CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 30, 2006

lalalala shalalalallala hari ini hari sabtu... hari sabtu hari cuti.. urmm apa nk citer about hari sabtu....

lg mengenai kisah bazaar ramadhan.. ihiks.. aku agak jakun laaaa pasal bazaar ramadhan ni.. sbb pes taim berjual2.. ala2 daigakusai gittew... sehari seblom pose.. mak aku dan ahli2 persatuan penjual kuih muih telah berbincang.. mengenai harga kuih muih yg bakal mereka jual...jadi mereka merujuk laa kepada wak minah yg merupakan wanita berpengaruh dikalangan penjual2... so wak minah memutuskan bahawa mereka akan menjual kuih sebijik 30sen..bukan 4 bijik singgit seperti tawon2 sudah.. ini pon sebenonyer takde laa untung sgt.. kesian kat pembeli2 jikalau mereka menekan harga

maka pada hari itu mak aku pon mengajar laaaa kami membuat kuih yg bersaiz 30sen.. besar laa jugak... tetapi pada hari berkenaan.. kami amat terkejut kerana wak minah dan org2 yg dok dkt2 dgn nya menjual kuih dgn harga 4ketul singgit.. mak amat terkejut dan malu.. tetapi kami tetap stay dgn harga kami.. kerana kuih yg mak kami buat adalah bersaiz besar.. berbanding dgn kuih2 yg diorg buat tuh.. kecik2 mcm saiz pencetak bahulu.. bayangkan kuih burger melesie sebesar kuih bahulu...punyer aa tak berbaloi..

kemudian keesokkan harinye kami pon mengecilkan saiz kuih kami.. tp besar sikit dr kuih bahulu laaa... tetapi cekodok udang dan donut punyer saiz punyer laa besau gedabak.. ini kerana penggunaan yis pada suhu yg terbaik.. berserta dgn mesin pengadun elektrik jenama LG (agaknyer laa)yg bertaraf profesional tlh membuatkan adunan kuih donut dan cekodok mengembang melebihi saiz biasa...ihiks.. kami tlh menjual angin di dlm kuih tersebut...

ihiks2.. org menyukai kuih mak kerana kuih mak kami lebih bermutu drpd kuih org lain.. keria nyer lembut.. donut nyer setaraf donut misdo.. cuma takde salut2 coklat jek...ini krn petua2 mak kami dlm pembuatan kuih2 ini tidak seperti petua org2 lain.. ihiks2 apa petuanya... lalalalala takleh bgtau...

pasni kalo ada rezeki ... aku dgn abah nk g berguru dgn sorg pakcik.. mengenai cara2 membuat pau... pau yg terbaik adalah pau yg kulitnyer boleh disiat senipis yg mungkin.. jika tidak buleh disiat sedemikian rupa.. maka itu bukan pau...

jya.. sekian citer utk hari ini.. lalalalalal babay