CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 02, 2005

baiklah encik2...semlm dh cakap nak pos entry berkenaan dgn bersalin sec pembedahan atau cesarean
berikut merupakan pengalaman sorg isteri dan ibu....bukan saya nyer pengalaman

Assalamualaikum..
Saya ingin berkongsi pengalaman melahirkan anak melalui kaedah 'cesarean'. Bila cakap saja pasal cesarean saya pasti ramai ibu-ibu yangmengandung dan bakal ibu gerun dengan perkataan ini (termasuk la saya). Saya mengetahui saya kena melalui saat ini ketika usia kandungan sulung saya 8 bulan - sebab nya anak saya breech (songsang)- lazimnya doktor tak nak ambil risiko kelahiran normal sekiranya anak songsang/ berat bayi melebihi 3.4 kg/ placenta previa (uri kat bawah)- terutamanya bagi kelahiran sulung.. jadi nak tak nak kena la saya di 'bedah'.. masa tahu berita ni bergegar gegendang telinga.. sedih, gerun, takut bercampur baur... tapi alhamdulillah saya telah selamat melahirkan baby boy yang sihat dan sekarang dah nak setahun dah umurnya..

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya (mungkin berguna bagi bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak melalui kaedah nie).
Prosedur pembedahan
1) Saya kena admit ward dua minggu daripada due date sebenar- saya dikehendaki berada sehari sebelum pembedahan- for further inspection (kebetulan paras hb - paras kepekatan darah saya teramat lah rendah)
2)Masa malam tu memang la berdebar-debar.. tak dapat tidur..bila nak terlelap nurse datang nak check tekanan darah la (bp), pergerakan baby la and so on..pendek kata memang tak nyenyak la tidur..
3) Disebabkan session saya pada pukul 8.00 pagi, saya telah dikejutkan seawal 6.00 pagi untuk bersiap-sedia -mandi (lepas pembedahan kita tidak dibenarkan mandi sekurang-kurangnya 3 hari- lap badan jer- tapi saya tak mandi dekat ngan seminggu- takut luka tak kering ahaks!), solat subuh.
4) Jam 6.50 pagi saya dah bersiap-siap dengan baju pembedahan then nurse datang masukkan tiub air kat tangan then masukkan tiub air kencing (sakit gak tau).
5) Setelah husband saya datang pukul 7.20 pagi, saya disorongkan ke operation theatre - yang sedihnya husband tak leh masuk..
6) Then sesampainya di sana, doktor scan balik utk pastikan kedudukan baby- whether breech ke tak lagi.. kalo tak breech operation dibatalkan
7) Kemudian pakar bius memulakan prosedur utk membius saya- saya dikenakan bius separuh badan melalui tulang belakang..sakit jugak la
8) Setelah ubat bius masuk- lebih kurang 5-10 minit saya rasa macam orang lumpuh separuh badan.. tak boleh langsung nak gerak badan start dari pinggang ke bawah
9) Then doktor memulakan pembedahan- memang tak rasa apa-apa la..cuma rasa dia pegang perut je..dengar la bunyi alat-alat pembedahan tu.. saya tak nampak apa yang dilakukan coz mereka tutup dengan kain- kalo berani boleh la tengok kat lampu pembedahan- nampak la reflection- saya pejam mata jer..eii ngeri aaaa- saya nie penakut ngan darah..
10) Dalam masa 10-15 minit keluarla baby saya and nurse bersihkan baby then tunjuk kat saya.. masa tu saya menagis.. terharu.. baby yang selama ni saya kandung sembilan bulan ada di depan mata saya..saya hanya sempat kucup dahi dia sekali je coz doktor nak jahit luka
11) Untuk pengetahuan semua, bahagian dalam perut sahaja yang dijahit..manakala perut luar kita tidak dijahit- dorang guna laser cantumkan kulit.. so kena lebih berhati2 la coz lagi senang nak terbuka..

