CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 30, 2005

Jika kita mencintai seseorang,
akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan
dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan
hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta...


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika
kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yangmasih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya
kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.(tak suke part ni)



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas,
keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cinta mu kepadanya.(tak ske part nih)


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hatiseorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut
tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak bererti
dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana pergi nya tanpa berpatah lagi.



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidakperlu diungkit lagi
kiranya kamu benar menyintainyasetulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .
Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian, dara dan teruna
tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang DeirHati-



hati dengan cinta, kerana cinta juga
dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi
atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya
dan berkemungkinan apa yang kamu benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkanpula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.


Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam ,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung
atau sekadar canang yang gemerincing.


Cinta adalah keabadian...
dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta
tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin.


Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah
membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,
dan jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya




Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.



Cinta sesuatu yg mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci
tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yangmurni, luhur dan diperlukan....



fhuhhhh bapok panjangnyer artikel ni...ahahahah..saje jek sebagai sajian minum petang hari ni