CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 01, 2005

slot kesihatan bersama jaja kini bermula....

hahaha aku arini nak jadi doktor sat..sbb semlm sembang2 dgn sorg bakal doktor...doktor cun tuhhh hehehehe..aku ada bace pasal bersalin2 dan tertarik plaks dgn isi kandungan die...well aku pon copy paste kan ...utk tatapan kiter bersame

Mengurangkan kesakitan !
Berbagai cara dan ubatan boleh digunakan untuk menangi masalah kesakitan. Sokongan moral suami, ibu atau saudara adalah penting. Amalan doa dan zikir, kawalan pernafasan, berjalan2, membaca, menonton TV diperingkat awal boleh membantu.

Terdapat beberapa jenis ubat- Ubat2 penawar sakit yang diberi secara suntikan, Ubat2 gas yang disedut, bius saraf 'Epidural'. Ubat2 penawar secara suntikan boleh menahan sakit sampai 4 jam. Tetapi kadang kala ia kurang berkesan. Ubat gas sedut sesuai untuk digunakan apabila sudah dekat nak beranak.

Bius saraf epidural biasanya menghilangkan kesakitan and kuncupan rahim tidak dapat dirasai langsong. Mungkin kaedah ini terus menghapuskan satu nikmat Allah iaitu 'sakit bersalin'. Walau demikian ia amat berguna bagi kehamilan sulong dan bagi mereka tidak tahan sakit. Kebanyakkan dari mereka memerlukan kelahiran secara forsep atau sedutan vakum.

KELAHIRAN ! Apabila pintu rahim terbuka sepenuhnya (fully dialted), si ibu akan merasa seolah2 nak buang air besar dan secara otomatis ia akan meneran seperti kena sembelit. Ini disebabkan kepala bayi telah menekan pada usus besar dan dubur.

Ketika ini si ibu memerlukan tenaga yang kuat untuk menolak keluar kepala bayi. Apabila sakit kuncupan rahim mula dirasai, sedut nafas berpanjangan , tahan dan teran sekuat2nya untuk menolak bayi keluar. Baca 'Subhanallah' banyak2.

Doktor atau bidan akan menyambut kelahiran.

'Episiotomy' atau gunting pintu faraj adalah untuk mencegah koyak yang mungkin sukar dijahit.

Setengah bidan amat mahir melahirkan tanpa koyak faraj.

Belakang faraj dipertahan untuk mencegah koyak ketika kepala bayi nak keluar.

Dengan tangan kanan menjaga belakan faraj, tangan kiri bidan mengawal kepala bayi keluar.

Segala lendir dan cecair perlu keluar dari mulut bayi baru lahir untuk mencegah masuk keparu2.

Uri ditarik keluar, manakala tangan kiri bidan mengawal rahim pada bawah perut.

Uri diperiksa , lengkap atau tidak. Dibersihkan, dibungkus kain putih dan seterusnya ditanam.

Azankan telinga kanan dan aqamah pada telnga kiri.

Bacakan mana2 surah Al Qur'an yang bapanya hafal.

Beri nama, qiqah dan berkhatan. Kesemua ini sebaiknya dilakukan pada dua minggu pertama selepas lahir.

Bayi perempuan elok dikhatan pada umor antara 1-3 bulan.

P/s: Kaum2 ibu perlu bersyukur sebab Allah bagi pahala pada ibu yg melahirkan anak ...keistimewaan wanita yang takde pada lelaki...:)

sekian utk hari ini...esok aku letak plak slot bersalin dgn pembedahan