CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 02, 2006

wahhhh entry ini merupakan entry ke 400 saya... tahniah kepada diri sendiri.. dlm diam tak diam sudah 400 entry sudah saya reka untuk memenuhi rumah amani ini...

hari ini saya ingin menelusuri susur galur sejarah penubuhan rumah ini... rumah ini dibina dgn nama ladycapri pada asalnya... pada mulanya saya tidak dapat mengenalpasti mengapakah saya mahu membuat blog ini... atas rasa tidak mahu ketinggalan... justeru saya pun mengambil keputusan membina sebuah blog... org yg menaikkan semangat saya untuk berblog tak lain tak bukan adalah kak mila.. beliau merupakan org pertama di sini yg begitu bersemangat membuat blog.. dgn rangkaian blog2 di sini.. saya mengorak langkah mempengaruhi juniour2 saya membuat blog...

dari satu kulit ke satu kulit.. saya menghiasi blog ini mengikut rasa hati saya.. jika berbunga hati ini.. maka berbungalah blog ini.. jika kelam2 hati ini.. maka blog ini turut kelam2... jika berbunga+ kelam2 blog ini.. maka hati ini kaler pink... ihihihi satu demi satu lagu saya alun untuk memberi impak terhadap pembaca... pelbagai cerita saya dedah kan disini... adakalanya cerita itu terlalu klise dgn kita semua... tapi kesungguhan anda membuka dan membaca blog ini amat saya ragui... ehh ragui plak... hargai... blog saya mencapai hits tertinggi apabila saya menceritakan kisah klasik saya dan sahabat2 ketika di um... pada ketika itu ramai sahabat2 saya di um dtg menjengah blog ini.. memberikan sokongan moral dan padu utk saya... terima kasih....

begitu juga dgn para peminat blog saya... sebenarnya.. setiap kali saya membuat entry.. setiap kali itu juga hati ini tergerak untk berhenti berblog... tapi... tanpa para peminat saya... siapalah blog saya ini... blog saya bernyawa dgn perminatan anda semua... pernah skali saya mengambil keputusan drastik untuk menutup blog... telinga ini diasak dgn pertanyaan dan rayuan dari seluruh pelusuk dunia yg mahukan saya kembali aktif ke dunia blog... sampai ada yg melakukan mogok terang-terangan mengkritik keputusan saya untk berhenti... maka dgn rayuan godaan dan nodaan dari anda semua... saya kembali meneruskan arena blog ini... sementelahan lagi... mmg inilah dunia saya... dunia blog....

salah seorg peminat blog saya pernah berkata... blog ini ibarat sahabat baik kita... lagipun kita sendiri sudah tiada sahabat baik yg duduk serumah dgn kita.. maka kita akan meluahkan rasa terbuku di hati di blog... ya betul itu... ada masanya kita hipokrit di blog... ada masanya apa yg ingin kita luahkan di blog tidak terluah kerana takut masyarakat sekeliling tidak mampu menerima luahan hati kita... saya pernah berasa begitu... saya terlalu sedih tetapi tidak mampu memanfaatkan fungsi blog sebaiknya... maka saya mendapat satu idea yg gorjes.. iaitu membuat blog rahsie... maka blog rasie saya beroperasi dgn baik skali... di situ lah segalanya tercurah... tetapi saya comeback dgn satu lg idea yg lg gorjes... saya menukar nama blog yg popular kepada satu nama yg tidak langsung dikenali...kalau dikenali pun secara tidak sengaja.... dan saya memberi peluang org2 yg menyayangi dan MEMAHAMI saya membacanya... ehh saya pon sayang gak org2 tuh.. dan cuba memahami mereka... ihihihih bukan mementingkan diri sendiri.. cuma saya perlukan ruang untuk menyelami isi hati sendiri... setelah mengabaikan rasa hati ini... dan memberi keutamaan kepada yg tidak berkenaan...

saya tidak dpt membayangkan bagaimana jika blog ditutup... ataupun dikenakan charge bulanan... saya rasa saya pasti akan membuka diari lama untuk meluahkan segalanya...

apakah bezanya meluahkan di blog dgn meluahkan dgn sahabat baik....byk bezanya... di blog.. blog bisu.. blog kaku... blog tiada masalah... dan blog akan berdiam diri apabila kita bersuara... tetapi sahabat baik juga ada masalah tersendiri.... ada ketikanya tidak tergamak diri ini utk mengganggu sahabat2 yg dicintai... maka blog laa menjadi galang gantinya... cuma... seperti yg sudah saya tegaskan sebentar tadi... BLOG BISU... BLOG KAKU... DAN BLOG INDAK ADA PERASAAN...

jatuh bangun saya untuk menjadi dewasa semuanya terakam di blogspot... saya tak suka blogdrive sbb tak best... saya berharap agat blogspot tidak dihentikan perkhidmatannya.. kerana disinilah segalanya bermula