Lepas Pembedahan
1) Disebabkan paras hb (darah) saya rendah, saya kena masuk air dalam 13 packet.. boleh bayang betapa besarnya badan saya lepas tu..
2) Dalam pukul 5-6 petang ubat bius dah abih (benda nie depends on individual) - so nurse datang every 8 hours cucuk ubat tahan sakit
3) Keesokan harinya baru la saya dapat menggerakkan sikit kaki dan badan saya.. saya paksa diri saya untuk bangun coz lagi lama kita kat katil, lagi lama recovery process.. mula-mula nk bangun saya rasa macam orang baru dapat kaki..susah sangat.. mujurlah ada nurse membantu saya..

Petua
1) Kalau boleh, bangun dari katil secepat yang mungkin - seboleh-bolehnya hari ke 2 dah kena berjalan-jalan (jangan manjakan sgt diri) nanti lambat baik..tapi jangan memandai nak bangun sendiri- dapatkan bantuan orang lain
2) Jangan bongkokkan diri ke depan.. memang akan rasa ngeri sikit..yela baru bedah-luka fresh lagi...seboleh-boleh nya cuba tegakkan diri- jangan paksa lak..yang termampu sahaja
3) Banyakkan makan buah orange - ikutkan orang2 tua tak boleh - tapi orange adalah buah yang baik utk percepatkan pembaikan sel.. saya makan hampir 5-6 biji sehari.. memang luka saya cepat baik..doktor pun terkejut dengan perkembangan diri saya
4) Makan kena pantang- elakkan makan benda-benda gatal such as ayam, daging and so on.. saya hanya makan bubur nasi bersama ikan haruan yang dikukus dengan orange bersama halia selama 2 minggu then 4 minggu seterusnya saya makan ikan yang tidak bisa bersama dengan nasi lembik...kena bersabarla sikit kalo nak baik cepat
5)Saya juga makan jel gamat selama 44 hari
6) Untuk luka pembedahan- saya disyorkan oleh bidan supaya membancuh manjakani serbuk bersama-sama ngan air gamat (available kat toko-toko jamu)- biarkan ianya berlendir dan pekat then sapukan kat tpt luka... dalam 3-4 hari dah kering dah luka saya.. jangan cuba-cuba untuk menanggalkan 'kerak' luka.. biarkan jer...ianya akan tertanggal sendiri
7) Jangan lupa untuk bertungku..jangan lak tungku kat perut.. tungku kaki dah la..
8) Saya berurut selepas 7 bulan pembedahan
9) Kita akan rasa numbness (kebas kat perut)- tu perkara biasa- ia amik masa lebih kurang 1 tahun utk tak rasa kebas tu..(depends gak pada orang)..saya sekarang ada gak rasa kebas tu tapi dah tinggal sikit jer
10)Elakkan angkat berat-berat dalam masa setahun nie
11)Kekadang kita akan rasa nyilu dalam perut- tu perkara biasa

Saya harap para pembaca dapat seikit sebanyak gambaran.. bukannya utk menakutkan bakal-bakal ibu but at least anda semua dapat bersedia physically and mentally and psychologically.. yang penting sokongan family terutamanya husband.. saya bertuah kerana dikurniakan husband yang very supportive and caring.... apa-apa pun serahkan segalanya pada Allah.. insyaallah semuanya akan selamat... byk kan berdoa.. Wassalam ;)

hehehehehe....apa komen ibu2 yg ada??

puan nurieqa
Bila baca article ni, teringat my experienced for the last 3 yrs (skrg insyaallah bakal dpt 2nd baby..doakan this time sy dapat melahirkan secara normal)..betul juga kata penulis..lain org, lain experience nya. when i was told that i was carrying a breech baby, i've got no choice other than caeserean. So, i've got a chance to choose a date and i choose it on the 1st muharam.hubby was in the operation room too.alhamduliilah our baby girl selamat & sihat.situation aft gave birth also was diff.kena byk pantang dr segi mkan & also avoid frm carrying heavy things.amalkan mkn ikan haruan & insyaallah within a year luka dalaman cepat sembuh.but one more thing to share, i was told by my doc not to put any gel or medication on tht part (tmpt jahitan) for at least 3mths.Apa2pun..semoga bakal2 ibu selamat melahirkan bayi masing2.Nowadays, either normal birth or operation dah byk tech.so..jgn risau.doakan selamat semuanya.

