CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 07, 2006



sekarang bonda ku udah ada 2 org babun... ahaks.. gambar di atas yg idung besau buat peace tuh namanya amat atau nama timang2annya MAT TIN...beliau sudah tamat stpm selasa lepas..nampaknya beliau boleh diharap utk membantu bonda ku dalam urusan pergi ke kedai membeli belacan ataupun membasuh pakaian..beliau tidak boleh diharap utk mengemas dan memasak namun beliau boleh diharap dalam bab basuh membasuh kecuali basuh pinggan mangkuk.. basuh jamban.. basuh kereta..basuh baju..basuh kasut...basuh moto...mahupun memotong rumput...baiki kereta.. bubuh minyak itam..pam tayar.. .semuanya beliau boleh buat..beliau juga amat sukakan kanak2..suka tteiuka.. boleh laa menguruskan baby dan kanak2.. anakanda saudara ku kadang kala beliau yg mandikan dan pakaikan baju.. uruskan hal berak kencing dikala aku geli geleman melihat pampers berisi anak saudara ku.. ketika adik bongsu kami masih kecik dan tidak reti mengepam jamban.. beliaulah yg menggantikan kami2 sumer menguruskan budak itu ketika ketiadaan bonda kami.. kalo nak harapkan org lain.. hahaha keras laaa budak itu di dlm jamban...beliau jua pengganti ayahanda ketika ayahanda tiada dirumah..beliau sorg yg diam diawal hidupnya.. namun skrg sudah pandai mengumpat dan bergosip bersama2 ayahanda dan bonda..tp satu mende yg aku tak suka pada beliau adalah beliau tidak suka menutup pintu kereta setelah membukanya...



babun yg kedua adalah bernama azim... nama gelemernyer di kalangan makcik2 sudara kami adalah budak ensem..beliau udah tamat spm isnin lepas..apakah fungsi budak ini di rumah kami.. memandangkan beliau dari f1 dok asrama.. apabila pulang beliau tidak reti membuat kerja kerana sudah terlalu tere berdikari di asrama..pulang kerumah bermakna segalanya bonda kami akan sediakan utk beliau..mujurlah beliau tidak demand utk disuapkan makan...beliau suka melepek ibarat kain buruk di rumah..terbaring mcm budak kecik yg baru belajar nak pose...beliau suka bergabung tenaga dgn afiq dan razi mengutuk dan mengejek si kakak aka izati gumuk...beliau tidak rajin memasak.. tak rajin mengemas.. tak rajin membasuh pinggan.. tak reti potong rumput sidai baju siram bunga.. tak reti nak mandikan baby dan sebagainya..pendek kata fungsi beliau di umah adalah untuk mengabiskan nasik kat dlm rice cooker.. namun begitu beliau merupakan penghibur bonda ku.. apabila bonda ku keletihan n berbaring di sebelah beliau.. akan dipeluk dan dipicit2nya budak azim ini.. kerana badannya lembik..(sila lihat lengan beliau). sgt best utk dicubit2..beliau sgt suka kontrol ensem bilamana ada kenduri kendara atau xtvt masyarakat.. mata anak2 dara di jengka pasti tertumpu kepada beliau.. dgn taik lalat besau bawah lubang idung.. beliau masih mampu menarik minat anak2 dara yg bute itu.. jikalau di dlm umah..beliau akan berjalan sambil menepuk2 perut dan mengadu kepada bonda ku yg beliau kelaparan...namun bonda tidak mampu nak marah beliau kerana beliau senyap dan suka senyum2 kearah bonda... bajet comei arhh tuh...beliau tak pernah buat hal yg bukan2..tuh laa kot bonda dan ayahanda ku tidak pernah marah kat beliau..dituruti segala kemahuan azim ini....

kepada kedua budak ini.. otsukaresamadeshita... jyaaaa... inilah masa kalian meneroka dunia yg lebih luas...gambareeeee