CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 19, 2004

cuba ujian ini

Cuba lihat adakah perkara-perkara berikut menggambarkan diri kamu?

1. Kamu sering mengomel dan mencela orang lain.

2. Menghabiskan masa berjam-jam menonton tv.

3. Tidak berminat untuk melakukan apapun.

4. Terus berasa letih walaupun kerja yang kamu buat itu tidak siap sepenuhnya.

5. Sering mengeluh dan menganggap kerja yang sedang kamu buat itu tidak pernah selesai.

6. Kamu sukar mesra dengan orang lain.

7. Kamu menganggap pandangan orang lain terhadap diri kamu adalah sangat penting.

8. Hanya menunggu sahaja orang lain mengajak kamu membuat sesuatu tetapi tidak sebaliknya.

9. Kamu tidak tahan menyendiri.

10. Jarang memikirkan perasaan, tindakan dan tujuan kamu sebenarnya. Kamu cenderung khayal begitu sahaja.

11. Kamu sentiasa serius.

12. Merasakan tidak ada satu perkara yang menarik di dunia ini.

Jika "ya" untuk salah satu di atas, ini menandakan kamu sedang dilanda kebosanan. Mungkin kamu berasa tidak percaya diri dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, segeralah atasi masalah ini kerana perasaan bosan itu hanya akan membuatkan kamu berasa tertekan.