CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 13, 2006

sapa rindukan aku angkat tangannnnn,... hahaha...haa tuh malu2 aaaa nak ngaku tuh.. semlm aku kuo bando.. bersama dgn cik K (bukan nama sebenar).. sepanjang pengeluaran aku dgn dia.. dia asyik memegang perut.. soh gi berak die ckp tanak berak.. die ckp memulas2...kemudian di pos opis aku tanye.. ehh kamu nak period kots.. die balas.. ehh takde laaa.. baru jek lepas....

haaaa.... ini bermakna kamu tengah mengalami pengovulan...haa sure ada yg tertanya2 apakah itu pengovulan.. ini ada kaitan dgn kitar haid.. mari dr jaja menerangkan kepada anda semua apakah kitar haid itu

Berlainan dengan testis yang menghasilkan sperma sepanjang masa, ovum dihasilkan mengikut satu kitaran yang berlaku setiap kira-kira 28 hari yang dipanggil kitar haid atau kitar estrus. Ia mula dialami oleh individu perempuan apabila dia mencapai peringkat akil baligh.

Hormon LH dirembeskan lalu ovum dibebaskan pada hari ke-14, iaitu lebih kurang pada pertengahan kitar haid. Ovum akan bergerak menuruni tiub Fallopio dan akhirnya ke uterus. Perempuan dikatakan mengalami tempoh subur (hari ke 11 – 17 kitar ) kerana zigot boleh terbentuk pada waktu ini.

Pada peringkat ini, hormon progestron akan dirembes dan dinding uterus akan terus menebal demi persediaan jika persenyawaan berlaku. Dinding uterus akan dipenuhi dengan darah yang akan memudahkan proses penempelan zigot.

Namun, jika ovum tidak disenyawakan, ia akan mati. Dinding uterus akan terurai, disertakan dengan pendarahan. Bahan-bahan buangan ini dipanggil haid. Ia akan disingkirkan melalui faraj.

Haid akan berakhir dalam 3 hingga 5 hari.

Sebaik sahaja selepas tempoh haid, estrogen akan dirembeskan bagi membaiki dinding uterus yang telah rosak. Hormon estrogen akan terus meningkat sehinggalah berlakunya pengovulan lagi sekali dan kitar ini akan berulang semula.
=================================
hurmmm setelah di kaji.. saya mendapati cik K tadi berada di dlm hari ke 8 ~ ke 14 kitar haid jadik cik K sedang mengalami situasi berikut

1)Penghasilan estrogen mencapai tahap maksimum pada hari ke-14.

2)Pengeluaran FSH mula terencat.

3)LH mula dirembeskan oleh kelenjar pituitari untuk merangsang pengovulan yang berlaku pada hari ke 14.

4)Folikel bertukar menjadi korpus luteum.

5)Aras progestron masih rendah.

so kesimpulan dr kenkyu saya semalam...rupa2ny saya keluar ke bando bersama2 org yg sedang nak bertelur.. ihihi.. next entry bagaimana telur atau ovum dihasilkan.. dan bagaimana kita perlu menghargai telur2 kita

sekian dari doktor jaja