CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 07, 2006

hahahah semlm bola.... aku terasa aku bagaikan player gaks... tp player kat tepi padang jek laa...

berikut adalah senarai petugas dan award2 yg diorg menang....

1) anugerah pengacara berbahasa tahap tinggi terbaik = zufar
zufar mempunyai kelulusan bahasa melayu bahasa arab dan english 9991 dgn kelulusan A1 ketika spm..mampu berkata2 dan menghasilkan ayat yg cukup indah menusuk ke telinga..juga mampu menguruskan majlis dgn berkesan

2) anugerah pembancuh air terbaik = azi
azi mempunyai sijil pembancuhan air terbaik di umah bal dan mas... ihihih..setiap bancuhan mempunyai cerita dan rasa kasih sayang yg tinggi dan tersendiri...

3)anugerah petugas am terbaik = doub
doub mempunyai stamina yg tinggi utk mengangkat meja kerusi dan memandu utk membeli air sehingga mampu membeli air minuman di ABC(jaoh giler dr minami oita)

4) anugerah makcik bento terbaik = mas
mas pula mempunyai bakat dlm bidang masak memasak dan berjaya menguruskan bento dgn cemerlang skali...berjaya mengira dan membungkus bento utk setiap team dgn tepat dan persis

5) anugerah jurukamera terbaik = mui
mui memegang kamera dan dijangka mampu merakam shot2 yg menarik lg mendebarkan.. namun mui hanya ditemui ketika perlawanan oita shj.. kalo takde game yg melibatkan oita mui pon lesap...

6)anugerah kaunter bayaran terbaik = jack
jack mempunyai daya kaw tim terbaik sehingga mampu menguruskan hal2 org2 nak tipu pasal bayaran...dan mampu membuatkan sumer org berpuas ati dgn keputusan pembayaran itu...

7)anugerah penyorak terkuat dan terbaik = jue n itosan
mereka mempunyai frekuensi yg baik skali... namun begitu saingan utk anugerah ini amat sengit skali.. mereka ditentang hebat oleh jaja bal abg hazry ejey dan mas... namun mereka memenangi anugerah ini kerana beberapa kelebihan...jue mempunyai kelebihan bersorak dgn menyebut byk nama players yg sedang beraksi di dlm padang tp kami sumer mendgr HANYA SATU NAMA shj... masalah nyer bukan kami yg berada di tepi padang.. tetapi koe yg ada dlm pdg pon terdgr jue hanya panggil 1 nama shj... itosan plak mempunyai kenyaringan sore yg sukar disukat.. ini memberi kelebihan kpd mereka utk menang anugerah ini...

8)anugerah ball picker terbaik = afif
afif mempunyai daya larian yg kencang dan mampu berlari mengutip bola dgn cepat dan laju

9) anugerah pembantu peribadi terbaik = puji dan ayu
puji mempunyai daya kesungguhan yg terbaik dan terpuji..menjalankan tugasan dr segenap sudut dan setiap bahagian.. puji juga mempunyai keprihatinan yg tinggi skali...ayu pula mampu melakukan tugas membantu tenaga kerja menyetelkan tugas2an... tanpa mereka sudah tentu pengsan segala tanto2 yg ada

10)anugerah penenang emosi penyokong/pemain terbaik = ejey
ejey mempunyai daya psikologi menenangkan emosi penyokong dan pemain yg tgh emosyenel.. mempunyai daya arahan dan petunjuk utk pemain2 di dlm padang...juga berbakat dlm bidang mengutip bola.. ihihihi

11) anugerah kembara terbaik = bal dan jaja
jeng jeng jeng... inilah anugerah yg susah org nak compete dgn kami ini.. kami memegang first aid dan sebotol air.. berlari kesegenap pelusuk padang... merawat perwira2 yg kecederaan dan kelukaan... memberikan layanan 1st class yg sungguh paling terbaik skali dlm sejarah perlawanan bola ini.. dgn senyuman yg menawan kami mampu menenangkan hati pesakit2 kami..dgn segala teknik pengakap renjer puteri puteri islam kami mampu membalut dan meletakkan minyak angin ke luka kaki pemain... menyiram air dan menyembur iodin tanpa rasa belas kasihan ke luka mereka...kami lah pengembara terbaik di padang... tahniah...

hahahah sesungguhnyer aku seronok skali... mereka2 sumer pon seronok.. kami enjoy dgn penganjuran bola kali ini... dan kami sangat suka hati...