CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 11, 2006

coretan buat yg tersayang....
aku menambah klip video lagu unbreak my heart dlm versi bahasa tah apa2 ni... khas utk kau renung.. khas utk ko dalami.. maksud video klip itu...

sayang....
tadi kau mengucapkan kata2 penyesalan... menyesal dengan takdir yg mencampakkan diri mu di bumi serba mewah ini..di selangi dgn ayat yg kau telah berputus asa... mahu berpaling dari medan perjuangan ini...

sayang...
aku menaip di dalam ini... agar dapat sama2 kita renung.. agar dapat sama2 kita fikirkan.. agar dapat sama2 dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja... aku menaip bukan untuk memalukan diri mu.. aku menaip dgn rasa kasih sayang untuk mu... dan aku menaip utk diri ku jua..

sayang...
hidup kita seharian telah ditulis di luh mahfuz..saat kelopak mata kita dibuka di dinihari..sampai lah kelopak mata ini tertutup utk merehatkan diri... segalanya sudah di atur kemas di dlm aturan yg maha esa.. ya,.. kita berhak menukar takdir.. selagi kita berusaha,berdoa dan bertawakkal.. tapi jika itu yg telah tersurat buat kita...haruslah kita menyedari yg kita cuma hamba yg berkelana di bumi allah ini... aku cuma mahu kau tahu... bahawasanya tiada kebetulan dlm kehidupan seharian.. sumanya telah ditakdirkan..semuanya telah dirancang oleh yg maha bijaksana

sayang...
aku faham perasaan mu...aku mengerti mengapa kata2 penyesalan terungkap di sms mu.. kerana aku pernah melakukan perkara sedemikian..malah lebih dahsyat aku sudah mengangkat bendera putih ..aku telah diperingatkan oleh sahabat karib ku.. bahawa perjuangan kita masih baru bermula.. kita tidak seharusnya mengungkapkan perkataan itu kerana kita tidak melakukan apa2 utk perjuangan kita..kita masih ada peluang utk memperbaiki strategi dalam menghadapi segala kemungkinan... sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tiada berguna<==pepatah orang yg tiada harapan untuk hidup..baik kiter hantam sampai pengsan... huhu..sesal kemudian pon..masih ada gunanya...sesal kemudian berguna di masa kemudian.. hik hik hik*merapu zone*

sayang...
kau kata aku kuat menghadapi segalanya...tapi kau tak pernah tahu apa yg aku alami sebelum ini.. mungkin penderitaan yg aku alami tak seperti diri mu..tetapi ingatlah.. Allah menguji kita dengan pelbagai cara.. bagi diri ku.. dianugerahkan aku dengan satu kekecewaan.. kemudian dibalas pula dgn 5 cahaya kegembiraan...tuhan itu maha adil... kadang kala aku merasakan Dia menganugerahkan aku lebih drpd sepatutnya.. dan aku masih lagi tidak bersyukur..T_T.. alhamdulillah...kekecewaan mengajar aku menyedari..yg bukan aku sahaja yg teruk diuji.. malah ada insan lain yg lagi dahsyat ujian Allah turun baginya..dan dia mampu melalui segalanya

sayang....
kekuatan dalam diri bukan datang bergolek2..bukan datang melayang...kekuatan dalam diri akan datang apabila kita mencari...bagaimana mencari kekuatan dalam diri... petua sang naqib dan naqibahku=>tahan mata kantuk mu...bacalah al-mulk sebelum kau melenakan diri mu.. kemudian korbankan sedikit drpd masa tidur mu.. bangkit dari lena.. tunaikan qiamullail... mengadulah sepuas hati mu kpd Pencipta mu.. sesungguh nya dia yg Maha Mendengar.. aku gembira kau sudi berkongsi duka mu dgn ku..tapi aku cuma manusia biasa..yg cuma mampu menasihati mu...kadang kala nasihat ku tidak mampu menerobos masuk ke ruang akal waras mu.. tapi Allah maha memahami segala apa yg hambanya adukan.. mengadulah kepada yg berhak...

sayang...
dicampakkan kita di bumi asing ini...dibekalkan dgn dugaan dan cabaran.. dihiasi pula dgn kejayaan dan kemenangan...diselingkan dengan rajuk tangis anak dagang...dan ditambah pula dgn gelak tawa seorg insan...segalanya lengkap utk kita meneruskan sisa2 hidup di sini.. segalanya sudah diatur.. semuanya datang silih berganti..indah dan lengkap utk seorg insan... Allah tak menghantar kita ke sini tanpa sebarang erti...bergantung kepada kematangan iman seseorg insan menilai apa yg berlaku di sana dan disini...

sayang....
meskipun video clip ini kisah cinta...tapi lihatlah perjalanan cerita ini.. dan kaitkan dgn kisah perjalanan anak dagang seperti kita...mereka meninggalkan kampung halaman..ayam itik.. org tersayang demi mengejar cita2 menjadi penyanyi... begitu juga kita... kita tinggalkan kampung halaman..reban ayam.. kandang kambing.. demi mengejar cita2.. meskipun bukan cita2 kita.. tapi ia masih bernama cita2..dan kita harus kejar ia..

sayang...
mungkin dlm hati mu mengatakan.."mudah laa jari ko menaip..aku yg tanggung semuanya" .. sebenarnya susah nak mengungkap kata2 ini... kerana ia melibatkan hati dan perasaan mu.. tapi percayalah... aku menaip bukan suka2..aku menaip utk memperingatkan diri ku..dan jua kamu yg membaca coretan hati seorg aku... kesat air mata mu...dan kembalikan senyuman mu yg menceriakan hari2 aku disini...kerana jika kau sedih.. aku 19 kali lagi sedih

wassalam