori, saya xleh buat jugak. Saya quit."
Jurulatih itu menggelengkan kepala. Dia berkata kepada calon ketiga,"Ini peluang kamu utk jadi superspy. Di belakang pintu itu, ada isteri tua awak. Tembak kepala dia dan awak ada masa 30 saat!". Selang 15 saat, kedengaran bunyi riuh-rendah di belakang pintu itu dan akhirnya calon ketiga itu keluar. Jurulatih itu bertanya,"Apa yg bising sangat di dalam tu?". Kata calon ketiga,"Sapa yg buang peluru sampai kosong dalampistol ni? Saya terpaksa pukul dia sampai mati dgn kerusi".
Lawak no 20.20 - CIA, FBI dan LAPD
******************
CIA, FBI dan LAPD masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya. CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan.
Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud. Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.
LAPD pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas! itu dengan seekor beruang yg dah lembek sebab kena pukul. Berua ng itu menjerit,"OK, OK... aku arnab... aku arnab!!"

Lawak no 312 - Deduksi
*****************
Jiran 1 : Wahh... baru pindah ke?
Jiran baru : Ah... ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh... saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh... betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.
Petang itu...
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah... baru pindah.
Jiran 2 : Ooo... dia kerja apa?
Jiran 1! : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman...

Lawak no 428 - Kerna nak kurus
*****************
Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'. "Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila ma! suk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah x senang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu.
Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try ver si 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat.... hehehe"