CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 31, 2005

my next assignment

PARIS 30 Mei - Rakyat Perancis menolak Perlembagaan Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum yang diadakan semalam sekali gus meletakkan EU dalam krisis.
Dengan 55 peratus rakyat menolak perlembagaan EU berbanding 45 peratus yang menyokong, situasi itu kini meletakkan proses pembesaran EU dalam keadaan terumbang-ambing.
Kekalahan besar kem yang menyokong perlembagaan EU bukan sahaja akan melemahkan kedudukan Perancis dalam EU bahkan menghentikan proses integrasi Eropah dan mengganggu kedudukan pasaran saham.
Perkembangan terbaru itu juga secara tidak langsung meletakkan Presiden Perancis dalam keadaan tertekan, lebih-lebih lagi apabila pilihan raya Parlimen dan Presiden akan berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
Lebih buruk lagi, kekalahan kem yang menyokong perlembagaan EU memberi petanda bahawa rakyat Perancis memprotes hasrat Turki untuk menyertai EU.
Turki dijangka memulakan rundingan mengenai kemasukan mereka ke dalam EU pada 3 Oktober depan namun isu keahliannya merupakan fokus utama oleh kem yang membantah perlembagaan EU di Perancis dan Belanda.
Terdapat beberapa faktor dikenal pasti mengapa rakyat Perancis membantah penerimaan sebuah perlembagaan EU.
Antaranya, sesetengah rakyat berpendapat sistem ekonomi EU lebih mementingkan kepentingan pasaran daripada kebajikan sosial masyarakat.
Para pengundi turut menolak penerimaan perlembagaan EU untuk melahirkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar-dasar ekonomi kerajaan Perancis sehingga mengakibatkan masalah pengangguran dan ekonomi lain semakin buruk.
Satu lagi sebab kerana mereka merasakan pengaruh Perancis dalam EU kian pudar terutamanya apabila EU kini mempunyai 25 negara anggota.
Kebanyakan mereka melihat perlembagaan EU itu sebagai satu muslihat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk mengukuhkan sistem ekonomi mereka kepada Perancis.
Perlembagaan berkenaan yang dipersetujui oleh pemimpin EU Jun lepas perlu diluluskan oleh semua 25 negara anggota sebelum ia dapat dikuatkuasakan.
Antara kandungan utama yang terkandung dalam perlembagaan EU itu termasuklah, sebarang keputusan berhubung sesuatu isu perlu mendapat sekurang-kurangnya sokongan 55 peratus negara anggota. - Reuters