CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 09, 2007

hai hai hai.. tibalah hari yg dinanti2kan iaitu hari isnin yg cerah2 ayam...
kalian sume apa kabo?? semuge kalian sihat belaka... bagi diri saya disini alhamdulillah biasa2 ajek.. cuma ada sedikit kekejangan jari akibat bermain boling melampaui batas dan jua bekerja terlalu keras di tokiwa.. hik hik hik apakah entry saya pada malam yg berbahagia ini,... jomm cek sama2...

******************************************************************

chapter 1 (abg bento)

kalo korg biasa dgr citer geli2 aku ketika bekerja pasti akan aku menceritakan mengenai perihal abg bento..ekceli saikin aku selalu PERASAN yg abg bento akan mencuri2 pandang kearah aku.. betoi weh..aku tak tipu.aku teringat pada mula2 aku bertugas disitu, abg bento sedikit pon tidak melirik kearah ku. tiada senyuman dan anggukan kepala utk aku pabila kami bertembung. malahan beliau akan mengalih pandangan setiap kali kami bertembung.. tapi itu kisah dahulu. 3 bulan yg lampau punyer kisah.. namun apabila aku membantu menahan pintu utk abg bento lalu sambil menyorong kereta sorong yg penuh dgn bekas bento, beliau sudah mula mengherotkan sedikit bibir beliau memberikan sedikit senyuman utk aku. ketika itu aku bagaikan diawang2an.. tidak percaya sama sekali, benarkah beliau memberikan senyuman kepadaku??? dan skrg.. jeng jeng jeng.. beliau sudah berani mencuri2 pandang kearah ku..pabila aku melintasi beliau, beliau sudah mula senyum sambil menampakkan lesung batu di tepi bibir(lekuk kecik kat tepi bibir, bkn lesung pipit mcm bal tuh).. owhh abg bento.. tak sabar menunggu waktu bekerja. marilah sama2 bekerja demi masa depan tokiwa yg gemilang

***********************************************************************

chapter 2 (seindah mimpi)

mimpi itu mainan tido.. tetapi aku selalu bermimpi bukan ketika tidur.. iaitu ketika membaca ataupun menonton.. adakah itu dinamakan mimpi atau angan2 semata2..

aku selalu bermimpi agar ada lelaki spt azril mustaufi didlm idup ku..yg notice setiap perkara kecil yg aku lakukan, atau yg aku pakai, atau yg aku nyanyikan. azril yg bermata coklat, seorg arkitek di jb yg prihatin dgn setiap apa yg aku tuturkan, azril yg mengambil berat tentang kesihatan aku.. owhhhhh azril, aku mmg dah giler.. hak hak hak.. agak2 ada tak org mcm azril erkkk... knp takde 2 atau 3 atau mungkin berjuta2 lelaki spt itu didlm dunia ini..agar kaum wanita tidak berebut2 lelaki berkualiti..

owhh no no no,kalian jgn salah sangka plak.. azril mustaufi yg aku maksudkan adalah watak hero dlm ecerpen di http://theceritas.blogdrive.com so far inilah hero yg amat paling sangat2 aku suka sepanjang aku membaca novel enovel cerpen cerpan dan buku teks sastera..

so kalo korg pon mcm tingin nk bermimpi ketika sedar, bacalah novel tuh.. tp aku bet korg takkan mempunyai perasaan spt aku, krn aku sorg drama queen yg berjiwa sentimentel.. ihikss..

***********************************************************

chapter 3 (takde idea)

korg tau tak org ckp, mengalah tak bererti kalah, gagal sekali bukan bermakna gagal selama2nya dan byk pepatah yg dicipta pakar2 bahasa utk menaikkan semangat moral kita.. tapi sekali gagal sakit nya amek masa yg agak lama utk sembuh.. hurmmm apa yg aku nak ckp ni... tah tatau... ilang idea..okehlaa kiter ke chapter yg seterusnya

***********************************************************

chapter 4 (if i can`t count on you)

so what.. kalo aku takleh kire atas "dia"..sudah bertahun2 "dia" merobek kepercayaan aku..lama jua aku tak ketemu "dia" demi menjaga segala rahsia agar tidak terungkai kat "dia".. "dia" tidak boleh dipercayai.. namun atas dasar persahabatan atau org jawa sebut FRIENDSHIP, aku menghubungi "dia". tetapi "dia" seolah tidak sedar diri lalu bertubi2 bertanyakan soalan peribadi kepada diri ku.. aku tidak tahu mahu membalas apa lalu berdiam diri adalah langkah terbaik yg paling halus pada hemat ku utk menjaga hati aku dan hati "dia".. ku harap "dia" mengerti meskipun aku tahu "dia" takkan berhenti selagi tidak mengetahui kebenarannya..lambat laun "dia" akan menemui ku dan bertanyakan kepada aku.. namun mungkin ketika itu aku dpt mencari jawapan selamat demi masa depan ku.. owh tuhan bantulah aku menghadapi "dia"

*******************************************************************

selesai entry utk minggu ini..sampai disini dulu..aku mohon ampun sekiranya entri kali ini tidak menarik... tatataaa