puan 2pai
akak pun ada pengalaman lahirkan anak thru' caesarean ni. anak no. 2. no. 1 normal birth. mcm ctwadi n nurieqa dah tahu nak kena operate tp akak tak tahu pun akak ada masalah ni...so...i'm not mentally preparedlah...pagi prgi kerja mcm biasa. tp kat ari-ari tu rasa berat sangat. naik bas pulak all the way kena brdiri...org tak kesian dgn kita ni bwk perut ke...semua aksyen tidur... perut rasa berat semacam. tambahan pula dah berapa hari kena batuk2 lagilah sakit perut...bila sampai kerja rasa nak buang air kecil...cepat2 gi toilet...bila tengok ada darah badan punyalah lemah...tp kuatkan semangat gi balik ofis...cakap dgn my supervisor...dia suruh saya prgi doktor...naiklah lif sorang2 gi jumpa doktor...doktor tahan dan terus call ambulance... hantar hospital. check punya check doktor bilang placenta previa...can't be help...even baby small.. doktor tak nak take the risk...kena operate jugak!sakit lepas operate tak bleh nak cakap. rasa mcm serik kena operate. tp tak serik mengandung lagi. alhamdulillah yg no 3 n 4 normal. nikmatnya waktu mengandung tak bleh nak ckp hanya yang prnah laluinya saja yg tahu nikmatnya dan pengalaman mengajar kita erti kedewasaan... :) :) :)

puan harlene
aku pun beranak cesarean masa anak no 1. songsang gak sebijik cam citer akak nie. yg hebatnya aku tengok kat reflection lampu pembedahan kat syiling tuh. fuyooo..aku tengok beb anak aku di seluk keluar...kruk kruk doctor cari anak aku dlm perut. interesting ilang rasa sakit semua bila first time aku dengar iwek iwek anak aku bila je dia kuar...pas sapu "bedak" nurse dtg bagi aku cium anak aku pas tu terus bawak NICU. tapi sekarang anak aku dah 5 tahun besau & cerdik. la nih aku ngandung lagi buat kali ke-2. hopefully kali ni aku nak rasa beranak normal plak. he he he..best oiiii dapat baby lagi...

akak sms girl
same la jugak cite kakak kat atas tu ngan aku ...anak aku pun songsang .. dah tu aku pun pengecut ..tak berani nak tgk ..rugi la pulakk...tapi terase gegar2 mase die carik anak aku ..yang bestnye ..first time dengar baby tu uwek2 ..aku rase mcm mimpi ...pehtu nurse bwk kat aku suh tgk baby boy ke girl . mase tu lalok gile sbb ubat tu kuat ..rase mcm nak tido je. aku main bantai je cakap boy. pehtu nurse tu suh tgk bebetui ..aku teka je la..klu bukan boy ..girl la kan ...hihih. la ni anak aku dah 9 bulan tp kesan operate terase lagik. dha tu pulak aku jenis pantang plak... "pantang jumpe" heheh ..aku main makan je pape yg sepatutnye tak bley makan. bile dah rase gatai baru stop..insaf sekejap je. mase anak aku masuk umur 5 bulan aku masukkan die kat pertandingan baby comeiii.. alhamdulillah ..rezeki die dapat nombor satu. aku rase mcm nak mengandung lagik sebab best sangat bile baby duk dalam perut pehtu die gerak2. best sangat. hanya ibu2 yang mengandung je yg tau kan ?? sekian sahaja ....