skrg aku tgh keseorangan dan kesangapan kat bilek bal....
hmmm tatau bagaimana nak memulakan kisah klasik ku ini...sekian lama terpendam maka aku rasa terbuka utk menceritakan kisah aku ini
sebenarnya aku terkenangkan kisah cinta aku yg terputus semalam...sedih sangat..terasa ia terlayar spt slideshow di kepala ku ketika aku mahu merehatkan mata aku semalam...aku tak percaya ianya berlaku sebegitu pantas...cinta pandang pertama yg disemai semenjak aku diperkenalkan dgn dia oleh sahabat baikku ain....
aku masih tak percaya...pertama kali aku tidak bersabar dengan kerenah dia yg selalu tiada ketika aku mencari nya...ketika aku benar2 memerlukan dia...aku mencari di segenap pelusuk yg ada...mencari dan bertanya kesana kemari dimanakah dia berada sekarang....dimana dia ketika aku perlukannya...dimana??aku terus menerus menyangka yg tiada jodoh antara kami lantaran aku tidak berjaya mencari dimana dia...cuma sesekali ketika aku rindukan dia...aku belek rupanya di internet...pelbagai aksi dan gayanya dirakamkan di internet...cuma internet menjadi penyambung rindu ku padanya...
kemudian semalam....tanpa disangka2 aku berjumpa dengan pengganti dia..si A....tak kurang segaknya berbanding dia...hati mula digaru rasa ingin berlaku curang...ditambah pula apabila adik2ku yg tiga org tuh menasihati aku agar menerima kehadiran si A seadanya...dan cubalah melupakan dia..hati ku berat...mudah korg sume melafazkan kata2 itu...tetapi yg menanggungnyer aku...yg deritanya aku...mengenali dia satu kenangan..menerima dia dlm hidup satu keindahan..dan melepaskan dia pegi satu penderitaan....tp aku memegang kata sahabat aku emu...yaranai to wakaranai...kalau aku tak terima si A..aku tatau apa yg akan berlaku...jadi aku bulatkan hati.. aku redha atas segalanya..dan aku terima A seadanya dia....
mungkin dalam hari yg sama juga tuhan nak uji sedalam mana cintaku terhadapnya...dan semalam jua dia tiba2 muncul di hadapan mata aku....ya allah...ketika itu aku seakan lupa yg aku perlukan oksigen untuk bernafas...dia hadir di hadapan mata aku...secara live...tanpa sempadan dan sekatan...DIA HADIR..bak lagu misha omar..
kau datang bagaikan mimpi..
kau hadir tak ku sedari...
sekian lama ku nanti..
kau di sini..
mungkin kehendak ilahi segalanya ku jalani...
mengapa ketika aku mahu bahagia bersama cinta baru ku..tiba2 dia hadir mengganggu lenaku..
(to be continued....bal panggei makan)
Saturday, April 30, 2005
Posted by cikhajar at 9:49 PM