CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 02, 2004

KISAH BUDAK DGN POLIS
cite ni berlaku di satu jln yg sunyi....seorg budak lelaki berdiri di tepi jalan utk pulang ke rumahnye selepas tamat waktu sekolah....hampir 1/2 jam budak tuh berdiri kat tepi jln tuh...tetiba,lalu sorg tok misai (anggota polis)....
terpandanglah tok misai kat budak tu yg dok berdiri kat tepi jln tuh...tok misai pun mendekati budak tuh...nak tahu apa pasal budak tuh berdiri kat situ sorg2...
tok misai : kenapa adik berdiri kat tepi jln nih?kenapa tak balik rumah lagi?
budak : saya dah lama berdiri kat tepi jln nih nak balik rumah...
tok misai : abis tu,apsal tak balik lagi?knape berdiri je kat tepi jln nih..?
budak : ayah saya pesan,kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu lepas tuh baru boleh melintas kalau tak nanti kereta langgar kite.Tapi,dah lamasaya berdiri kat tepi jalan ni takde satu kereta pun yg lalu.Macam mana saya nak balik umah?
tok misai pun terbenganglah skejap...nak gelak ada,nak ketawa pun ada...
gelaklahhh ....hahhahahhahaa....

side A side B
Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa.....berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu. setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi. Tapi yg hairannya.......beliau melihat pesakit itu..menyanyi dalam keadaan terlentang.......
tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi. Doktor itu terus bertanya " Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?" Lalu pesakit itu menjawab " Oooo tadi Side A..ini Side B pulak "


