CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 24, 2007

mari sambung cerita... saya akan berusaha mereka jalan cerita yg lebih ummphhhh...

*****************************************

sedar tak sedar kita sudah masuk ke bulan ramadhan.. urmmm penatnyerrr poseeee.. mueheh mcm budak2 laa aku ni. kerja sampai kol 6, pastu bersama nini (hosmet) kitorg jalan kaki menuju ke pasar keramat untuk membeli barang2 makanan berbuka pose. tapi selalunyer kitorg beli kuih jeks sbb kak aini (hosmet 2) menawarkan diri untuk memasak lauk2. alaa beliau kan ustazah kat sekolah jalan gurney tuh. so keje abes cpt, belah petang dah bleh berlepak2an. urmmm nyesalnyer tak mohon jadik cekgu dulu2. kalo tak takde laa aku susah sgt nak kerja. jeles btoi dgn kak aini.

makanan yg aku suka adalah taufufa. hiks hiks hiks act bukan suka sgt. tp suka usha abg yg jual taufufa tuh.. nak kata ensem takde laa sgt, tp manisnyer mak aihhh mcm kene sengat tebuan ati ni biler beliau tersenyum sambil melayan pelanggan. selepas seminggu dibulan ramadhan beliau sudah dpt mengenal pasti muka aku yg serba comot bersama tudung yg terebeh2 baru pas balik kerja. malahan kami jua sudah berkenalan mesra. cuma tak bertukar2 no taipon jek lagi. hik hik hik.. nini pon dah muak dah hari2 kene pegi kedai abg taufufa tuh..elehh bukan aku tatau si nini tu. oleh kerana beliau sudah mempunyai kekasih maka beliau secara otometik tidak boleh memasang jerat seperti aku. kak aini plaks, ustazah ler katekan, hik hik hik bakal pasangan idop mak ayah tentukan. jadik akulah setan yg terlepas kuar di bulan ramadhan ini.. mueheheheh

makan taufufa selepas balik dr mesjid. hik hik hik inilah kebestan ramadhan, bley tarawikh pastu bleh makan lagi. kenapa aku bersemangat sgt erkk gi masjid. sedangkan seblom ni masa zaman kanak2 dan remaja dan awal dewasa takdelaa rajin sgt nak gi masjid. ermm semenjak ditazkirah oleh ustazah aini yg ala2 mak si mohd adif tuh aku dgn nini mmg rajin menurut jejak ustazah aini tuh. lagipun bukankah perkara baik itu kene dimulakan dgn sebuah paksaan. fake it till u make it(cedok cerpen hlovate). dan agaknyer ditakdirkan jodoh aku dgn abg taufufa(aiman nama beliau) tadi bertembung sekejap di masjid. bukan bertembung sebenarnya, beliau hampir melanggar aku dgn motor kapcai beliau yg menggunakan brek kaki. aihhlaaa mujur abg taufufa yg langgar.. kalo org lain mmg aku dah saman dah..balik dr masjid terus aku capai tupperware taufufa abg itu dan terus makan di dpn tv... owhhh abg taufufa
*********************************************

next entry akan aku siarkan gambar curi abg taufufa... muehehehehe aaa kan dah panjang sket cerpen aku ini