CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 29, 2007

di saat otak terasa tepu ini..sayaa mau la sambung sedikit kisah cerpen gembira saya..

*******************************************
sesampainyer di rumah kami pon terus mengerumuni bungkusan misteri itu. terdapat didalamnyer sekeping kad raya buatan sendiri, ni mcm kerja pendidikan seni budak darjah 2 jek ni. dah laa pakai manila kad, lukis pon pakai krayon. hiks hiks hiks.. ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. nama pengirim yilek, takde langsung. tulisan buruk mcm cakar harimau, aummm.. ada 2 balang kuih, satu tart gulung satu lagi biskut mazola. kerepek2 2 paket dan akhir skali tudung kaler putih dan peach. hik hik hik baitulmal mana laa yg kasik zakat kat aku ni.

keesokan harinya aku dgn kak aini dgn nini pon mcm biasa, buat rombongan mak itik ke pasar ramadhan. aku terus menuju ke kedai abg taufufa tapi hampa betul apabila beliau tiada di tempat kejadian. dah laa hari ni hari last aku berpose kat sini, esok dah nak blk kampong beraya. uuuu beliau takde laa plaks. riak2 kehampaan jelas terlakar di wajah sampaikan aku memborong 3 tupperware taufufa. buat pengubat rindu.

takpelaa..esok balik kampong..yeayyyy balik kampung, wowowow balik kampong, owowowo balik kampung, hati girang. kat mp3 komp aku dok pasang lagu tuu ajeks. sampai muak sumer org mendgrnya. kak aini siap buat wasiat beserta harta pusaka kat seri. meminta seri menyiram pokok bunga dan sayur2an nya serta memberikan si comot (kucing peliharaan) tuh makan ketupat. hik hik hik..hape2 laaa kak aini. kami bersalaam2 an seblom masing2 berangkat ke destinasi masing2. kak aini balik seremban, nini balik kedah dan aku balik jengka. agak2 abg taufufa beraya katne erkk..

sayunyer ati ni nak tinggalkan pasar ramadhan. di situ lah aku terjumpe org yg boleh membuatkan ati aku tersentap. dan mungkin tak ketemu dah. ermmm,
**********************************************************

yeahhh abes part 1...pas ni mcm nak timbulkan watak hero lain plak laaa... hik hik hik.. siapakah pemberi kuih dan tudung raya ittew...



ermm ni sesuai tak mendokong watak abg taufufa.. agak2 sapa2 kenal org ni sila lah jgn kasik tau beliau yg aku pakai gambo beliau..aku pon tak kenal tah pakwe sapa tah ni.. mueheheheh