Sengaja aku menulis di ruangan ini untuk berkongsi pengalaman dengan parapembaca gempaq. Bukannya apa, aku nak menyedarkan anak bangsa aku sendiriterutamanya yang mudah berputus asa. Ini adalah kisah benar tentangkegigihan aku mengejar impian. Semoga cerita aku sedikit sebanyak akanmemberi perangsang bagi mereka yang mengejar cita-cita besar seperti aku.Aku adalah seorang pemimpin orkestra yang berjaya dan di segani. Sekarang aku sedang bersiap-siap untuk sebuah pertunjukkan. Sementara itu, biarlahaku menceritakan bagaimana aku boleh berjaya mencapai impian yang sudah tertanam dijiwa aku sejak kecil lagi.
Aku adalah insan seni, itu yang aku tahu sejak aku si sekolah tadika lagi.Muzik begitu sebati di jiwa. Bagaikan ombak dengan pantai, bagaikan lagudan irama. Begitulah muzik mempengerahui hidup aku sedari kecil lagi. Tapi tidak semua faham itu muzik walaupun mereka selalu ternganga tenguk JuaraLagu.
Orang yang paling kuat menentang aku ialah mak tiri aku. Dah lah muka maktiri aku sebijik macam muka mak Sabariah, aku pula di anggap lebih hindari Kasim Selamat. Malahan mak tiri aku meracuni fikiran ayah supaya menghalang aku dari bermain muzik. Tak ada pekdah."Apa kau nak jadi? Belajar malas nak mampus, mengalahkan tapir jantan. Gila nak main muzik pulak. Kau ingat muzik boleh tanggung anak bini kau bilabesar nanti?""Kita tak nak berbini ayah. Kita nak main muzik."
Aku berusaha mempertahankan minat yang mendalam terhadap muzik. Mungkinayah tidak paham. Main muzik tak ada kena mengena dengan berbini. Sebab itulah aku terpaksa memberikan sedikit penerangan. Semoga penerangan yangserba ringkas itu dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada ayah.Namun usaha aku gagal seratus.
Penerangan yang aku berikan bukannyamemberikan kesedaran tapi menimbulkan kemarahan ayah. Bedebish!! Sebiji penampor negeri matahari terbit singgah di muka aku. Birat muka bradpittaku yang hensem ini. eheks.."Kurang ajar. Kau nak loyar buruk dengan aku. Mulai hari ini, jangancuba-cuba sentuh alat muzik!"Gitar kesayangan aku patah tiga belas setelah dikerja kan oleh ayah yangpanas baran.
Waktu kena penampor, aku langsung tak sedih. Tapi bila gitar kesayangan aku hancur berderai, air mata berlinangan di pipi aku. Akumenjeling ke arah ibu tiri yang sedang mengintai di celah pintu. Adasenyuman di wajah itu. Tak apa ada ubi ada batas, esuk lusa boleh naik bas.Setiap kejadian ada rahmat nya.
Walaupun ayah tak merestui tetapi aku tetap dengan impian yang sekian lama tersemai macam lalang dibelakang rumah aku.Aku takkan patah semangat. Hilang gitar kesayangan tidak melumpuhkan akukerana aku bukanlah orang yang lumpuh.
Setiap hari aku berlatih jauh dari rumah dengan menggunakan apa saja yang boleh dijadikan alat muzik. Tak kiralah tin atau baldi atau apa saja asalkan berbunyi.Kegigihan aku menarik minat guru muzik sekolah aku. Namanya Cikgu Ghazali.Cikgu Ghazali membimbing aku setiap kali ada masa lapang. Tapi tak lerselalu sangat sebab Cikgu Ghazali sibuk orangnya.
Selain terpaksa melayankarenah dua orang isterinya, Cikgu Ghazali juga terpaksa menjaga makanminum lapan ekor kambing gurun.Bertahun-tahun aku menyimpan rahsia dari pengetahuan ayah. Namun akhirnya rahsia aku terbongkar juga seperti kata pepatah sepandai-pandai tupaimelompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tapi aku bukan lah tupai. Ketikaayah menghayun tendangan maut, aku tidak sempat melompat macam tupai.Akhirnya aku jatuh ke tanah sekali lagi. Macam tupai."Anak tak sedar diri. Makan aku bagi. Minum aku kasi. Ini balasan yang kauberi?""Berambus kau dari sini. Kalau kau aku tak suka, keturunan kau pun aku taksuka. Pergi bawa anak bini kau dari sini. Jangan pijak rumah aku lagi."Wah!! Lakunan ayah lebih dahsyat dari lakunan Amitabh Bachan dalam ceritaKabhi Kushi Kabhi Gham.
Entah bila pulak aku ada anak bini. Hendak kata aku ada gefren pun jauh, itu lah Ning Baizura. Agaknya ayah aku terlebih makan nasi kangkang. Sasau semacam saja. Sedih sungguh aku waktu itu. Siapa yang tak terharu bila ayah kandung sendiri tak mengaku anak."Ayah, maafkan saya. Saya tak berniat untuk menderhaka. Berilah peluang untuk saya berhujah sepatah dua kata. Saya percaya muzik akan memberikan kesenangan pada saya. Saya akan berjaya pada suatu hari nanti.""Percayalah, ayah. Kalau Cik Hasan boleh mengelilingi dunia dengan basikal,kenapa saya tak boleh? Suatu hari saya akan mengelilingi dunia sambil mainmuzik, ayah. Percayalah bahawa anak ayah ini boleh!""Ahhh!! Aku tak percaya semua benda-benda karut macam ini. Kalau kau takmahu dengar cakap aku. Kau boleh get out!! Get lost!! Son of the bladi pool!!"Kemarahan ayah sudah sampai ke tahap kritikal. Tak boleh bertolak ansur lagi. Berunding dengan ayah waktu itu samalah seperti mengajak Israel berunding. Tak akan selesai punya. Silap-silap sebijik lagi penendang mautakan singgah di perut aku.
"Tak apa ayah. Mentang-mentang ini bukan rumah saya, sampai hati ayah menghalau." sendu aku."Jangan nak menceceh lagi. Berambus sebelum aku panggil polis dan rela!"
Dengan hati yang remuk, aku meninggalkan rumah tempat aku dilahirkan.Meninggalkan kampung tempat aku dibesarkan membawa sebuah cita-cita dan keazaman. Aku akan buktikan pada ayah bahawa aku akan berjaya didalam bidang yang telah aku pilih.
Selagi aku tak berjaya, selagi itulah aku takbalik ke kampung ini.Aku berhijrah ke bandar. Disana aku temui ramai manusia yang sejiwa denganaku. Kalau aku tahu begini, sudah lama aku datang ke bandar. Tapi adamasalah juga.
Dibandar aku tak dapat makanan free seperti di rumah. Aku terpaksa bekerja untuk mengisi perut. Sampai bila aku boleh tahan togok airpaip.Dibandar, kehidupan sungguh mencabar. Kesibukkan bekerja membuatkan aku takpunya banyak masa untuk diluangkan. Kadang-kadang sampai dua minggu akulangsung tak dapat practise.
Lagipun bila bekerja, badan penat. Mana nakberehat lagi, mana nak tidur. Mana ada masa untuk main muzik.Aku semakin aktif didalam bidang muzik. Suatu hari ada satu mamat mengajakaku menyertai sebuah band yang akan ditubuhkan.
Seronok sungguh aku.Hari-hari aku berlatih sehingga aku tidak dapat menumpukan perhatianterhadap pekerjaan. Akhirnya aku dibuang secara paksa. Sekali lagi akuterpaksa menerima takdir Illahi.
Kehidupan aku makin susah. Mujurlah sesekali ada orang panggil main muzik.Walaupun upahnya tidak seberapa tetapi cukuplah untuk permulaan. Aku takboleh tamak. Dapat alas perut pun jadilah. Aku percaya satu hari nanti bandaku akan berjaya mencipta nama dan akan dipanggil untuk majlis-majliskeramaian.
Buktinya?Aku tersenyum bangga bercampur bongkak. Hari ini aku adalah pemimpin orkestra yang disegani. Setiap kali orkestra kami main, semua orang akan menangis. Bercucuran air mata pendengar dan penonton.
Begitulah hebatnya orkestra aku ini. Tak ada siapa yang boleh celen."Oit! Cepatlahh. Nak start ni!"Aku tahu kawan-kawan aku tak sabar lagi nak mula. Tanpa aku mereka takboleh buat apa-apa kerana aku adalah nadi penting."Haiya, jangan ini macam la kawan. Selalu lambat. Susah la cari makan kalauini macam. Lain hari cepat sikit la kawan. Olang marah wwooo.. lagi jalan jem."Dengan tenang aku memberikan arahan. Tidak lama kemudian muzik pun berbunyi. Inilah aku sekarang. Seorang pemimpin band orang mati yangberjaya.
Dung Dung Ceng..